Gosip Artis Malaysia |
Posted: 23 Jul 2012 06:49 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Watie Sadali (Elite) mengakui mual untuk makan nasi selepas hampir setahun tidak menjamah makanan asas itu kerana ingin mengekalkan bentuk tubuhnya. Watie berkata, walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan dia telah menjadi biasa tidak mengambil nasi sebagai makanan utama. "Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an. "Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja," katanya. Dalam pada itu, Watie berkata, dia kini banyak bergantung kepada minuman kesihatan bagi membantunya mendapatkan tenaga kerana tidak mengambil nasi sebagai makanan rutin. Watie memberitahu, jika berasa lapar dia akan mengambil minuman tambahan itu jika tidak berkesempatan untuk makan akibat sibuk di lokasi penggambaran. "Alhamdulilah minuman kesihatan itu serasi dengan saya dan ia membantu saya dalam mengurangkan berat badan," katanya. Bagaimanapun kata Watie, senaman secara kerap juga amat penting bagi memastikan penurunan berat badan konsisten dan mencapai angka yang dikehendaki. Sementara itu, Watie berkata, dia kini sedang sibuk dengan beberapa penggambaran telefilem untuk siaran Hari Raya Aidilfitri sebelum bercuti panjang untuk bersama keluarga |
Posted: 23 Jul 2012 06:41 PM PDT PETALING JAYA:Penyanyi dan bekas peserta MasterChef Selebriti Malaysia, Soo Wincci berazam untuk berpuasa penuh tahun ini bagi mendekatkan diri dengan peminat daripada komuniti Melayu beragama Islam sepanjang bulan Ramadan ini. Soo Wincci berkata, ini adalah kali pertama dia ingin berpuasa dan memberitahu teruja dengan kedatangan Ramadan kerana ingin menyemarakkan lagi semangat bulan mulia itu bersama-sama para peminatnya. "Menerusi program MasterChef peminat saya semakin ramai daripada kalangan kaum Melayu dan saya rasa dengan belajar berpuasa saya dapat mendekatkan diri dengan mereka. "Selain itu, ia juga dapat mencabar diri saya membuat sesuatu perkara baru yang pertama kali ingin berpuasa," ujarnya . Tambah Soo Wincci, walaupun sedar dengan cabaran yang bakal ditempuh sepanjang berpuasa, dia yakin dapat mengharunginya dengan dorongan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan peminat. "Berpuasa itu pasti menjadi suatu perkara yang amat mencabar buat diri saya tetapi kerana ingin menghidupkan semangat perpaduan dikalangan peminat saya teruskan niat ini. Populariti penyanyi itu meningkat secara mendadak selepas menyertai program masakan berkenaan dan Soo Wincci turut tampil dengan single pertamanya berjudul Terus Teranglah bersama Jow Flizzow. Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia turut mendapatkan beberapa tips daripada rakan berbangsa Melayu dan yakin dapat melakukannya. Katanya, rakan-rakan turut menasihatinya supaya jangan memaksa diri dan berpuasa mengikut kemampuan sebagai permulaan. "Rakan-rakan banyak jadi pendorong dan semangat inilah yang ingin saya tonjolkan kepada semua peminat dan berharap dapat berpuasa selama 30 hari," katanya. Sementara itu, Soo Wincci berkata, akaun Twitter miliknya telah meningkat sebanyak 2,000 pengikut dalam masa seminggu dan rata-rata daripada mereka adalah kaum Melayu. Katanya, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu kerana ia adalah bukti dirinya semakin diterima dikalangan peminat bukan Cina. "Saya harap dengan populariti yang dikecapi kini dapat memberikan manfaat kepada saya untuk melakukan sesuatu yang akan disukai oleh semua kaum di Malaysia," katanya. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |