Adsense

Isnin, 23 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Fizo Omar Tunai Umrah Bersama Ibu Tercinta

Posted: 22 Jul 2012 08:45 PM PDT

Gambar Fizo Omar Tunai Umrah Bersama Ibu Tercinta
Fizo Omar yang berlepas ke Tanah Suci Mekah minggu lepas bersama ibu tercinta untuk menunaikan ibadah umrah dan menyambut awal Ramadhan di sana turut berkongsi kegembiraanya bersama peminat.. Fizo Omar yang telah selamat menunaikan Umrah, kini sedang menikmati dan merasai suasana Ramadhan di Kota Suci Mekah itu..

Apa yang menariknya, selain menunaikan Umrah dan menyambut Ramadhan disana, Fizo Omar juga turut meraikan hari ulang tahun kelahiranya yang ke-28 pada 19 July yang lalu.. Pastinya kegembiraan itu berganda apabila ianya disambut bersama ibu tercinta.

Apa-apa pun, buat peminat Fizo Omar, Jom kita layan gambar Fizo Omar di Kota Suci Mekah bersama ibunya kat bawah ni…

Ariel Peterpan Bebas Hari Ini, Luna Maya Dan Cut Tari Mungkin Di Penjara

Posted: 22 Jul 2012 06:08 PM PDT

Ariel Peterpan Bebas Hari Ini
JAKARTA: Vokalis Peterpan, Ariel yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun 6 bulan, atas kesalahan penyebaran video porno dengan dua artis wanita, Luna Maya dan Cut Tari, akhirnya telah dibebaskan hari ini..

Pembebasan Ariel Peterpan dari Rumah Tahanan Kebon Waru, bakal disambut oleh kedua orang tuanya, anggota Peterpan yang lain, penyanyi Momo Geisha juga yang paling istimewa para peminat setianya yang digelar Sahabat Peterpan..

Apa yang menariknya, pembebasan Ariel di bulan Ramadhan ini akan disambut dengan majlis berbuka puasa dan sidang media sebagai tanda kesyukuran petang ini.

"Sehubungan dengan pembebasan saya dari Rutan Waru, maka bersama ini, kami sekeluarga mengundang teman-teman media untuk menghadiri majlis kesyukuran, sidang media dan berbuka puasa bersama pada Isnin pada pukul 4 hingga 6 petang WIB di Ballroom Hotel Grand Serela.

"Besar harapan kami jika teman-teman media dapat hadir pada acara ini. Terima kasih,"

Bagaimanapun laporan media Indonesia mengatakan, Luna Maya dan Cut Tari yang didakwa turut terlibat dengan kes video porno itu berkemungkinan akan turut menjalani hukuman penjara tidak lama lagi.

"Cerita ini memang belum selesai. Kes yang yang membabitkan Luna Maya dan Cut Tari itu sampai saat ini masih dalam proses siasatan. Bahkan, pihak kepolisian masih diminta untuk melengkapi data-data", ungkap pegawai polis Jakarta, Agus Rianto.

Jadi timbul lah tanda tanya disini, adakah Luna Maya dan Cut Tari akan menggantikan Ariel di penjara? Yang jelas, siasatan masih dijalankan.