Adsense

Rabu, 21 November 2012

Sensasi

Sensasi


Funny Video: Bella and Edward Twilight Parody

Posted: 21 Nov 2012 08:25 AM PST

Memang terror kan,sebab mulut dia sama sebijik macam skrip dalam video nie..hehe Memang kelakar dan sesuai dengan mimik muka derang..haha enjoyz..

Gambar Nora Danish bersama Anuar Zain

Posted: 21 Nov 2012 08:17 AM PST

Sama padan dan cantik.Nora Danish makin cantik dan comel walaupun sudah bergelar ibu.Patutlah Anuar Zain sampai memberi kenyataan yang Nora Danish mempunyai ciri wajah isteri idamannya.

Izreen Azminda hamil 5 minggu

Posted: 21 Nov 2012 08:07 AM PST

Tahniah tahniah Sensasi ucapkan kepada pelakon hebat Izreen Azminda yang kini hamil 5minggu. Sensasi suka tengok Izreen berlakon watak mengamok,psiko,penagih..memang tak nampak kayu la macam sesetengah artis baru harapkan muka lawa tapi berlakon kayu je.. Makin ramai selebriti mengandung sekarang ni..musim kata orang.


Aliff Aziz mengaku bersedih dengan pertunangan Anne Ngasri dan menganggapnya kenangan terindah

Posted: 21 Nov 2012 07:57 AM PST


Semasa di sidang media Anugerah Bintang Popular yang ke 26,Aliff Aziz ditanya soalan mngenani pertunangan bekas kekasihnya Anne Ngasri..
"Saya kini lebih fokus kepada kerja. Memang sedikit sebanyak saya merasa sedih tetapi saya luangkan masa dengan keluarga untuk cuba melupakan semuanya — juga ke gym"
Aliff Aziz berkata beliau bersyukur Tuhan pernah hadirkan Anne Ngasri dalam hidup beliau dan tidak pernah rasa menyesal berkenalan dengan bekas kekasih'nya itu selama ini.
"Dia seorang wanita yang sempurna dan secara jujur bersama Anne Ngasri merupakan perasaan yang betul betul cinta," ujar Aliff Aziz lagi mengulas kisah cinta beliau.
"Anne (Ngasri) tidak pernah buat apa apa kesalahan pada saya — dia menjaga saya dari atas sampai bawah dan ini satu kehilangan yang besar buat saya pada mulanya"
Aliff Aziz turut mendedahkan yang beliau kini sudah tidak lagi berhubungan dengan pihak keluarga Anne Ngasri seperti dahulu dan berterima kasih kerana selama ini ada menyokong.

"Orang label saya playboy? Orang lain tidak tahu apa yang saya lalui dan 8 bulan bersama Anne Ngasri merupakan yang terindah dalam hidup saya — bakal suami dia seorang yang bertuah," ujarnya lagi.




Wah,ayat bukan main romantik,tentu Anne akan rasa bersedih apabila baca kenyataan Aliff nie.
Apepun jodoh ditangan tuhan,Nak buat camana kalau bercinta nak rak,last2 kecundang..