Adsense

Selasa, 3 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


The Poplook Menjadi Pilihan Lisa Surihani

Posted: 03 Jul 2012 09:26 PM PDT

Bukan trend fesyen yang digelar " thepoplook " malah ia sebenarnya merupakan satu laman web perniagaan pakaian secara online yang telah menjadi pilihan bagi selebriti cantik jelita Lisa Surihani. Jika dilihat pada penampilan Lisa pasti ada yang menjangkakan pakaian yang beliau gayakan adalah pakaian berjenama dan juga mahal. Akan tetapi sangkaan anda kurang tepat.

Lisa Surihani, Misha Omar, Sazzy Falak dan juga Aishah Sinclar merupakan empat orang selebriti yang sangat gemar membeli serta menggayakan pakaian dari butik online. Pada mereka pakaian yang dipakai tidaklah perlu berharga mahal atau berjenama sahaja malah biarlah ia nampak cantik dan bersesuaian pada tubuh badan serta penampilan mereka berempat.

Keselesaan dalam mengayakan pakaian dari butik online membuatkan mereka boleh dikatakan kerap kali mengayakan pakaian casual yang hanya dibeli dari butik online sahaja. Design yang ringkas serta nampak lebih santai menjadi pilihan selebriti-selebriti ini. Harga yang berpatutan juga antara sebab mengapa mereka memilih pembelian pakaian menerusi online.

  

 

Selain itu mereka tidak perlu meluangkan masa yang agak lama untuk keluar membeli pakaian dari butik yang sedia ada kerana dengan pembelian secara maya ini hanya berlaku dalam masa yang singkat sahaja. Ini sangat memudahkan lagi bagi para selebriti ini yang sentiasa sibuk dengan jadual pekerjaan mereka.

Kredit Foto : Thepoplook 

Selongkar Beg Dato’ Siti Nurhaliza

Posted: 03 Jul 2012 09:26 PM PDT

Bagi setiap individu yang bergelar wanita tidak lengkaplah penampilan mereka jika penggayaannya tidak dipadankan dengan satu tas tangan. Tas tangan boleh dikatakan sebagai salah satu keperluan bagi setiap wanita. Ia juga merupakan antara aksesori yang digelar sahabat karib bagi golongan wanita.

Tidak kira usia tua mahupun muda pasti golongan wanita ini akan mengenakan apa sahaja jenis tas tangan dengan penampilan mereka asalkan ianya bersesuaian. Kebiasannya tas tangan akan menjadi satu ruangan bagi wanita untuk menyimpan apa sahaja keperluan asas harian mereka. Contoh barangan yang ada didalam tas wanita seperti Handphone, Minyak wangi, Set kecantikan dan juga Kaca mata.

Selebriti terkenal Dato' Siti Nurhaliza merupakan seorang individu yang sangat gemar bergaya dengan pelbagai jenis tas tangan. Namun begitu sebagai seorang selebriti beliau sememangnya telah khaskan satu tas tangan yang sentiasa dibawanya ketika beliau bekerja ke mana sahaja. Mari kita lihat apa yang beliau bawa dalam tas tangan beliau.

Pelbagai keperluan yang Dato Siti Nurhaliza bawa didalam tasnya. Ini boleh memudahkan juga urusan seharian beliau kerana segala yang beliau perlukan ada didalam tas tangan beliau. Jadi memang benarlah tas tangan merupakan antara keperluan wajib bagi golongan wanita.

Kredit Foto : Youtube