Gosip Artis Malaysia |
- Penyertaan Elfira Loy Dalam Fear Factor Dipertikai?
- K'Langit Tidak Kisah Dikatakan Kumpulan Indonesia
- Nabil Menyerlah Dalam Lawak Ker Der 2
- Kejayaan Hantu Kapcai Luar Jangkaan
Penyertaan Elfira Loy Dalam Fear Factor Dipertikai? Posted: 30 Sep 2012 11:37 PM PDT Program Fear Factor Selebriti Malaysia belumpun menjalani pengembaraan, namun penyertaan salah seorang daripada 30 selebriti yang akan menjadi peserta, Elfira Loy dipertikai sesetengah pihak. Banyak komentar mengutarakan pendapat negatif, Elfira masih muda dan fizikalnya kecil, maka dia tidak layak untuk bertanding. Namun bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini untuk menyahut cabaran program realiti sebegitu. Katanya, kita harus percaya dengan apa yang kita boleh lakukan. "Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing. "Tetapi atas dasar semangat yang tinggi akhirnya saya dapat lakukan juga," katanya yang dipetik melalui Oh Bulan, di sini, kelmarin. Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup. "Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut," seloroh Elfira. Program Fear Factor Selebriti Malaysia akan memulakan rakaman di Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober hingga 15 November ini dan bakal disiarkan di saluran Astro Ria dan Mustika HD. - --- |
K'Langit Tidak Kisah Dikatakan Kumpulan Indonesia Posted: 30 Sep 2012 09:33 PM PDT PETALING JAYA: Kumpulan K'Langit yang popular dengan lagu Sesal Menduamenjelaskan tidak terlalu mengambil serius dengan pandangan masyarakat yang menyangka mereka sebagai kumpulan daripada Indonesia. Salah seorang anggotanya, Haris, 24, berkata, mereka sudah cukup bertuah apabila lagu ciptaan Panji Sakti itu diterima ramai dan mengikut citarasa pendengar. "Barangkali masyarakat mendengar melodi lagu Sesal Mendua mereka menyangka kami berasal daripada Indonesia tambahan pula ia dicipta oleh Panji Sakti yang memang berasal daripada sana. "Bagiamanapun kita tidak kisah dengan tanggapan orang kerana yang penting masyarakat dan pendengar menerima muzik kami dengan baik," ujarnya. Selain Haris atau nama sebenarnya Mohd Haris Muhamad (gitaris), K'Langit turut dianggotai oleh Mohamad Nor Hadre Ayub (Ary - vokal), 26 dan Mohd Izwan Ahmad Mahayuddin (Iwan - pemain bass), 26. Dalam pada itu, Haris memberitahu mereka selesa dengan muzik yang dibawa kini dan memberitahu ia mengikut citarasa dan pasaran muzik tempatan. "Pada sesetengah orang berpendapat lagu kami kedengaran seperti muzik kumpulan Indonesia tetapi secara dasarnya kami menghasilkan mengikut citarasa pendengar," ujarnya. Sementara itu, Haris memberitahu, album pertama mereka yang berjudul K'Langit Dewibakal berada di pasaran pada 8 Oktober depan yang memuatkan enam buah lagu. Katanya, mereka juga akan melancarkan single ketiga mereka berjudul Dewi yang dicipta sendiri oleh ahli kumpulan K'Langit sebagai taruhan terbaru mereka. "Alhamdulilah dua single terdahulu mendapat sambutan baik daripada peminat dan untuk lagu terbaru ini nanti kami memilih Dewi kerana ia adalah lagu ciptaan kami sendiri," katanya. - --- |
Nabil Menyerlah Dalam Lawak Ker Der 2 Posted: 30 Sep 2012 09:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Kemunculan penyampai radio Suria FM Nabil Ahmad dalam pementasan Lawak Ker Der musim kedua bersama kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik ternyata menjadi apabila persembahannya berjaya memikat hati penonton. Turut memegang amanah sebagai pengacara pada pementasan yang diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya itu, Nabil muncul dengan tarian Lawak Ker Der Style yang menyebabkan satu dewam pada persembahan malam pertama itu ketawa melihat aksinya. Malah watak Afdlin dan Harun semasa persembahan pertama tenggelam apabila watak pengawal keselamatan lapangan terbang dan pramugari yang dibawa Nabil berjaya menarik perhatian penonton pada malam itu. Lawak Ker Der 2 sedang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya dari 28 September lalu hingga 3 Oktober depan. Selain Boboi ia turut menampilkan Jozan (Zizan Razak dan Johan) dan Harith Iskander yang turut menguasi pentas dengan cara yang tersendiri. Dalam pada itu, usaha kumpulan Jozan juga nyata tidak mengecewakan dan lawak yang dipentaskan berkonsepkan sketsa komedi cuma barangkali ia terlalu meleret sehingga menimbulkan sedikit rasa bosan. Bagaimanapun kelincahan dan keserasian mereka di atas pentas cukup hebat dan kolaborasi itu nyata memberi kepuasan kepada penonton. Tidak ketinggalan Harith yang muncul dengan 'stand-up comedy' berkisarkan mengenai kehidupan biasa rakyat Malaysia dan cerita yang disampaikan cukup dekat dengan hati penonton. Persembahan Harith yang banyak menggunakan bahasa Inggeris bukanlah satu penghalang untuk penonton bergelak ketawa dengan lawak yang dibuatnya itu. Lawak Ker Der mampu menjadi satu ikutan dan menguasi pentas Istana Budaya dengan cara tersendiri sekaligus mengangkat martabat para pelawak yang selama ini sering diperlekehkan. Secara keseluruhannya persembahan Lawak Ker Der 2 selama tiga jam itu sama hebat seperti mana pada musim pertama dan tidak hairan jika pihak Istana Budaya akan melanjutkan pementasan itu untuk musim ketiga.Harga tiket masih boleh didapati dikaunter pembelian tiket Istana Budaya untuk persembahan 1 hingga 3 Oktober atau hubungi 03-41478600. - --- |
Kejayaan Hantu Kapcai Luar Jangkaan Posted: 30 Sep 2012 09:31 PM PDT PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan filem Hantu Kapcai yang mencapai kutipan sebanyak RM2 juta semenjak ia ditayangkan pada Khamis lalu adalah diluar jangkaan. Norman berkata, sambutan yang lembab terhadap filem tempatan semenjak akhir-akhir ini telah membuatkan berita tersebut sebagai sesuatu yang manis bukan sahaja untuknya malah membuka harapan kepada filem tempatan lain. "Sejak akhir-akhir ini sambutan terhadap filem tempatan memang sukar dijangka tambahan pula dengan pelbagai pilihan dan lambakan filem di pasaran. "Kejayaan Hantu Kapcai mengutip RM2 juta selama lima hari tayangan adalah satu kejayaan tersendiri selain membuka harapan baru buat industri perfileman secara keseluruhannya," katanya ketika dihubungi pada Ahad. Hantu Kapcai yang merupakan filem pertama terbitan anak syarikat KRU Studios iaitu Showbiz Productions berkisar mengenai seorang mat rempit bernama yang terjebak dalam perlumbaan haram kerana kesempitan wang. Dalam perlumbaan itu, Ajib terpaksa berentap dengan musuh ketatnya, Tiger (Remy Ishak) sehingga membawanya ke ambang maut. Selain Remy, ia turut dilakonkan oleh Zizan Razak, Fizz Fairuz, Izzue Islam dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. Dalam pada itu, Norman menyasarkan filem berkenaan mampu mencapai kutipan sehingga RM5 juta sehingga tarikh akhir tayangannya di pawagam. "Jika dapat RM5 juta itu adalah satu kegembiraan buat kami memandangkan faktor kelembapan filem tempatan yang agak teruk buat masa ini," katanya. Sementara itu, Norman berkata, pihak Showbiz Productions sudah menyiapkan enam tajuk filem untuk pasaran tahun 2013 dan sedang merangka pelbagai projek pada masa hadapan. Tambah Norman, anak syarikat KRU itu akan terus menfokuskan dalam pengeluaran karya tempatan berbanding KRU Studios yang menyasarkan kepada penerbitan filem bertaraf antarabangsa. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |