Blog Sensasi Ohbayu |
Kejam! Seorang ibu pam anaknya dalam mangkuk tandas Posted: 11 Nov 2012 08:28 PM PST TOKYO – Seorang wanita Jepun yang mengepam bayinya di dalam mangkuk tandas ditahan atas dakwaan melakukan pembuangan bayi, kata polis. Seorang jurucakap polis berkata, wanita itu, Ritsuko Taniguchi, 33, yang menetap di bandar Nagoya, Jepun melahirkan bayi tidak cukup bulan dalam tandas rumahnya. "Dia dituduh tidak menyelamatkan bayi tersebut daripada mangkuk tandas lalu membiarkannya," beliau. Menurut pegawai berkenaan, wanita tersebut turut mencuba untuk mengepam bayi lelaki seberat 880 gram itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tersekat dalam lubang tandas. Wanita itu juga cuba mendapatkan bantuan dengan menghubungi seorang pekerja pembaikan beberapa jam kemudian dan mayat bayi tersebut ditemui dengan bantuannya. Taniguchi memberitahu pekerja itu bahawa mayat bayi itu sebenarnya adalah satu anak patung. Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya menghubungi polis kerana berasa curiga dan anggota-anggota pihak berkuasa menemui mayat tersebut dalam sebuah beg di apartmen wanita berkenaan. – Sumber |
(5 GAMBAR) Anne Ngasri Sah Tunang Ahli Politik, Bakal Kahwin Disember Nanti Posted: 11 Nov 2012 11:03 AM PST Selepas drama percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, nampaknya kekosongan hati aktress ini sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang. Menurut laporan Berita Harian, hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda yang identiti'nya masih di"rahsiakan. "Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja — cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang," ujar Anne Ngasri. "Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah," tambah beliau yang bertunang di kediaman keluarga Anne Ngasri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. "Dia betul betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama sama" "Dia bukan suami orang & paling penting keluarga merestui hubungan ini," ujar beliau lagi. Tahniah buat Anne Ngasri juga pasangan, semoga berbahagia hendaknya. Heh. Gambar Sekitar Pertunangan Anne Ngasri Tahniah dari kami kepada Anne Ngasri kerana selamat menjadi tunangan orang pada hari ini. Gambar yang dikirimkan kepada kami melalui email. Kami pun tidak pasti siapa pengirim email ini sebenarnya kerana tidak memberikan butiran lanjut sekdar menghantar beberapa keping gambar seperti dibawah. |
You are subscribed to email updates from Ohbayu.com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |