Adsense

Isnin, 23 Julai 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Terbaru Arrianshah Anak Tomok Berusia Dua Bulan

Posted: 22 Jul 2012 07:42 PM PDT

 Inilah gambar permata hati Tomok dan isteri beliau yang kini berusia dua bulan (menurut sumber yang Zoom baca). Arrianshah nama diberi, memberi seribu erti buat insan-insan yang mengenali dan mempunyai hubungan dengan si kecil ini. 

Anda rasa muka Arrianshah Akid ni macam muka siapa? Tomok atau isteri beliau ?



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Nurul Wahab Ajar Eric Puasa Dan Solat Tarawih

Posted: 22 Jul 2012 07:13 PM PDT

KUALA LUMPUR – Selepas menyandang status isteri untuk kali kedua, penyanyi berkulit hitam manis, Nurul Wahab gembira dapat menjalani ibadah puasa bersama suami barunya pada tahun ini. 
 
Nurul yang sudah menjanda selama lima tahun dan telah pun bernikah dengan Eric Daniel Depp baru-baru ini, dia mahu mengajar suaminya itu untuk berpuasa sepanjang Ramadhan ini.
Bagi Nurul, kehadiran Ramadhan kali ini begitu bermakna buat dirinya dengan ditemani Eric di sisinya. 

 
"Sambutan Ramadan ini amat bermakna buat saya kerana dapat semula menjalankan ibadah puasa bersama suami, Eric, selepas kembali hidup solo selama lima tahun.
"Saya akan mengajar Eric berpuasa dan rasanya tak susah kerana dia tahu apa itu puasa," kata Nurul yang dipetik dari ruangan Rap akhbar Harian Metro, semalam.
Mengetahui tanggungjawab sebagai Muslim untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T di bulan puasa ini, Nurul tidak akan ke mana-mana memandangkan ingin memberi sepenuh perhatian untuk beribadah. 


 
Malah, dia dan Eric juga akan menunaikan solat sunat Tarawih bersama-sama sepanjang Ramadhan ini.

"Sepanjang puasa ini, kami tidak pergi ke mana-mana kerana saya mahu memberikan tumpuan penuh kepada bulan yang mulia ini.
"Bagi melengkapkan lagi sambutan Ramadhan tahun ini, kami berdua akan mengerjakan solat tarawih bersama-sama," katanya.
Berbicara mengenai penyediaan juadah untuk berbuka puasa, Nurul dan Eric lebih suka untuk memasak sendiri berbanding membeli di bazaar Ramadhan.
Kata Nurul, sekiranya berbelanja di bazaar, sikap suka membazir mudah untuk terjadi.
Kerana itulah Nurul dan Eric tidak ke bazaar Ramadhan sementalah Eric tidak gemar dengan sikap suka membazir.

"Mengenai juadah berbuka dan bersahur, saya akan masak sendiri kerana jika pergi ke bazaar Ramadan ketika perut kosong, semua makanan yang dijual nampak sedap dan ia boleh mengundang kepada pembaziran.
"Eric sendiri tidak suka membazir apatah lagi kami hanya berdua. Jadi siapa nak makan makanan yang banyak itu," kata Nurul.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Adidas Predator Lethal Zones

Posted: 22 Jul 2012 07:05 PM PDT

ADIDAS secara rasminya telah melancar but bola terbaru,Predator Lethal Zones yang lebih moden dan sempurna untuk dipakai lebih-lebih di bahagian serangan.

Dengan tampil rekaan lebih saintifik di lima bahagian utama depan but membolehkan pemain-pemain membuat pengawalan, hantaran bola, menggelecek, first touch dan sweet spot (bahagian depan kiri) dengan lebih tepat dan laju.

Dengan lima titik yang direka khas ini sekali gus menjadikannya sebagai but sempurna bagi pengawalan bola.

Ia terbukti dan memberi kesan terbaik selepas beberapa pemain terkenal dunia seperti Robin van Persie (Arsenal), Xavi (Barcelona), Samir Nasri (Man City), Nani (Man United) serta Di Maria (Real Madrid) telah menguji but ini dan turut menyumbangkan idea ketika proses rekabentuk dilaksanakan.

Ia dicipta dengan bahan getah paling ringan dan memory form dengan 3D bagi yang mempu melakukan hantaran lencong tepat ke gawang.


Predator Lethal Zones dijual dengan harga RM799 mampu memberi kepuasan kepada pemain-pemain hasil rekaan yang berteknologi tinggi dan kesan yang unik.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!