Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Jul 2012 03:37 PM PDT Stacy rehat sebulan bersama keluarga pada bulan puasa SETIAP kali Ramadan menjelma, pasti aktiviti hiburan juga akan berkurangan. Sebahagian besar artis beragama Islam menggunakan bulan mulia ini untuk menghentikan seketika kerjaya seni mereka, sebaliknya mendekatkan diri dengan Yang Maha Kuasa. Artis bukan Islam juga menggunakan kesempatan sama untuk 'bersara' sementara daripada kesibukan kerja. Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam tidak terkecuali apabila menggunakan waktu sebulan ini untuk merehatkan badan, selain menghormati sama bulan puasa. Stacy gembira kerana setiap kali bulan puasa, dia mempunyai kesempatan untuk bercuti, meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan melupakan sejenak kerjaya seninya. "Sekiranya saya tinggal di ibu kota pada bulan ini pun, tiada aktiviti seni dapat dilakukan. Saya pun bukannya berpuasa. Jadi saya mengambil keputusan untuk merehatkan diri dan meluangkan masa bersama keluarga di kampung. Kurang aktiviti sosial Berkongsi serba sedikit mengenai perubahan dirinya, Stacy akui kini dia sudah banyak mengurangkan aktiviti sosialnya seperti berkunjung ke kelab hiburan. Sebagai selebriti yang sentiasa diperhati tindak tanduknya, Stacy tidak mahu aktiviti tidak sihat seperti itu menjadi ikutan peminat, terutama remaja. "Seboleh-bolehnya saya mahu mengelak daripada mencetuskan sebarang gosip mahupun kontroversi. Sebagai artis, saya juga perlu jaga nama baik sendiri. "Bukannya saya langsung tidak ke kelab hiburan, tapi saya kurangkan aktiviti sosial seperti itu. Saya kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah," katanya. Menurut penyanyi berbakat ini, tindakannya itu bukanlah atas pengaruh sesiapa sebaliknya dia sendiri yang tergerak hati berbuat demikian. "Dulu pun saya bersosial sebab saya banyak menyanyi di kelab, tapi sekarang tidak lagi. Saya juga perlu menjaga imej dan tidak mahu orang ramai mencontohi perkara tidak sihat." tambahnya lagi yang bersyukur sehingga kini dia mendapat sokongan tanpa putus dari peminat dan ahli keluarga. |
Posted: 22 Jul 2012 03:35 PM PDT Kile Glover, 11, anak tiri penyanyi R&B popular Usher Raymond, disahkan meninggal selepas alat bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 9 pagi, kelmarin. Anak bekas isterinya, Tameka Foster, itu cedera teruk di kepala selepas mengalami kemalangan tragik ketika menaiki jet ski di di Tasik Lanier, Atlanta awal bulan ini. Menurut E! News, kawan Tameka, penerbit, Jodi Gomes berkata, situasi dihadapi wanita itu amat sukar sekarang. Kile dipercayai dilanggar pemandu peribadinya ketika beriadah di tasik berkenaan beberapa minggu lalu. Pihak polis mendapati pemandu itu ialah kawan keluarga mereka, Jeffrey S Hubbard. Namun, Usher dan Tameka belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kematian anak mereka, namun Tameka dikatakan ada memuat turun gambar Kile di laman sosial Twitter Jumaat lalu. Berikutan berita itu, beberapa selebriti seperti Russell Simmons, Toni Braxton, Lil Kim dan Justin Bieber berkongsi perasaan simpati menerusi Twitter. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |