Adsense

Rabu, 29 Disember 2010

Sensasi

Sensasi


Tips hubungan:Salah satu Punca Cinta menjadi Hambar

Posted: 29 Dec 2010 03:50 PM PST


Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.


Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.

Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.

Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.

Sebelum bercinta,kita berusaha menjaga hatinya,tidak mengutuknya dan cuba untuk membuatkan dia gembira dan tidak berkecil hati.

Selain itu kita menunjukkan rasa hormat dan minat terhadap si dia..namun setelah bercinta dan untuk tempoh beberapa lama,ada yang sudah mula mengambil mudah isu ini.

Bahkan sikap saling memghormati juga sudah hilang,apabila menegur dah tidak berlapik lagi,apatah lagi bila sanggup mengutuk ,menghina dan membuatkan hati si dia terguris.

Bila dah jadi mcm nie,masing-masing jadi jauh hati.Kecewa sedih dan mungkin tidak dapat lagi menerima satu sama lain dengan cara yang sama seperti dulu lagi.

Jadi untuk pasangan di luar sana,apabila cinta,Kekal kanlah sikap menjaga hati, dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

Liyana Jasmay menagih cinta Syamsul Yusof

Posted: 29 Dec 2010 03:27 PM PST


"Terus-terang, saya memang tidak pernah berkawan dengan Syamsul sebelum ini. Apatah lagi bila berlakon bersama dengannya. Jadi bila dia beri watak isteri dan dia suaminya, saya rasakan ia satu cabaran buat saya. Oleh itu saya minta kerjasama Syamsul untuk dia lahirkan rasa cinta dan sayang dia sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus kepada saya.

"Memang agak sukar pada mulanya kerana dia seorang yang masih sedikit ego sewaktu mula-mula kami jumpa dan sangat sukar hendak mendekatinya. Tapi hari demi hari bila kami semaikan perasaan cinta itu melalui telefon serta keluar bersama, sedikit demi sedikit kami sudah boleh jadi rapat dan selesa.

"Jadi saya harap, penonton dapat rasa apa yang kami nak sampaikan disamping babak seram yang terdapat dalam filem ini. Tetapi ia hanya untuk menjayakan filem ini sahaja," jelasnya ketika ditemui dalam tanyangan media filem seram Khurafat arahan Syamsul Yusof.

Manakala anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam pula turut mengakui bahawa Liyana antara pelakon yang dapat menggembirakan harinya setiap kali menjalankan pengambaran filem Khurafat.

"Saya memang susah nak dekat dengan orang yang baru saya kenal dan bercakap. Sudah tentu ia mengambil sedikit masa. Tapi bila Liyana beritahu hasratnya untuk mewujudkan kan perasaan cinta itu sebelum pengambaran saya pun cuba sepenuhnya untuk mendapatkan mood itu.

"Terus-terang saya katakan, dia memang pandai menghiburkan hati saya ketika dalam set walaupun kami sebenarnya menjalankan pengambaran cerita seram. Saya akui Liyana memang seorang pelakon yang hebat dan saya memang nak sangat dia berlakon dalam filem saya sejak awal lagi,'katanya sambil diperhatikan oleh Liyana Jasmay.

Maharaja Lawak,Finalis semua Siri Raja Lawak bakal bersaing

Posted: 29 Dec 2010 03:23 PM PST

Sensasi rasa Maharaja Lawak pasti mendapat sambutan hangat,maklumlah Ada beberapa orang diantara mereka yang telah menempa nama dalam Industri hiburan hari ini.Bahkan sudah pun mempunyai pengalaman yang lebih luas dalam bidang lawak.

Mesti banyak idea kreatif yang bakal ditonjolkan kelak.



Mahu memberi cabaran kepada pelawak-pelawak keluaran Raja Lawak (RL), sebuah program baru, Maharaja Lawak (ML) bakal diadakan pada April tahun hadapan.

Pengurus Saluran Prima & Warna, Nizam Sani menjelaskan program baru tersebut memberi peluang kepada kesemua finalis RL dari musim pertama hingga kelima untuk beraksi bagi mempertaruhkan bakat dan kemahiran untuk menghiburkan masyarakat.

"Kita akan tampilkan pemenang pertama hingga ketiga bagi kelima-lima musim untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak. Kita mahu melihat kehebatan dan kreativiti yang ada pada mereka untuk mencuri hati peminat sedia ada. Kami yakin program ini akan mendapat sambutan yang hangat," katanya kepada murai.com.my.

Bakal bersiaran selama lapan sehingga 10 minggu, format ML masih lagi dalam perbincangan dan akan disiarkan di Astro Warna kelak.

Jelas Nizam lagi, tujuan ML diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang kurang menyerlah untuk kembali bersinar.

"Kita tahu ramai pemenang tempat kedua, ketiga yang selepas RL terus hilang. Jadi saya harap program ini secara tak langsung mengembalikan nama dan diri mereka di persada seni. Ramai peminat yang bertanya mana perginya si A, si B jadi inilah peluang untuk mereka melihat semula pelawak kegemaran mereka untuk beraksi," ujarnya optimis rancangan itu akan berjaya menarik minat penonton.

Ditanya tidakkah sukar untuk menyatukan kesemua pemenang yang rata-ratanya sibuk seperti Nabil, Zizan dan Johan di pentas ML, jelas Nizam, tidak susah kerana idea ini telah lama dirancang.

"Malah kami sendiri sudah menempah mereka untuk bulan April ini. Jadi saya yakin segalanyanya akan berjalan dengan terancang," katanya.

Website RTM yang dihack Indonesia

Posted: 29 Dec 2010 03:19 PM PST



Manurut Emel yang diterima,Website RTM iaitu RTM.com.my telah dihack.
Dengan message yang berbunyi "Loe Main Laser,Gua Olang Main Server"

Malangnye Website sebenar RTM adalah RTM.gov.my jadi samada semua nie hanya satu propaganda indon untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia atau mereka memang salah Hack..huhu

Apa pun,Malaysia telah menjuarai Piala AFF walaupun dengan gangguan laser pada awalnya.

Namun kelibat Jupe yang beriya-riya nak dtg dengan Coli Laser tidak pula kelihatan..

Video Ustaz berbicara dengan Jin Cina yang berada dalam badan Seorang Pak Cik

Posted: 29 Dec 2010 02:36 PM PST



E'eh ada ke Jin Cina?Kemungkinan Jin ini dibela oleh tuannya Cina,dan disuruh untuk mengganggu Pak Cik tersebut,

Menurut yang sensasi dengar ,"benda" tue cakap dia tinggal di sebuah pondok kecik di tepi sungai sebab makan ikan.

Loghat Cina "benda" tue agak pekat la sampai dah mcm bunyi apek yang bercakap.

Video Kelakar:Model berjalan atas Threadmill Platform

Posted: 29 Dec 2010 02:30 PM PST



Masa sensasi tengok ANTM cycle 15 kat TV,cabaran mereka pada kali ini adalah untuk berjalan catwalk di atas runway yang seperti threadmill Platform..memang kelakar tengok masing-masing nak terjatuh...

Yang paling kelakar part Kayla sampai ke sudah tak dapat tarik kaki naik atas papan,sehingga part tersebut terpaksa dipotong.try ushar kat minit ke 2.45...sampai tergelak penonton.

Tengok aksi aksi yang kelakar nie bukan saja menghiburkan bahkan dapat mengubat hari yang duka.So enjoy..

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki,We are the Champion!

Posted: 29 Dec 2010 02:44 PM PST

Sekalung tahniah diucapkan kepada Skuad Bola Sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya yang telah mengangkat kembali martabat sukan bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa.Tahniah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersemangat menyokong Harimau Malaya.

Walaupun Indonesia menang 2-1 pada malam ini,Namun keseluruhannya Malaysia tetap menjuarai dengan 4-2.

Yang paling mendapat sambutan hangat adalah Goal Keeper Khairul Fahmi yang sungguh cekap dan sering menyelamatkan situasi cemas.

Safee pula berjaya merangkul Gelaran scorrer terbaik.

Ramai wanita yang jatuh hati dengan kehebatan Khairul Fahmi,sampai penuh komen2 di Twitter dan status Facebook yang memujinya,termasuklah Nora Danish yang suruh Safee dan Fahmi supaya Call her...uhuhu..mau jeles Girlfriend Khairul Fahmi baca twit Nora Danish yang nampaknyer over excited.

Ramai yang berpendapat Jurulatih Raja Gopal patut dianugerahkan dengan Gelaran Datuk atas usahanya yang berjaya membentuk pasukan yang hebat.

Semoga Harimau Malaya terus hebat dan maju dimasa akan datang.



Keadaan di hadapan Skrin besar Putrajaya semasa perlawanan Bola Sepak Final antara Indonesia dan Malaysia.Meriah je





Rio Ferdinan iaitu pemain Man Utd juga mengucapkan Tahniah kepada pasukan Malaysia disamping memuji mereka.