Adsense

Rabu, 21 November 2012

Zon Artis

Zon Artis


Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Nikah 28 Disember 2012

Posted: 21 Nov 2012 02:30 AM PST

Sebelum ini Khairul Fahmi Che Mat atau lebih sinonim dengan gelaran Apek ada menyatakan yang dia dan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tidak menyatakan tarikh tepat sehingga ramai yang tidak sabar untuk mengetahuinya.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT NIKAH

Namun hari ini segala-galanya terjawab apabila Apek pada sidang media yang diadakan di Hotel Royale Bintang, Petaling jaya kira-kira pukul 1 petang tadi mengumumkan yang dia dan Leuniey akan melangsungkan pernikahan pada 28 Disember depan di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Dalam pada itu, Apek turut memaklumkan yang mereka akan melangsungkan tiga majlis resepsi pada tarikh dan tempat yang berbeza. Majlis pertama (sebelah perempuan) akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember. Manakala resepsi kedua (sebelah Apek) pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.

Majlis resepsi yang ketiga pula akan dilangsungkan di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 13 Januari 2013. Pada majlis resepsi ketiga itu nanti, difahamkan ianya akan dihadiri oleh beberapa teman selebriti antaranya Datuk Siti Nurhaliza dan suami serta Adibah Noor. Kelas!

Related Posts with Thumbnails

Usop Wilcha Tinggalkan Hot FM

Posted: 21 Nov 2012 01:42 AM PST

Usop Wilcha Tinggalkan Hot FM

Straight to the point! Pelakon komedi Shy8 atau nama sebenarnya Syed Mohammed Asri Syed Osman Jamalulail yang terkenal dengan gelaran Usop Wilcha telah mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri sebagai penyampai radio Hot FM pada hujung bulan ini.

Menurut Usop Wilcha yang kini berusia 47 tahun, keputusan mengundurkan diri secara mengejut ini dibuat walaupun masih mempunyai baki kontrak kira-kira enam bulan yang sepatutnya berakhir pada 16 Jun tahun hadapan adalah kerana faktor pengurusan masa dan usia.

"Umur saya semakin meningkat, sudah 47 tahun. Saya sudah tidak larat untuk melakukan kerja lain pada waktu malam dan terpaksa bangun awal pagi untuk ke studio. Keputusan ini perlu saya ambil juga sama ada sekarang atau kemudian hari demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain,"

Dalam pada masa yang sama, Usop Wilcha turut menafikan yang pengundurannya ini bukan disebabkan oleh popularitinya yang dikatakan merudum. Malah dia juga tidak kisah dengan apa jua persepsi yang bakal timbul ekoran pengundurannya secara mengejut ini.

"Saya tidak kisah dengan persepsi yang mendakwa kegagalan saya meningkatkan peratus pendengar radio menyebabkan saya berundur. Orang boleh cakap apa sahaja tetapi mereka tidak tahu keadaan sebenar yang saya lalui sejak setahun setengah bergelar penyampai radio."

Related Posts with Thumbnails