Harian Metro: Rap |
Posted: 28 Dec 2010 08:08 AM PST BERGELAR ibu bukan penghalang kepada dua wanita cantik ini meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. Malah, nama Salina Saibi, 28, dan Sabrina Ali Dad Khan, 30, mula meniti di bibir peminat drama dan filem Melayu selepas kedua-duanya mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, kebahagiaan perkahwinan Sabrina tidak bertahan lama apabila bercerai dengan suaminya juga pengurus artis, Shahrin pada Mei lalu. Jelas Sabrina yang ditemui dalam sesi fotografi khas bersama Salina bagi mempromosikan filem terbaru mereka Khurafat, pelakon berketurunan Pakistan dan Afghanistan ini menafikan perceraiannya punya kaitan dengan badi rancangan Sehati Berdansa.
"Menyertai Sehati Berdansa diharapkan mampu memulihkan keadaan kerana itu saja ruang untuk kami sentiasa bersama. Tetapi takdir menentukan bahawa kami tidak mampu lagi hidup bersamam," katany. Begitupun, kekosongan hati Sabrina kini sudah terisi dengan kehadiran jejaka kelahiran Raub, Pahang, bernama Amir, 28 tahun. Mereka juga dilihat hadir bersama sewaktu majlis tayangan perdana filem Khurafat di GSC, Mid Valley, di ibu kota baru-baru ini.
"Amir juga datang beraya bersama keluarga saya masa Aidilfitri lalu sebelum pulang ke kampungnya di Raub," katanya.
"Ialah saya orang perempuan bukannya boleh buat keputusan. Bagaimanapun pada saya lebih baik kami mengakhiri perhubungan ini dengan cara yang baik. Mengelakkan daripada perkara buruk dan mungkar. "Saya mengharapkan semua pihak di luar sana mendoakan yang baik untuk kami berdua," katanya.
"Perkara pertama sudah tentu saya melihat kepada hubungan Amir dan Aryana. Jika dia tidak boleh menerima anak saya, hubungan kami pastinya tidak dapat diteruskan. "Keduanya, saya lebih berterus-terang. Saya tunjukkan kepada Amir diri saya yang sebenar agar dia tahu. "Saya tidak mahu apabila berkahwin nanti masing-masing terkejut. Kemudian timbul masalah dan rumah tangga bergolak. Sekiranya ada jodoh kali kedua, saya cuba mengelakkan perkara itu daripada berlaku," katanya.
Tidak dinafikan, melihatkan lakonan Sabrina pasti ada penonton berasa gerun terutama apabila melihat dia bermain dengan pisau dan menikam diri sendiri.
Sabrina turut berterima kasih kepada adik saudaranya juga pengarah Khurafat, Syamsul Yusof kerana memberikannya watak yang memberi impak cukup kuat dalam filem itu.
"Lagipun, seronok kerana kru terbabit adalah yang sama menghasilkan drama lakonan saya. Kami ibarat keluarga dan sudah tentu saya mahu bekerja dengan ahli keluarga sendiri," katanya.
"Mungkin sambungan Bohsia nanti saya dapat apa yang saya mahukan. Perkara itu sudah pun saya bincang dengan Syamsul. Dia nampaknya tertarik dengan idea yang saya berikan. Bagaimanapun tidak banyak saya boleh ceritakan mengenainya. Kita tunggu dan lihat," katanya.
"Bekerja dengan Skop Production juga mudah kerana apabila terbabit dengan satu produksi saya senang hendak menguruskan jadual. "Saya juga pernah menyatakan kepada Datuk Yusof Haslam, kalau boleh saya tidak mahu bekerja pada hari Sabtu dan Ahad. Itulah waktu untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
"Pada saya sebagai manusia, kita tidak hidup lama di dunia ini. Jadi kalau boleh, saya mahu lihat rumah tangga saya berkembang hari demi hari. Saya mahu lihat Farah membesar depan masa saya. Perkara ini penting agar esok bila sudah meningkat tua, ia menjadi kenangan paling manis," katanya.
>Profil >Profil |
Posted: 28 Dec 2010 08:05 AM PST SEKALIPUN tiada sesi pratonton media diadakan untuk teater muzikal Siti Di Alam Fantasi 2010, namun sambutannya tetap hebat. Malah, tiket RM30, RM50 dan RM70 habis dijual dan ia satu petanda baik bagi teater kanak-kanak. Sudah tentu ia pencapaian sangat membanggakan bagi pengarahnya, Aminah Rhapor. Justeru, apakah kerana sambutan menakjubkan ini menjadi sebab Istana Budaya (IB) berasakan tidak perlu sesi pratonton media diadakan sebagaimana teater lain yang dipentaskan di IB sebelum ini? Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani berkata, pihaknya sentiasa memerlukan kerjasama media untuk publisiti dan promosi setiap teater yang dipersembahkan di pentas berprestij itu. Cuma, kali ini pratonton tidak dibuat atas sebab tertentu.
"Persediaan teater ini untuk dipentaskan agak pendek. Malah, ia turut menggunakan khidmat ramai pelakon kanak-kanak dan mereka tidak mahir lagi dengan pergerakan pentas. Jadi, mereka berisiko jika terjatuh dan tercedera.
Mohamed Juhari berkata, selama seminggu Siti Di Alam Fantasi dipentaskan di Panggung Sari, IB bermula 22 Disember lalu, kira-kira 80 peratus tiket sudah dijual. Malah, boleh dikatakan panggung penuh setiap malam dengan kehadiran pengunjung.
"Memandangkan teater ini konsepnya sesuai untuk kanak-kanak, maka jalan cerita dan hiburannya harus berjaya mencuit hati golongan terbabit. Jadi, saya melihat Aminah berjaya merealisasikan teater ini dengan penuh dedikasi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |