Adsense

Isnin, 1 Oktober 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Maya Karin dilamar

Posted: 30 Sep 2012 02:54 PM PDT

Tanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar.

Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama ini, apabila ditanyakan soal hati dan perasaan, jawapan daripada wanita popular berdarah kacukan Melayu-Jerman ini cukup mengecewakan.

Meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa personaliti lelaki sebelum ini, semua itu gosip yang akhirnya lenyap begitu saja. Bila masanya pelakon dan penyanyi ini bercinta, dan siapakah jejaka yang berani melamar wanita yang bukan mudah menyerahkan hatinya kepada sebarang lelaki ini?
Walaupun mengaku dirinya disunting, pinta Maya, janganlah perkara itu diperbesarkan kerana dia belum membuat sebarang keputusan.

"Memang saya dilamar, tetapi yang membuat lamaran ialah sebuah syarikat rakaman antarabangsa, yang mahu menjadi pengedar album saya. Jika segala perancangan berjalan lancar, mereka juga mahu saya bernaung di bawah payung mereka sebagai artis rakaman.

Belum ada kata putus "Buat masa ini, belum ada sebarang kata putus diberikan. Saya juga masih menimbang tawaran berkenaan.

Bagaimanapun, melihat kandungan kontrak, saya amat berpuas hati dengan apa yang mereka ingin berikan.
"Tengoklah, jika ada rezeki bersama mereka, pasti akan ada pengumuman rasminya nanti," kata Maya ketika ditemui pada majlis Hati Ke Hati bersama duta Inner Shine, Maya Karin, di sebuah restoran terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Majlis penuh santai itu diadakan bertujuan memperkenalkan saiz baru produk minuman berkhasiat terbabit, dengan 60 peratus lebih kandungan berbanding saiz biasa.

Sebelum ini, Maya pernah merakamkan tujuh lagu sebagai usahanya untuk membuat kemunculan semula dalam dunia nyanyian. Sebelum ini dia pernah muncul bersama dua album, masing-masing berjudul Erti Cinta dan Bukan Qalamaya.

Nasib lagu jadi tanda tanya Bagaimanapun, jika jodohnya dengan syarikat rakaman itu menjadi, nasib lagu yang sudah dirakam juga menjadi tanda tanya.

"Saya sendiri tidak pasti apakah syarikat rakaman itu akan menggunakan lagu terbabit untuk dimuatkan dalam album saya nanti. Jika mereka ada perancangan lain, nampak gayanya lagu itu terpaksalah saya simpan.

Saya sudah pun berbincang dengan penerbit album itu, Audi Mok, mengenai nasib lagu berkenaan.

"Dia bersikap positif dan katanya, jika lagu dalam album itu tidak digunakan, dia tidak kisah dan mahu saya menjadikan pengalaman merakamkan lagu itu sebagai ilmu cukup berharga untuk kerjaya nyanyian saya," kata Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 ini.

Panjat gunung di Nepal Sementara itu, dia yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-33 pada 29 Oktober berkata, hari istimewa berkenaan bakal disambut bersama lelaki tersayang.

Membuat acara itu lebih bermakna, sambutannya akan diadakan di kawasan pergunungan Langtang, di Kathmandu, Nepal.

"Bapa yang beriya-iya mengajak saya mendaki di Langtang.

Selepas puas memujuk, tiga minggu lalu baru saya beri kata persetujuan. Hanya kami berdua yang akan melakukan pendakian. Tapi bila memikirkan tempoh perjalanan, iaitu empat hari untuk naik dan empat hari untuk turun, rasa gementar juga.

"Sebagai seorang yang gemarkan cabaran dalam kehidupan, situasi seperti itu sedikit sebanyak menggembirakan hidup saya. Sesekali lari daripada dunia glamor seronok juga. Barulah hidup saya seimbang," katanya yang banyak menghabiskan masa dengan mengembara sejak kebelakangan ini.

Suka aktiviti sukan Selain menjadikan kembara sebagai hobi, Maya juga antara artis yang gemarkan aktiviti sukan. Jika sebelum ini dia sanggup ke Jerman untuk menonton Kejohanan Bola Sepak Euro 2012, terbaru Maya turun ke Singapura untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix F1. Bukan sekadar menonton, Maya secara eksklusif diundang melawat garaj pasukan Formula Satu Lotus.

"Kebetulan kawan saya ialah pemilik Lotus, jadi dialah yang mengundang saya melawat kawasan garaj itu. Dapatlah juga melihat pelumba membuat persediaan sebelum ke litar. Ada juga artis antarabangsa lain berada di situ, termasuk Katy Perry. Tinggi betul orangnya," kata Maya yang turut ditawarkan menjadi perantara jemputan program hiburan E! News.

Belum mahu kahwin

Posted: 30 Sep 2012 02:48 PM PDT

Bukan cerita luar biasa apabila kisah cinta artis berakhir dengan perpisahan. Apa juga alasan diberikan, jika sudah bukan jodoh mereka, cinta yang sekian lama disulam terputus juga.

Begitupun, episod cinta pasangan pelakon, Intan Ladyana dan Kamal Adli, nampaknya terus mekar.

Bahkan, diam tak diam, sudah hampir empat tahun dua nama popular ini mengikat kasih antara mereka.
Cuma, kedua-duanya belum serius berbicara soal berumah tangga. Intan sendiri tidak pernah mendesak buah hatinya berbincang mengenai alam perkahwinan andainya mereka belum bersedia.

Bagi Intan, fokus utama ketika ini tetap kepada kerjaya lakonannya yang kian berkembang. Malah, masih banyak watak ingin dicuba pelakon yang kini popular menerusi siri komedi aksi, Bini-Bini Perkasa.

"Hubungan kami masih macam biasa dan kami juga sering berjumpa.

Cuma, kami tidak pernah berbincang soal kahwin kerana bagi kami, lebih elok kalau masing-masing menumpukan perhatian kepada kerjaya seni dulu," katanya ketika ditemui pada majlis anjuran produk kecantikan diwakilinya, Shurah, di ibu kota, kelmarin.
Sudah jumpa keluarga

Tidak takut dihimpit kontroversi, Intan menyifatkan dirinya sudah lali dengan gosip dan menganggap persefahaman dalam perhubungan lebih penting daripada mendengar berita palsu.

Sukar untuk menyatakan sasaran waktu bagi melangkah ke gerbang perkahwinan, Intan berasakan, saatnya akan tiba juga, namun bukan dalam masa terdekat memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana. Buat apa nak takut dengan berita yang tidak betul? Kalau jodoh kami sudah sampai, saya sendiri yang akan maklumkan kepada media.

"Kami sendiri sudah bertemu keluarga masing-masing, cuma belum ada perancangan untuk melangkah lebih jauh lagi," kata Intan.

Nak jadi askar

Menyentuh soal kerjaya, kata wanita jelita ini, bukan anugerah yang diidamkan.

Namun cukuplah kalau dia diberikan peluang mencuba pelbagai watak lebih mencabar.

Tidak pernah berpuas hati dengan lakonannya, aktres berusia 30 tahun ini mahu mencabar diri dengan watak jahat. Dia juga teringin melakonkan watak perajurit. Biarpun kelihatan lasak dan kasar, baginya itulah kelainan yang ingin dicuba.

Sukar untuk mendapat watak sedemikian, Intan menyifatkan filem bergenre sejarah dan peperangan jarang dihasilkan penerbit.

"Industri kita ini kecil saja dan banyak watak yang tidak ada kerana penerbit bimbang ia tidak mendapat sambutan, jadi macam mana saya nak terokai watak sedemikian?

"Saya mahu menjadi lebih baik daripada sebelumnya dan kena berani mencuba, malangnya saya jarang dapat watak yang saya idamkan," katanya yang akan terbabit dalam penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu.

Selain drama bersiri Bini-Bini Perkasa, Intan akan muncul dengan filem terbaru berjudul Apa Celop Toq pada 25 Oktober ini di samping filem Sebelum Subuh, Dampak, Adnan Sempit 3