Adsense

Selasa, 3 Julai 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Khairul Fahmi Che Mat Kini Berlakon Jadi Sekuriti Nepal

Posted: 02 Jul 2012 10:15 PM PDT

Khairul Fahmi Che Mat Kini Berlakon Jadi Sekuriti Nepal
Khairul Fahmi Che Mat atau juga dikenali sebagai Apek, nampaknya sekarang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan pula.. terbaru Khairul Fahmi telah melakonkan watak seorang sekuriti warga Nepal dalam drama bersiri yang bertajuk 'Semua Boleh Bolt'.. Khairul Fahmi yang memegang watak utama itu turut bergandingan dengan penyampai radio popular, Fabes (Fly FM), Zain Saidin dan rakan seperjuangannya, Mahali Jasuli.

Drama bersiri lakonan Apek ini ditayangkan dalam 4 episode dan episode pertama sudah pun dimuat naik di laman Youtube kelmarin dan sambutan agak menggalakan buat masa ini..

Menurut Apek, bola sepak masih menjadi keutamaannya dan berlakon hanya untuk suka-suka dan berbentuk sambilan saja..

Jadi buat sesiapa yang belum menyaksikan drama lakonan Khairul Fahmi ni.. jom kita layan video kat bawah ni… Lawak jugak drama ni.. hahahaha..

Anzalna Tidak Boleh Sebut Nama Neelofa Lagi

Posted: 02 Jul 2012 09:22 PM PDT

Anzalna Tidak Boleh Sebut Nama Neelofa Lagi
Semua sudah tahu yang semalam Anzalna sudahpun membuat satu pemohonan maaf kepada Neelofa secara terbuka di satu sidang media.. Namun begitu Anzalna juga perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Neelofa sebelum dan selepas permintaan maaf itu dilakukan.. MyGosip yakin syarat-syarat itu untuk mengelakkan kontroversi yang sama berulang kembali..

Walaupun Neelofa tidak mendedahkan kesemua syarat-syarat yang ditetapkan, namun begitu beliau sempat berkongsi sedikit antara syarat yang dikenakan.. Antara syarat tersebut adalah untuk memastikan yang Anzalna memohon maaf secara ikhlas dan bukannya kerana terpaksa..

Selain itu, Anzalna juga tidak boleh menyebut nama Neelofa lagi di mana-mana temuramah, di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini…

Wah, nampaknya selepas ini jika Anzalna ingin bercerita mengenai Neelofa terpaksa la sebut 'artis N bukan nama sebenar'..