Adsense

Rabu, 21 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Faizal Tahir Bakal Lelong Semua Trofi Milik Beliau Untuk Membantu Gaza

Posted: 21 Nov 2012 01:07 AM PST

Rasanya ramai sedar akan konflik yang melanda semenanjung Gaza ketika ini di'mana penempatan rakyat Palestin itu sedang di'bedil bertalu talu oleh rejim Zionis.

Jika di'hitung, hari ini masuk hari keenam serangan yang tidak berperikemanusiaan itu & menurut laporan berita, tiada tanda tanda untuk serangan kali ini untuk berhenti.

Faizal Tahir pula mengambil pendekatan yang berlainan untuk membantu mereka yang tertindas di semenanjung Gaza dengan mengumumkan untuk melelong trofi milik beliau.

Bukan satu atau dua, tetapi kesemua trofi yang pernah beliau menangi sepanjang penglibatan beliau dalma dunia hiburan tempatan — AIM, AJL, ABPBH, APM kesemuanya.

"I'm selling off or rather auctioning off all of my trophies to raise funds for Gaza. ALL my trophies," tulis Faizal Tahir melalui akaun Twitter beliau sebentar tadi.

Comments

comments

(Kejam) Budak Perempuan 12 Tahun Kena Rogol Bergilir-Gilir

Posted: 20 Nov 2012 09:09 PM PST

Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa lelaki dikenalinya serta beberapa lagi lelaki selepas dia dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota, Ahad lalu.

Difahamkan, budak perempuan itu ke rumah rakan perempuannya di Puchong Perdana, tetapi berlaku perselisihan faham menyebabkan dia keluar dan menghubungi seorang rakan lelakinya berusia 20-an yang tinggal berhampiran.

Malangnya, tindakannya itu membawa padah apabila dia bukan saja diperkosa lelaki itu, malah beberapa lagi rakan lelaki berkenaan.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dibawa ke rumah lelaki berkenaan terlebih dulu, sebelum dibawa berjumpa beberapa lagi lelaki, juga berusia awal 20-an.

"Dia dibawa menunggang motosikal ke ibu kota dan beberapa jam kemudian, mereka pulang ke rumah lelaki terbabit kerana kepenatan. "Lelaki itu menyuruh mangsa tidur di rumah berkenaan dan berjanji menghantarnya pulang esok dan budak perempuan itu tidur dalam sebuah bilik berasingan," katanya.

Menurut sumber, seorang lelaki menyuruhnya membuka pintu bilik dengan alasan mahu mengambil bantal.

"Sebaik membuka pintu, mereka masuk ke dalam bilik lalu memegang mangsa, meraba tubuhnya sebelum memperkosanya bergilir-gilir," katanya.

Katanya, mangsa berjaya menyusup keluar selepas suspek kepenatan sebelum meminta bantuan seorang rakan dan membuat laporan polis, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sumber

Comments

comments