- Blog Hanz - |
(VIDEO) Nexus One: "Web meets phone" Posted: 28 Dec 2010 04:17 PM PST Ok bagi penggemar yang suka buat panggilan video,menjadi satu masalah jika telefon anda tiada kamera di hadapan.Nak buat video conference tapi tak nampak pula muka orang yang anda hubungi.Masalah ini akan selesai jika alat ini ditambah pada telefon anda.Alat ini anda cuma perlu sangkut dan klip pada atas telefon bimbit anda.Mempunyai dua cermin-cermin pertama akan menghala ke muka anda dan cermin kedua akan menghala ke camera sensor di belakang. Telefon diatas ialah telefon Nexus One keluaran Google |
10 Fakta Menarik Tentang Lady Gaga Posted: 28 Dec 2010 10:36 AM PST LADY Gaga (gambar) terkenal sebagai penyanyi yang mampu mencipta populariti menerusi lagu-lagunya. Selain itu kostumnya ketika di pentas juga menjadi perhatian. Menurut Mademan, terdapat 10 fakta menarik tentang penyanyi Alejandro itu yang mungkin belum diketahui ramai: 1. Lady Gaga belajar cara bermain piano secara sendiri hanya dengan mendengar alunan muziknya ketika berusia empat tahun. Dia adalah seorang pemain piano klasik terlatih. 2. Gaga pernah menimba ilmu di Tisch School of Arts di New York University. Dia salah seorang daripada dua puluh orang yang mendapatkan pengiktirafan awal dari sekolah tersebut. 3. Joanne Stefani Angelina Germanotta merupakan nama sebenar Gaga. Dia mendapat nama 'Lady Gaga' daripada pengurusnya, yang diambil dari lagu Queen berjudul Radio Ga Ga. 4. Lady Gaga pernah muncul dalam program realiti MTV Boiling Point pada 2005 sebagai Stefani. Dia tampil dengan pakaian normal dan berambut perang. Namun Gaga gagal memenangi hadiah RM309 (AS$100) kerana tidak sanggup menahan amarahnya. 5. Gaga juga muncul di The Hills episod 2008. Sebelum pertunjukan, pakaiannya rosak namun sempat dibaiki oleh Whitney Port dan Lauren Conrad. 6. Pada 2006, Lady Gaga menjayakan sebuah konsert di kelab New York City dengan Stefani Germanotta Band, atau SGBand. Dalam konsert tersebut, Gaga hanya mengenakan kemeja biasa dan seluar, berbanding dengan penampilannya sekarang. 7. Gaga pernah belajar satu sekolah dengan Nicky dan Paris Hilton di sekolah swasta di Manhattan, Amerika Syarikat. 8. Pada awal kariernya, Gaga bernaung di bawah syarikat rakaman sebagai komposer untuk artis lain seperti Britney Spears, Pussycat Dolls, Fergie dan New Kids On The Block. Sekarang, dia lebih banyak menulis dan menghasilkan banyak lagu sendiri. 9. Gaga pernah mewarnakan rambutnya yang hitam menjadi perang kerana ramai orang yang tidak dapat membezakan dirinya dengan Amy Winehouse. Dia juga sering tampil mengenakan rambut palsu dengan berbagai warna. 10. Menurut sebuah wawancara dengan Rolling Stone, Gaga selalu berpakaian tak cukup kain dan sedikit aneh agar neneknya yang hampir buta boleh melihatnya di televisyen. Katanya: "Saya tetap dengan pendirian untuk tidak memakai seluar sehingga nenek saya boleh melihat saya di televisyen." sumber : mStar |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |