Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Slot Cerekarama & Siaran Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi Posted: 03 Jul 2012 10:08 PM PDT TV3 PILIHAN UTAMA DI HUJUNG MINGGU Stesen No.1 Negara, TV3 terbukti terus menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia apabila berjaya meraih jumlah kadar tontonan tertinggi menerusi slot Cerekarama pada malam Sabtu lepas dan sekali lagi sewaktu siaran langsung perlawanan akhir EURO 2012. Bersiaran setiap malam Sabtu, slot Cerekarama minggu lepas menampilkan telemovie arahan sutradara terkenal Raja Ahmad Alaudin yang bertajuk "Maharku Untukmu". Mengisahkan suka duka kehidupan pemuda bernama Putera, menjadi Pak Sanggup kerana rela berkahwin dengan Tengku Aishah, anak gadis yang sombong dan lebih mementingkan darjat daripada maruah diri. Putera dikahwinkan dengan Aishah demi menutup malu dan menjaga reputasi keluarganya apabila dia didapati mengandung sebelum bernikah. Namun, Aishah masih tidak dapat menerima Putera dan melayan suaminya dengan buruk sedangkan Putera hanya menerima semuanya dengan sabar. Berbekalkan jalan cerita yang menarik serta lakonan hebat dan penuh emosi daripada Adi Putra, Nabila Huda dan Norish Karman, telemovie terbitan Primeworks Studios ini berjaya mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 2.4 juta (11.7 TVR) atau 43.1% (sumber: Nielsen Audience Measurement), sekaligus mendapat kedudukan pertama dalam senarai Top 700 program televisyen Negara sepanjang minggu akhir bulan Jun ini. Rekod sekali lagi tercipta apabila hampir 1.5 juta peminat bolasepak Negara telah memilih saluran TV3 untuk menonton siaran langsung perlawanan akhir EURO 2012 di mana juara bertahan Sepanyol telah berjaya menumpaskan pasukan Itali (4 – 0) pada malam Ahad lalu. Secara keseluruhan purata penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut bermula jam 2.45 pagi hingga 4.45 pagi mencecah 1.1 juta (4.6 TVR) atau 52.3 % (sumber: Nielsen Audience Measurement). Demam Euro 2012 Media Prima dengan tema "Real Fans Real Football" telah melanda Negara sejak 8 Jun dan berakhir 1 Julai lalu di mana TV3 selaku rakan penyiar bersama Maxis, penaja utama siaran komited untuk membawakan kepada semua peminat fanatik bola tanahair 16 perlawanan EURO 2012 secara langsung di TV3 manakala siaran ulangan di ntv7 dan portal Tonton dengan percuma! Dua lagi stesen rangkaian televisyen Media Prima iaitu TV9 dan 8tv juga turut sama menyokong liputan Euro 2012 ini. Kemeriahan malam penutup kepada kejohanan bola terbesar Eropah kali ini turut dimeriahkan dengan pengajuran "Viewing Party" di Encorp Red Carpet Avenue, Kota Damansara. Bermula jam 8.00 malam, pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seterusnya memenangi hadiah hebat, antaranya cabutan bertuah untuk menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford, tiket penerbangan ke Osaka, Jepun dan penginapan 2 hari 1 malam di Melaka. Selain itu, hampir 5,000 pengunjung yang hadir turut berhibur di mini konsert yang menampilkan artis-artis popular tanah air seperti 6ixth Sense, Projek Pistol, OAG dan Drama Band serta beramah mesra dengan pelakon drama antaranya Josiah Hogan, Shah Iskandar, Danny X-Factor, Wan Sharmila serta figura sukan popular Khairul Fahmi dan Safiq Rahim. Lintas langsung program "Sorak Borak" juga diadakan di Encorp Red Carpet Avenue bersama pengacara, Tabah Sazwan dan Kieran (Hot FM) bersama tetamu jemputan khas, Iqram Dinzly dan Fizo Omar. Tepat jam 2.45 pagi, layar gergasi di The Strand turut menyiarkan perlawanan akhir EURO 2012 dari Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine. Tags: TV3Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Jurnal Renovation & Persiapan Pindah Rumah Posted: 03 Jul 2012 08:54 PM PDT Semasa entry ini ditulis, Budiey paksakan diri untuk berjaga malam. Nak tidur tapi tak dapat sebab masih memikirkan tentang masalah nak renovate rumah. Susah bukan main kalau takde ilmu di dada. Pendek kata la kalau macam ni, upah pereka hiasan dalam lagi baguskan. Harap-harap pereka dalaman @deandaud boleh tolong Budiey. Itu pun kalau-kalau dia terbaca entry ini. Budiey ambil keputusan untuk tidur lewat sikit. Sambil temankan isteri, buat kerja pejabat, sambil itu Budiey buat rangka dan plan untuk proses selanjutnya. Nak cantikkan rumah punya pasal, kita tak boleh berkira sangat sebab rumah yang kita nak diami itu adalah rumah kita bukan rumah orang lain. Nak duduk pun dalam jangka masa yang lama, bukan sehari dua aje kan? Kalau boleh nak duduk kat sini selama-lamanya, hingga hujung nyawa. Jadi, rumah kena perfect. Kami dijangka berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat ini. Dalam perancangan, Budiey dah tentukan jubin bilik tetamu kena buang semua sebab pemaju pakai jubin yang tak berapa bermutu dan tak cantik. Ada berceloreng sikit. Dalam fikiran masa ni, ada dua pilihan samada nak letak jubin atau kayu. Fikir punya fikir, Budiey ambil keputusan untuk letak jubin yang cantik dan berkilat sikit. Barulah nampak ekslusif sikit. Jenama kat pasaran tak payah cakap lah. Semua ada. Tapi Budiey kena hati-hati sikit takut bila tersalah pilih, jahanam habis semuanya. Rata-rata Budiey dah tanya kawan kat Facebook dan Twitter, mereka sarankan untuk pasang jubin berjenama MML. Kata mereka, selain nampak elegan dan cantik, jubin ni tahan lama. Betul ke? Korang rasa macamana? Budiey nak tahu juga pendapat korang, kan? Kami ada masa sebulan setengah je lagi untuk bersiap sedia segala untuk pindah. Budiey faham, semua kerja kena buat berperingkat. Nak buat sekaligus memang tak sempat. Tambahan lagi, rumah kali ini ada ruangan pejabat untuk Budiey Dot Com Media. Pergh… sangat-sangat eksaited! Apa yang melegakan, segala proses pembelian rumah dah pun selesai. Sekarang dah tiba masa untuk keluarkan duit dari KWSP untuk buat rumah. Budiey tak tahu la lama mana proses untuk keluarkan wang dari akaun ke-2 wang simpanan pekerja ni. Kalau korang tahu details pasal benda ni atau korang pernah mohon untuk keluarkan duit dari KWSP, korang habaq kat sini, okay? Pandangan dari atas rumah. Memang tinggi gak la rumah yang aku akan stay dengan isteri, 2 tingkat dari atas. Baru-baru ni ada satu contest kat internet, hadiahnya sangat lumayan sebab dapat tukar jubin rumah yang baru dengan jenama yang bermutu. Kalaulah Budiey berjaya dan menang Peraduan How MML Tile Makeover Works ni kan best. Eh, korang yang nak join pun sempat lagi ni, ada 5 hari je lagi. Budiey rasa, kawan-kawan yang gila masuk peraduan dah pun join, cuma sekarang ni dah tentu tengah neves untuk tahu pemenang. Bukan apa, dapat pulak pakej tukar jubin tu. Memang gempak lah. Sekali sekala korang kena tukar scenary atau sudut dekor rumah supaya tak lah nanti nampak jemu. Segar sikit mata yang memandang. Terutama sekali lantai yang korang pijak setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah tu. Ramai member-member dan saudara mara dah join peraduan dari MML ni dan Budiey pun tak ketinggalan. Sekarang ni, masih sempat lagi nak join. Tiba-tiba Budiey neves sebab nak tahu sapelah yang akan menang hadiah utama. Beruntung betul. Doa-doakanlah, supaya Budiey dapat menang peraduan ni. Bukan apa nya, Budiey nak sangat rumah baru Budiey ni berjubin dengan jubin baru. Dapat pulak jubin yang cantik-cantik. Kalau dapat, mahu je tukar dengan warna yang lebih lembut dan berkilat. Barulah gempak. Korang nak join, bolehlah hantar penyertaan. Sila layari: CuriousCat.my. Inilah plan untuk pejabat Budiey Dot Com Media. Sekarang nak decide untuk tukar jubin lantai. Korang rasa nak jubin yang macamana eh? Tolong sarankan ya. Tags: BlogClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |