Adsense

Isnin, 12 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Twilight Movie Marathon di Cathay Cineleisure Budiey.com

Posted: 12 Nov 2012 07:21 PM PST

The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 akan menemui penonton tak lama lagi. Ya, pastinya ramai pembaca yang menunggu kesudahan filem yang diadaptasi dari novel ini. Okay, sila bawa bersabar ye, rileks semua… sebab penantian akan berakhir tak lama lagi.

Budiey dikhabarkan, filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai tanggal 22 November nanti. Jadi, Budiey pun dah tak sabar untuk menonton babak-babak seterusnya dan menonton lakonan hebat pelakon-pelakon Twilight di pawagam.

Bersempena dengan tayangan filem penamat siri Twilight ini, Budiey dengan kerjasama dan Nusantara Edaran Filem Sdn Bhd akan mengadakan The Twilight Saga Movie Marathon pada 23 November, hari Jumaat bermula dari jam 8 malam sehingga 8 pagi 24 November 2012 di Cathay Cineleisure.

The Twilight Saga Movie Marathon di Cathay Cineleisure

Ini bermakna selama 12 jam anda akan dihidangkan kesemua filem The Twilight, dari awal sampai habis. Sanggupkah anda bersengkang mata, tak tidur, berjaga sampai pagi? Jika anda sanggup, haaaa Budiey ada berita baik untuk anda semua! Budiey ada 20 tempat duduk kepada pembaca yang berminat untuk join.

Selain tayangan kelima-lima filem Twilight, acara Movie Marathon ini diselit dengan sesi cabutan bertuah dan juga macam-macam permainan yang akan dikendalikan oleh penyampai Red FM & NEF.

Budiey yakin seyakinnya, ramai peminat setia siri ini teruja dan super duper excited untuk join Movie Marathon ini. Namun, Budiey hanya ada 20 tempat duduk untuk diberikan kepada pembaca setia . Mmm… pasti susah nak pilih pemenang, kan?

Ops, sekejap. Apa kata hilangkan keterujaan anda itu dengan menonton trailer ini:

Kepada yang terpilih nanti, jangan lupa pakai baju tema Twilight untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan. Anda bebas untuk memilih watak yang anda suka.

Sedikit aturcara yang akan berlangsung 23 November ini:

8:00pm Registration / Ticket Redemption
9:00pm to 11:10pm The Twilight Saga
11:20pm to 01:30am The Twilight Saga New Moon
01:40am to 03:45am The Twilight Saga Eclipse
03:55am to 05:55am The Twilight Saga Breaking Dawn Part 1
06:05am to 08:05am The Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

Kepada yang nak join ini, anda hanya perlu menyertai ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di acara ini di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Tarikh: 23 November 2012, Jumaat
Jam: 8 malam
Tempat: Cathay Cineleisure

Terima kasih buat Cathay Cineleisure yang menyediakan lokasi untuk #TwilightMovieMarathonCathay

Cathay Logo

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Movie Marathon ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #TwilightMovieMarathonCathay. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #TwilightMovieMarathonCathay bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

1. Jawab soalan 1: Berikan watak jahat dalam filem Twilight.

2. Jawab Soalan 2: Sebutkan nama pelakon utama yang ada dalam poster filem kat bawah ni:

The Twilight Saga Breaking Dawn part 2

Slogan: Saya mahu hadir di #TwilightMovieMarathonCathay bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Twilight Movie Marathon di Cathay Cineleisure Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
21 November 2012

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih Cathay Cineleisure & NEF atas kesudian menjemput pembaca budiey.com.

The Twilight Saga Breaking Dawn part 2

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The Twilight Saga Movie Marathon di Cathay Cineleisure
  • Photos Movie Still Twilight Breaking Dawn Part 1
  • Movie Carnival 2008
  • The Twilight Saga: Eclipse
  • Green Day The Forgotten Anthem For The Twilight Saga Breaking Dawn Part II
  • Teater Komedi Fauziah Nawi MARATHON
  • Peraduan Pelancaran Drama Rona Roni Makaroni
  • Let's Try Segway PT PAUL BLART MALL COP
  • 2012 MTV Movie Awards Winners
  • Video Rakaman Pengumuman 12 Pemenang Anugerah FFM 23
  • Gambar Tunang Anne Ngasri Mohd Sumali Reduan

    Posted: 12 Nov 2012 12:41 AM PST

    Tak sampai sehari bertunang, kini kita dah dapat tahu siapa tunang kepada pelakon Anne Ngasri. Seorang ahli politik berstatus duda yang berasal dari Pontian Johor. Beliau juga hadir di Majlis Pertunangan yang diadakan di kediaman keluarga Anne Ngasri bernama , berusia 40 tahun. Sah-sah siapa yang hadir di majlis itu akan bertemu dengannya.

    Di Facebook milik Sumali turut menerima puluhan ucapan tahniah sempena majlis pertunangan.

    Dari semalam, Budiey pasti ramai yang nak tahu siapa gerangan yang bertakhta di hati Anne Ngasri selepas pelakon berkulit cantik ini putus cinta dengan penyanyi Aliff Aziz.

    Gambar Bakal Suami & Tunang Anne Sumali

    Adakah tunangnya itu sekacak Aliff Aziz? Atau lelaki itu seromantis bekas suami Anne, Wafi?

    Walaupun Anne cuba untuk merahsiakan identiti sebenar tunangnya itu pada majlis berkenaan, namun difahamkan tunang Anne turut berada di majlis pertunangan yang diadakan semalam.

    Di majlis pertunangan ini berlangsung, Sumali telah hadir dengan berpakaian rona yang sama dengan Anne. Lebih romantis lagi, ketika majlis pertunangan itu berlangsung, Anne dilihat sempat berkaraoke bersama Sumali yang sporting itu.

    Anne pernah hadir ke sebuah majlis merisik Anne yang diadakan di sebuah kampung di Johor pada 27 Oktober lalu.

    Sumali adalah seorang ahli politik yang memegang jawatan sebagai SUK Pemuda Umno, Setiausah Pemuda UMNO Pontian, Pengerusi Gerakan Belia 4B Pontian, Naib Presiden Kelab Penyokong 1Malaysia dan Naib Yang Di Pertua Majlis Belia Daerah Pontian.

    Mereka akan disatukan dalam satu majlis pernikahan pada bulan Disember nanti. Selamat bertunang, Anne. Semoga bahagia dan majlis nikah nanti berjalan lancar.

    Gambar Bakal Suami & Tunang Anne Sumali

    Gambar Bakal Suami & Tunang Anne Sumali

    Gambar Bakal Suami & Tunang Anne Sumali

    Gambar Bakal Suami & Tunang Anne Sumali

    Comments

    comments

    Powered by Facebook Comments

    Tags: , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Kes Cerai Anne Ngasri
  • Gambar Anak Pelakon Anne Ngasri
  • Anne Ngasri Bertunang Dengan Ahli Politik Berstatus Duda
  • Anne Ngasri Perlu Berehat Kerana Demam Virus
  • Adzriefaiz, Tengku Tiara OIAM, Fara Fauzana Pelakon Gadis Cuci Bertemu Peminat
  • Photo Anne Hathaway Red Carpet Oscar 2011
  • Drama Selamat Tinggal Sayang
  • Anne Ngasri SAH Putus Cinta Dengan Aliff Aziz
  • Anne Hathaway as Catwoman in Dark Knight Rises
  • Photo Anne Hathaway @ Oscars 2007