Adsense

Isnin, 23 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lynnzay Affandy Lancar Single Inggeris ANGEL DUST

Posted: 23 Jul 2012 11:17 PM PDT

Penyanyi baru, Lynnzay Affandy yang baru-baru ini telah memberikan nafas baru kepada lagu nyanyian Raja Ema yang kini bertajuk JEJAKA IDAMAN 2.0 telah pun bergerak melangkah maju ke hadapan dengan perancangan untuk meriliskan satu lagu berbahasa Inggeris pada bulan depan yang bertajuk 'Angel Dust',hasil ciptaannya sendiri.

Bersama kolaborasi dengan rapper underground terkenal yang bernama Tactmatic yang juga merupakan penggubah muzik lagu ini, Lynnzay yakin lagu ini bakal mendapat tempat di hati peminat muzik urban dan 'dance' kerana buat julung-julung kalinya penyanyi yang merangkumi kelebihan dalam tarian di Malaysia meriliskan lagu ciptaan sendiri.

Menyentuh soal kemunculannya bersama lagu JEJAKA IDAMAN 2.0,ramai juga yang memberi respon positif.Tidak kurang juga yang negatif.Bagaimanapun,Lynnzay mengambil yang positif dan kekalkan.Ambil yang negatif untuk memperbaiki kelemahan.

Dengar khabarnya Lynnzay bakal mengarah sendiri video muziknya untuk lagu-lagu seterusnya kerana pengalaman video muzik 'JEJAKA IDAMAN 2.0′ yang di kritik hebat oleh pendengar dan penggemar seni tempatan.Ada yang mengutuk Lynnzay,ada yang mengutuk pihak produksi.Tidak mengapa,semoga Lynnzay muncul dengan video muzik yang lebih hebat untuk lagu seterusnya.Dengan tenang,Lynnzay tidak menoleh ke belakang dan terus maju melakukan promosi lagu ini dan sibuk menyiapkan single seterusnya.

Bagaimanapun,lagu JEJAKA IDAMAN 2.0 telah menarik perhatian pihak 'Neway Karaoke Outlet' untuk meletakkan versi karaoke video ini di cawangan-cawangan mereka di beberapa negeri dalam Malaysia.

Sudah menjadi trend masa kini untuk setiap artis yang bergerak secara 'independent' atau tidak berada di bawah mana-mana syarikat rakaman, mencipta lagu sendiri dan berjaya meraih populariti seperti Yuna dan band Hujan serta berjaya mempunyai kelompok peminat tersendiri yang menghargai genre lagu-lagu yang di perjuangkan oleh mereka.

Mungkin ramai tidak tahu Lynnzay adalah artis 'independent' yang juga bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

Walaubagaimanapun,setelah meriliskan 'JEJAKA IDAMAN 2.0′,ada mulut-mulut nakal mula membandingkan Lynnzay dengan penyanyi yang sudah sedia popular seperti MizzNina,Stacy dan Agnes Monica dari negara jiran,Indonesia.Ini adalah kerana Lynnzay juga berkebolehan menari di samping menyanyi.Berkemungkinan lebih susah untuk bergerak kerana tidak berada seperti MizzNina,tidak mula dari rancangan realiti TV seperti Stacy dan tidak memulakan kareer sebagai pelakon seperti Agnes Monica.

Jadi,dengan ketaranya boleh di lihat Lynnzay sememangnya boleh di gelar 'one woman army' kerana memulakan langkahnya dengan pengalaman minor bersama Senoritas untuk menguruskan segala-gala perihal dengan sendirinya bersama pasukan kecil yang di tubuhkan untuk membantu pergerakannya.

Memegang imej yang di ketengahkan oleh Lynnzay yang mungkin sedikit pelik di mata peminat muzik tempatan kerana di ambil dari watak X-Men yang bergelar Rogue bersama rambut yang membuat jalur putih di depan.Dan Lynnzay juga di katakan kelihatan seksi di mata sesetengah orang walaupun tidak berpakaian seksi.Dia menjelaskan bahawa tarian yang di persembahkan ketika menyanyi agak agresif.Mungkin kerana itu,ramai yang berfikiran bahawa gadis berumur 26 tahun ini seksi terutamanya penampilannya di dalam video muzik 'Jejaka Idaman 2.0′ yang mengenakan salah-satu pakaian berkonsepkan 'jumpsuit' corak kulit ular.

Bagi Lynnzay,pakaian yang di kenakan haruslah selesa dan tidak terlalu mendedah supaya memudahkan pergerakan untuk menari. Lynnzay tidak mempercayai untuk di lihat 'seksi',harus memakai pakaian yang terlalu mendedah. Baginya, pergerakan ketika menari, penbawaan diri dan personaliti seseorang boleh membuatkan mereka secara 'natural'nya kelihatan seksi dan masih di hormati. Dengan idolanya seperti Ciara dan Britney Spears, Lynnzay berazam untuk sentiasa memberikan persembahan bertenaga kepada penonton.

Dengan rancangan untuk terus menghasilkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang berbahasa Melayu dan Inggeris, setiap dua bulan Lynnzay akan menyajikan para pendengar dengan lagu-lagu baru bersama muzik yang 'fresh' dan berkualiti.Ada yang mengikuti kehendak dan citarasa tempatan,ada yang di hasilkan mengikuti taraf antarabangsa seperti lagu terbarunya yang bakal di riliskan pada bulan Ogos ini yang bertajuk,'ANGEL DUST' ini.Anda boleh dengarkan prebiu pendek lagu ini di sini.

Nantikan persembahan bertenaga Lynnzay yang bakal menggegar anda di kawasan-kawasan terdekat anda dan ketahui perkembangannya di Twitter- @LynnzayAffandy atau Facebook – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Album Lagu Terbaik Pilihan Hari Raya

Posted: 23 Jul 2012 10:56 PM PDT

Khas buat Sambutan Aidilfitri kali ini, terimalah..

PILIHAN HARI RAYA

Jangan biarkan bahang pilihan raya yang semakin hampir ini mematikan semangat raya anda! Lupakan segala sengketa sesama 'bangsa dan agama' dan sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh kemeriahan bersama!

Khas daripada Warner Music Malaysia, terimalah sebuah album kompilasi yang bakal menceriakan raya anda!

Album Hari Raya

PILIHAN HARI RAYA memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh barisan artis popular lama dan baru tanah air.

Antara lagu-lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman adalah SELAMAT HARI RAYA dendangan SALOMA, juga SALAM AIDILFITRI, sebuah lagu yang dipopularkan oleh JAMAL ABDILLAH. Tidak lupa juga DARI JAUH KUPOHON MAAF oleh SUDIRMAN, lagu kegemaran ramai DENDANG PERANTAU oleh P RAMLEE, TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON oleh AL MIZAN, serta banyak lagi lagu yang tidak kurang hebatnya!!

Tidak lengkap sambutan Hari Raya tanpa kehadiran lagu baru. Bagi memperkayakan khazanah sebuah lagu baru bertajuk KEMAAFAN LEBARAN yang menampilkan FIRDAUS berkolaborasi dengan FARIS (AWANBAND) dan YOUK (BUNKFACE). Sebagai sebuah lagu rancak dengan 'mood' pop, lagu ini berinspirasikan elemen moden, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu-lagu raya yang sedia ada. Sebuah kolaborasi sulung kumpulan FIRDAUS dengan anggota AWANBAND dan BUNKFACE, KEMAAFAN LEBARAN tentunya menjanjikan sesuatu yang berlainan.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu mix oleh DJ DAVE, bertajuk MENJELANG HARI RAYA. Nada dering lagu ini boleh didapati secara ekslusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.

Meriahkan Aidilfitri anda dengan album kompilasi terbaru oleh Warner Music Malaysia ini yang boleh didapati dengan harga hanya RM20.90!

Berikut adalah senarai lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini:

1. TAKBIR RAYA

2. SELOKA HARI RAYA

3. KEMAAFAN LEBARAN

4. MENJELANG HARI RAYA

5. TANGAN KUHULUR MAAF KUPOHON

6. SELAMAT HARI RAYA

7. SELAMAT HARI RAYA

8. SALAM AIDILFITRI

9. SUASANA DI HARI RAYA

10. SELAMAT BERHARI RAYA

11. SELAMAT HARI RAYA

12. PULANG DI HARI RAYA

13. DARI JAUH KUPOHON MAAF

14. KEPULANGAN YANG KUNANTI

15. AIDILFITRI

16. BILA TAKBIR BERGEMA

17. HARI MULIA

18. DENDANG PERANTAU

19. SUASANA HARI RAYA

20. SUASANA RIANG DI HARI RAYA

21. INDAHNYA BERAYA DI DESA

22. CAHAYA AIDILFITRI

23. MENJELANG HARI RAYA

Album Hari Raya

PILIHAN HARI RAYA VCD

Buat julung kalinya, Warner Music Malaysia kini menampilkan sebuah kompilasi VCD khas buat sambutan Syawal kali ini! Dengan menampilkan klip video lagu-lagu raya kegemaran, VCD kali ini memuatkan 14 buah klip video oleh artis-artis popular tanah air!

Berikut adalah klip-klip video yang dimuatkan dalam VCD ini:

1. SALAM AIDILFITRI – JAMAL ABDILLAH

2. GURINDAM DI PAGI SYAWAL – JAY JAY

3. INDAHNYA BERAYA DI DESA – AZLINA AZIZ

4. TANGAN KU HULUR MAAF KU POHON – AL MIZAN

5. LAMBAIAN AIDILFITRI – JAMAL ABDILLAH & SALEEM

6. SALAM DUNIA – M NASIR

7. PENGERTIAN HARI RAYA – HAIL AMIR & UJI RASYID

8. HARI RAYA BAHAGIA – JAY JAY

9. KURNIAAN DI HARI RAYA – FEMININ

10. SAMPAIKAN SALAMKU DI HARI RAYA – JAMAL ABDILLAH

11. BINGKISAN UNTUK PERWIRA – KHADIJAH IBRAHIM

12. SELAMAT BERHARI RAYA – AL MIZAN

13. MARHABAN – AL MIZAN

14. ALHAMDULILLAH – AL MIZAN

Ceriakan syawal anda dengan PILIHAN HARI RAYA VCD yang boleh didapati pada harga hanya RM20.90!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: