Celebrity News |
Konterversi Majlis Resepsi Qasem Dan Bakal Isteri Dibatalkan Posted: 15 Oct 2012 08:35 PM PDT Kalau sebentar tadi berita gembira mengenai majlis pernikahan Diana dan Farid Kamil, seorang lagi artis kita yakni Qasem dan bakal isteri beliau tampil dengan berita sedih. Majlis yang mereka impikan menjadi hari bahagia mereka kini menjadi igauan ngeri kerana majlis tersebut dibatalkan oleh penaja. Dan kesudahannya...Lapuran Polis diambil oleh pasangan ini, berita mengenai kisah sedih pasangan ini ada dibawah : KUALA LUMPUR: Ketika berdebar menunggu tarikh pernikahan yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini, pelakon Mohd Nazim Atim atau Qazem Nor, 38, dan pasangannya, Nor Azuriana Amirudin atau Embun, 28, terpaksa berhadapan pula masalah pembatalan saat akhir majlis resepsi perkahwinan mereka oleh penaja. Qazem yang ditemui di Balai Berita semalam berkata, dia meminta maaf kepada semua pihak yang sudah menerima kad undangan daripadanya di atas pembatalan majlis resepsi yang mendapat penajaan penuh Mawex Sdn Bhd yang merancang penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012. "Mengikut perancangan, majlis persandingan saya dan Embun akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor sejurus selepas pernikahan kami pada 20 Oktober nanti. "Pun begitu, ia tiba-tiba dibatalkan pihak penaja di saat akhir. Menurut Qazem lagi, bagi tindakan selanjutnya berupa tuntutan saman kepada pihak berkenaan, dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, pada 14 Oktober lalu. Malah, Qazem juga sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Seniman dan sidang media berhubung perkara ini akan dibuat esok di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), jam 3 petang. Sehubungan itu, Qazem berkata, tarikh majlis persandingannya ditunda awal November nanti. Katanya, tindakan undang-undang diambil sebagai pengajaran kepada pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan selebriti sepertinya mangsa masalah dihadapi. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle Pada 3 November Posted: 15 Oct 2012 06:29 PM PDT Akhirnya pasangan ini mengumumkan tarikh keramat @ bahagia mereka, 3 November 2012 adalah tarikh pernikahan yang dirancang. Dan ia sudah pasti merungkai teka-teki yang selama ini mereka rahsiakan daripada pengetahuan umum. Farid Kamil, 31 dan Diana Danielle akan disatukan sebagai suami isteri pada bulan depan, dan berita gembira tersebut diumumkan oleh Farid sendiri semasa pelancaran filem Pe3 baru-baru ini. Memang pasangan ini penuh dengan kejutan, jika sebelum ini mereka bertunang secara diam-diam kini sekali lagi kejutan itu datang tanpa tiupan angin kuat. Siapa kata cinta yang telah putus ditengah jalan tidak akan berkaut semula, inilah yang terjadi kepada pasangan ini yang sebelum ini pernah merana kerana cinta tidak kesampaian. Akhirnya jodoh mereka sudah ditentukan, dan ia akan menjadi kenyataan pada bulan depan. Apa komen anda ? Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |