Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Harga Samsung Galaxy SIII & iPhone 4S Maxis Posted: 10 Jun 2012 07:16 PM PDT MAXIS MEMBERI GANJARAN KEPADA AHLI MAXIS ONE CLUB DENGAN TAWARAN PALING ISTIMEWA • Maxis menawarkan Samsung Galaxy SIII dan iPhone 4S pada harga RM599 untuk ahli Maxis One Club Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, akan menawarkan ahli Maxis One Club (MOC) telefon pintar Samsung Galaxy SIII dan Apple iPhone 4S untuk harga yang luar biasa sebanyak RM599 sahaja. Tawaran ini adalah sah dari 9 hingga 24 Jun dan boleh didapati di semua Pusat Maxis dan kedai-kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara. Untuk layak mendapatkan Samsung Galaxy SIII, ahli-ahli hanya perlu komited kepada pelan ValuePlus 150 ke atas dengan pelan data 1GB selama 24 bulan. Pelan ini juga akan menyediakan ahli dengan kadar suara dan internet yang terbaik. Ahli Maxis One Club yang berminat dengan iPhone 4S (16GB) perlu mendaftar untuk pelan iValue 2 selama 24 bulan. "Maxis telah melabur dalam pelbagai keistimewaan dan ganjaran untuk ahli Maxis One Club sejak kami melancarkan program tersebut pada tahun 2002. Kelab eksklusif ini sudah memasuki tahun yang ke-10, yang telah berkembang dengan berterusan sejak beberapa tahun yang lalu. Justeru itu, kami amat berbangga kerana dapat memberi ganjaran kepada ahli-ahli kami untuk kesetiaan mereka dengan dua tawaran yang eksklusif. Ini adalah salah satu cara kami menterjemahkan faedah dan keistimewaan penawaran peranti kami secara langsung kepada para pelanggan kami, yang merupakan aset kami yang paling penting untuk memiliki peranti terkini," kata Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis. "Maxis merupakan yang pertama untuk membuat penerimaan telefon pintar lebih mudah dicapai bagi rakyat Malaysia. Kami adalah yang pertama memperkenalkan iPhone, Blackberry, Android dan tablet, dan ini telah memainkan peranan penting dalam mempopularkan pasaran telefon pintar di Malaysia. Hari ini, telefon pintar telah berkembang menjadi telefon pintar yang 'super', dengan kemajuan pesat dalam keupayaan teknologi. Daripada jutaan pengguna telefon pintar kami, lebih satu pertiga menggunakan telefon pintar 'super' yang termasuk model iPhone dan Samsung Galaxy. Kami percaya bahawa dengan tawaran eksklusif ini untuk ahli Maxis One Club, yang disediakan dengan pakej data terkemuka Maxis, kami mampu melanjutkan penggunaan peranti-peranti ini di Malaysia dan membawa kemudahan tanpa tandingan sama ada di rumah, kerja atau dalam perjalanan. "Kami adalah pemimpin dalam semua segmen perniagaan, termasuk segmen pascabayar. Ini dicerminkan melalui ekosistem perkhidmatan kukuh yang telah kami bina untuk pelanggan-pelanggan kami, menyediakan rangkaian dan kelajuan yang terbaik, pelan data dan peranti bersama-sama dengan ganjaran dan faedah istimewa. Maxis One Club menyediakan kami dengan satu lagi platform lain untuk menyampaikan penyelesaian canggih yang relevan kepada mereka dan keperluan komunikasi mereka," kata Suren. Maxis One Club adalah satu program keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih daripada setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas secara automatik akan dinaiktaraf kepada status ahli Maxis One Club. Untuk maklumat lanjut dan untuk menyemak kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123 atau layari www.maxis.com.my/moc Tags: GadgetClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Sekitar Acara Promosi Filem Gerimis Mengundang Posted: 10 Jun 2012 07:12 PM PDT CERITERA CINTA GERIMIS MENGUNDANG SAMBUTAN HANGAT DI KOTA KINABALU, SABAH DAN INDONESIA Sebuah kisah cinta gabungan pelakon dari negara serumpun, iaitu KAMAL ADLI (MALAYSIA) juga OLIVIA LUBIS JENSEN (INDONESIA), telah seminggu di tayangkan di 4 buah Negara serentak dan di sambut baik terutamanya di Kota Kinabalu, Sabah dan Indonesia. Promosi Gerimis Mengundang telah berjalan dengan lancar di sekitar Kota Kinabalu, Sabah sepanjang seminggu sebelum filem Gerimis Mengundang ditayangkan di Sabah. Promosi sesi bertemu artis ini telah diadakan di Megalong Mall Penampang, Centrepoint Mall, Servay Hypermarket di Likas, dan satu sesi makan petang ekslusif bersama artis juga telah diadakan di restoran Rafflesia Chicken Hut di Karamunsing Kompleks. Selain itu, penyanyi dan pelakon Gerimis Mengundang di Sabah tidak ketinggalan untuk ke konti radio rasmi Gerimis Mengundang di Kota Kinabalu iaitu Era FM KK 102.4 dan dua penyanyi versi baru Gerimis Mengundang, Brenda Anura dan Budi Doremi turut dijemput ke Suria FM 105.9 FM dan KK FM. Serta diakhiri dengan sebuah mini teater muzikal Malam Gerimis Mengundang yang telah diadakan pada 18 Mei yang lalu di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah sebagai hari kemuncak promosi di Sabah. Promosi ini telah berjaya mendapat sambutan hangat sepanjang sesi bertemu artis dan telah berjaya mendapat jualan tertinggi di panggung-panggung Kota Kinabalu pada 5 hari pertama yang sedang di tayangkan di GSC One Borneo, Megalong Penampang dan Growball Centrepoint. Memandangkan sambutan di Kota Kinabalu adalah baik, dua lagi panggung telah dibuka untuk ditayangkan di Sabah sehingga 13 Jun ini iaitu Star Cineplex Tawau dan Sandakan. Selain itu, filem GERIMIS MENGUNDANG juga telah berjaya menembusi ketiga-tiga buah Negara jiran, terutamanya di Indonesia yang masih ditayangkan di pawagam dan di sambut baik oleh rakyat Indonesia. Promosi yang diadakan telah berjalan lancar dan jayanya sepanjang dua minggu dengan pelbagai jemputan acara temu bual yang popular di Indonesia iaitu Bukan Empat Mata (Trans7), 100% AMPUH (GLOBAL TV), Dahsyat (Rajawali Citra Televisi Indonesia RCTI) , Mantap di Bogor (ANTV), Intermezzo Show (MNCTV) dan beberapa radio nasional dan daerah di Indonesia iaitu Radio Republik Indonesia, Radio POP FM, MSTRI FM Jakarta, OZ Radio Jakarta, Bens Radio 106.2FM Betawi, SONORA 92.0 FM Jakarta, 8EH 104FM Bekasi, M2 88.0 FM Bekasi. TAYANGAN PERDANA GERIMIS MENGUNDANG yang telah diadakan di Epicentrum, Cinemas XX1 Jakarta pada 31 Mei telah dihadiri 1,500 penonton dan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Informasi Republik Indonesia, Bapak Tifatul Sembiring dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim serta delegasi Malaysia dari Pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), pelakon-pelakon ternama Malaysia seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Diana Dianelle, Intan Ladyna, Zizan Nin dan Hasnul Rahmat. Penerbit Eksekutif GERIMIS MENGUNDANG DATUK MD. AFENDI HJ HAMDAN, Pengarah Urusan ERAMA CREATIVE menjelaskan, "Filem Gerimis Mengundang telah memberikan peluang kepada filem Malaysia untuk menembusi pasaran Indonesia dan berharap menjadi fenomena buat filem-filem Malaysia yang lain pada masa terdekat ini agar hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia sebagai dua Negara rumpun terus terjalin erat dengan adanya seni sama ada filem, lagu mahupun drama cerekarama pada masa akan datang melalui Kolaborasi Perfileman Malaysia Indonesia (KOPI MALINDO) yang telah di sempurnakan pelancarannya oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim tempoh hari". Majlis pelancaran KOPI MALINDO ini telah dihadiri oleh produser-produser Malaysia dan Indonesia, iaitu Datuk Yusof Haslam (SKOP Productions), Encik Garuna Moorthi (Lotus Film), Encik Ahmad Idham (Excellent Pictures), Tn Hj Burhanuddin (Les Copaque Productions), Puan Gayatri Pillai (Astro Shaw), Encik Yusry Abdul Halim (KRU Studios), Encik Richard Ung (Sheunik Sdn Bhd) dan ketua-ketua persatuan produser Indonesia dari H Naldy N Haroen, HM Firman Bintang, Ketua Umum Persatuan Artis Sinetron Indonesia H Anwar Fuady, Produser Indonesia PT Surya Kirpa Resources K.P Nanik dan President Director Metro TV. Promosi Gerimis Mengundang akan diteruskan lagi untuk menghargai orang ramai yang telah menonton Filem Gerimis Mengundang ini dengan memberi peluang kepada empat pemenang bertuah daripada Indonesia untuk bercuti ke Kota Kinabalu. Pemenang bertuah ini akan di umumkan di acara temu bual Ceriwis (Trans TV) oleh pengacara selebriti Indonesia terkenal Indra Bekti bersama Kamal Adli dan dua pemenang bertuah daripada Kuala Lumpur pada bulan Julai ini akan diumumkan di official website, facebook dan twitter Erama Creative. Kempen Promosi 'A Sabah Adventure with Kamal Adli & Indra Bekti' untuk ke Kota Kinabalu ini di sponsor oleh Lembaga Pelancongan Sabah sepenuhnya. Tags: Events, FilemClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |