OHBULAN! |
Caras : Rumahtangga Bergolak Angkara Bekas Kekasih Posted: 16 Oct 2012 09:49 PM PDT Cinta 3 segi bukanlah perkara yang asing lagi dalam industri hiburan. Nak-nak si bekas kekasih yang tak paham bahasa sering berusaha merosakkan rumahtangga orang lain. Selalunya kita dengar cerita si suami yang bermain kayu tiga. Tapi lain pula alkisahnya dengan pasangan ini. Walaupun usia perkahwinan belum mencecah setahun, si isteri pula yang pandai buat perangai. Huishh! Boleh jatuh nusyuz macam tu! Si isteri yang dimaksudkan adalah seorang pelakon jelita yang dahulunya merupakan bekas pramugari. Tak silap, cerita masalah rumahtangga yang melanda pasangan ini pernah digembar-gemburkan suatu ketika dahulu. Tapi, masalah ini sering ditutup oleh pihak suami kerana baginya masalah rumahtangga bukanlah untuk tatapan umum malah ianya adalah penyelesaian antara suami isteri. Namun, sampai bila kesabaran si suami harus dicabar jika si isteri acapkali menuntut cerai. Nak-nak si suami sudah mengetahui isterinya kini kerap keluar bersama dengan bekas kekasihnya. Pasti lagi tercabar! Malah, masalah ini bertambah rumit apabila si isteri yang dahulunya memegang status janda turut menuduh si suami mempunyai wanita lain. Suami mana tak sayang isteri? Begitulah juga dengan anak tukang masak yang juga merupakan juri masakan dalam sebuah siaran televisyen swasta terkenal. Pernah dia memberitahu masalahnya kepada si bapa untuk menjernihkan keadaan, namun dek kerana sayangkan menantu itu, si bapa enggan mempercayai segala kata-kata anaknya. Malah, bapanya turut membela menantu itu jika si suami membicarakan hal keburukan isterinya. Menurut sumber, si suaminya juga bimbang kalau-kalau si bapa akan bermasam muka jika dia menceraikan pelakon jelita itu. Akibatnya, si suami terpaksa mendiamkan diri dan makan hati dengan tingkah laku curang isterinya. Kesian pada suami tu. Tapi kalau tak buat apa-apa, kelak digelar dayus pula! |
Pelakon Veteran, Kuswadinata Kritikal Posted: 16 Oct 2012 08:41 PM PDT Pelakon veteran yang terkenal menerusi filem "Panca Delima" dan "Semerah Padi" kini dikatakan sedang berada dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan serta rawatan dialisis. Dia yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang sejak 7 Oktober lalu, difahamkan hanya tinggal harapan 50-50 sahaja untuk meneruskan hidup dan jantungnya juga dikatakan semakin lemah. Menurut anaknya Mohamad Rizal, 23, dua minggu lalu pelakon veteran ini pernah dimasukkan ke hospital dan setelah dibenarkan pulang ke rumah, Kuswadinata difahamkan telah mengalami pendarahan semula di bahagian ulser. "Dua minggu lalu, dia pernah dimasukkan ke hospital, tetapi dibenarkan pulang kemudiannya. Namun selepas dua hari di rumah, dia alami pendarahan semula," kata anak bongsu daripada empat beradik, hasil perkongsian hidup pelakon itu dengan isteri kedua, Kamariah Mohd Said, 57. Julai lalu Kuswadinata juga pernah dimasukkan ke hospital akibat kanser prostat dan dia turut menghidap beberapa penyakit seperti kanser kelenjar dan buah pinggang. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |