OHBULAN! |
DJ Radio Nyaris Di Bunuh Dan Bakar Posted: 01 Oct 2012 11:30 PM PDT Seorang DJ yang bertugas di stesen radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff, 34 telah mendakwa dirinya nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu. Insiden tersebut berlaku sewaktu Julie sedang dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, Johor Bharu setelah tamat bekerja pada hari tersebut. Menurut Julie, kereta Proton Neo yang dipandu olehnya secara tiba-tiba dihalang oleh sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah, dan kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas. "Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau," kata deejay radio Best 104 itu lagi. Namun begitu, menerusi laporan di Sinar Harian Online hari ini, Julie menyatakan dirinya bernasib baik apabila sampai di lokasi yang dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati untuk membunuhnya. "Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, 'Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya.' "Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang," ujar Julie penuh bersyukur. Julie Diana kemudian membuat laporan di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama. |
Emma Maembong Kesal Dan Minta Maaf Posted: 01 Oct 2012 10:02 PM PDT Gadis sunti yang memegang watak Munirah dalam drama Kau Yang terindah sedikit sebanyak telah melonjakkan namanya dalam industri seni. Walaubagaimanapun, kehidupan seorang artis tidak selamanya akan indah. Pasti timbul isu panas, lebih-lebih lagi jika artis tersebut mula popular. Menerusi Pancaindera yang diterbitkan pada Ahad lalu, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail, 20 tahun, disifatkan sebagai seorang yang "minah propa" akibat gagal menghadiri sesi fotografi yang telah dijanjikan. Namun, setelah menemubual artis jelita itu, beliau mempertahankan diri dengan membuat penjelasan bahawa beliau lewat satu jam kerana sakit teruk, malah pihak berkenaan turut sedia maklum tentang masalah kesihatannya itu.
Akibat rasa serba salah, Emma meminta maaf dan ingin menggantikan kesalahannya dengan mencari makeup artis sendiri. Namun, pihak tersebut menyatakan suasana amat kelam kabut dan sesi fotografi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, Emma turut terkejut dan sedih dengan cerita yang disampaikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Katanya, "Sebagai manusia, kita tidak akan lari daripada sakit jika bekerja lebih masa, namun Emma tetap gagah untuk ke temujanji Pancaindera walaupun lewat sejam dengan menawarkan makeup artist." Sebelum ini, beliau turut menyatakan bahawa kesemua temujanji yang dijadualkan pasti beliau akan datang tepat pada masanya dan kenyataan bahawa Emma tak memberikan makluman awal kepada mana-mana pihak adalah tak benar sama sekali. Cuma pada hari itu beliau mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan rutin hariannya terganggu. Emma turut menambah, "Kebiasaanya kalau majalah, mereka akan menunggu 2, 3 jam sampai artis datang, tetapi atas kelewatan Emma selama 1 jam kerana tidak sihat, pihak berkenaan mengatakan tak payah hadir ke sesi fotografi. Apa-apa pun, Emma tidak menyalahkan mereka malah Emma turut mengaku kesalahan yang dilakukan." Akhir kata Emma turut berpesan kepada si pembuat cerita supaya bertanya dahulu kepada beliau tentang masalah yang dihadapi sebelum membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan kerjayanya. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |