Adsense

Isnin, 1 Oktober 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing

Posted: 01 Oct 2012 09:59 PM PDT


Pertama di Malaysia oleh for Men
Menangi mencecah RM20,000!

Pernah terfikir bermain futsal di dalam gelap sambil disinari lampu neon? Kini anda boleh! Dashing, jenama terunggul bagi produk dandanan diri lelaki akan menjadikan cabaran ini lebih menarik menerusi kejohanan Futsal Neon yang pertama.

Dalam pertandingan mencabar ini, futsal akan dimainkan di bawah cahaya lampu neon bersama pemain-pemain yang turut menyarungkan pakaian sukan neon agar mereka tampak bercahaya. Bermula daripada bola kepada jersi sehinggalah tiang gol, semuanya akan disediakan dalam warna neon yang pasti menjanjikan pengalaman unik kepada para peserta.

Pertandingan Futsal Neon Cabaran Skor Dashing

"Futsal adalah sukan yang digemari majoriti lelaki Malaysia. Kami mahu membawakan permainan yang menarik kepada pelanggan namun dengan sedikit pengubahsuaian yang tidak hanya seronok malah penuh cabaran. Konsep Futsal Neon membolehkan mereka menonjolkan keyakinan diri, sama seperti kualiti yang dipegang Dashing," kata Christina Yong, pengurus besar (pemasaran) bagi Wipro Unza (M) Sdn. Bhd.

"Kami telah mencipta Cabaran Skor Dashing sebagai kejohanan yang menyeronokkan bagi pelanggan Dashing yang mencintai sukan futsal. Kejohanan di seluruh negara akan dilaksanakan mengikut kawasan di Kuala Lumpur, Kluang, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang. Setiap kawasan akan bertarung dalam pertandingan akhir di Kuala Lumpur. Perlawanan setiap kawasan akan bermula pada bulan November dengan pertandingan akhir bakal berlangsung pada 8 Disember 2012. Perekrutan pasukan akan bermula pada bulan Oktober. Selain daripada pengalaman menggembirakan, para peserta juga berentap bagi memenangi hadiah bernilai lebih RM20,000.00. Ganjaran utama bagi juara kejohanan selain wang tunai berjumlah RM7,000.00 adalah lawatan ke studio ESPN di Singapura. Ini merupakan pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan," jelas Dwakara,pengurus pemasaran Dashing.

Sekiranya anda teruja dengan cabaran ini dan mahu mencuba nasib dalam futsal neon bersama kumpulan anda seramai tujuh pemain, ikuti langkah-langkah berikut. Beli produk Dashing bernilai RM200 dalam satu resit tunggal atau maksimum tujuh resit berasingan dalam bulan Oktober 2012.

Langkah ini hanya memerlukan setiap pemain anda melaburkan sebanyak RM30 bagi kelayakan penyertaan. Kemudian, daftar kumpulan anda dengan mengisi borang yang disediakan di semua kaunter-kaunter utama Dashing. Borang itu juga boleh didapati di lokasi jelajah Dashing yang akan dijalankan di beberapa kolej (maklumat lanjut boleh didapati di laman www.facebook.com/dashingformen.

Serahkan semula borang penyertaan kepada jurujual kaunter atau poskan kepada Wipro Unza berserta resit pembelian. Bagi memudahkan urusan, borang juga boleh dimuat turun pada laman Facebook DashingForMen dan kembalikan borang yang telah diisi bersama-sama salinan imbasan resit bukti pembelian kepada cabaranskordashing@gmail.com.

Bagi menunjukkan kesungguhan dan penghargaan terhadap pelanggan, Dashing turut menawarkan hadiah menarik seperti beg kasut gim menerusi pembelian RM40.00 di dalam satu resit. Jadi, usah tunggu lagi dan tubuhkan pasukan anda sekarang!

Untuk maklumat lanjut berhubung lokasi Kru Cabaran Skor Dashing dan informasi berkaitan kejohanan, layari laman facebook Dashing for Men pada www.facebook.com/dashingformen.

Temui kru Cabaran Skor Dashing di lokasi-lokasi berikut dan menangi cenderamata daripada Dashing for Men dengan menyertai aktivit-aktiviti menyeronokkan yang pasti menguji skil bola sepak anda seperti cabaran menimbang bola, mengimbang bola dan menyepak bola ke dalam gawang!:

1. Pasar raya Mydin – Bukit Jambul, Pulau Pinang – 6 Oktober 2012
2. Pasar raya Mydin – Shah Alam – 7 Oktober 2012
3. TF Value Mart, Port Dickson – 13 Oktober 2012
4. Pasar raya Mydin, USJ – 14 Oktober 2012
5. Pasar raya Mydin, Kubang Kerian, Kota Bharu – 19 Oktober 2012
6. UO, Pasir Gudang, Johor Bahru – 27 Oktober 2012
7. Pasar raya Mydin, MITC Melaka – 28 Oktober 2012

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Hafiz Hamidun Bakal Anjurkan Konsert Zikir Terapi Diri

Posted: 01 Oct 2012 09:10 PM PDT

Berita terbaru, komposer & penyanyi lagu irama ketuhanan, akan mengadakan persembahan di pada 14 November 2012 ini di jam 8 malam.

Hafiz Hamidun Bakal Anjurkan Konsert Zikir Terapi Diri

Budiey rasa elok juga konsert irama ketuhanan ini diadakan pada tarikh 14 November di mana kalau diikutkan tarikh malam tahun baru Hijrah. Sekurang-kurangnya, ada pengisian berguna di mana kita diajak untuk mengingati Yang Esa berbanding dengan hiburan yang melalaikan.

Satu akan berlangsung pada hari esok untuk mengumumkan tentang konsert yang bakal mengumpulkan peminat Hafiz Hamidun seluruh negara. Oh ya, esok juga Budiey akan menghadiri Anugerah Industri Muzik yang ke-19. Budiey pun tak sabar nak tengok .

Hafiz Hamidun juga turut tercalon dalam Anugerah Industri Muzik Ke-19. Budiey dengar-dengar, Hafiz Hamidun dicalonkan dalam kategori Rakaman Album Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik. Tapi untuk mendapat kepastian, segalanya akan diwar-warkan di sidang media AIM19 esok.

Bercakap pasal konsert Zikir Terapi Diri ini, Budiey kira konsert ini adalah kemuncak atau klimaks serta sebagai simbol kejayaan penjualan album Zikir Terapi Diri yang telah menjangkau 60 ribu unit. Satu angka yang besar untuk sebuah album berbentuk ketuhanan di zaman industri muzik yang kian tenat ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: