Adsense

Ahad, 10 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Juara Mentor Musim Ke 6 - Caroline TAHNIAH !!

Posted: 10 Jun 2012 09:02 AM PDT


Tahniah kepada Caroline & Ella selaku JUARA

NAib JUARA (Zatul) & Tempat Ke-3 (Anas)

TAHNIAH sekali lagi !!!


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Lindsay Lohan Terlibat Dalam Kemalangan

Posted: 10 Jun 2012 08:14 AM PDT


SELEBRITI bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori semasa dalam perjalanan ke set penggambaran filem Liz & Dick di Los Angeles.

Kejadian yang berlaku di lebuh raya Santa Monica itu telah menyebabkan kereta jenis Porsche hitam milik pelakon itu remuk teruk.

Lindsay dan seorang kenalannya yang turut berada dalam kenderaan berkenaan telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan nasib mereka baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan.

Pihak berkuasa yang mengenadalikan kes berkenaan turut mengesahkan Lindsay dan pemandu lori berkenaan bebas daripada pengaruh alkohol ketika kejadian dan masih menyiasat punca kejadian.

ZOOM : Tak habis-habis dengan kisah panas dan terkejut artis daripada Hollywood ni.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Will Smith Larang Anak Perempuannya Bercinta Sehingga Berusia 40 Tahun

Posted: 10 Jun 2012 08:10 AM PDT

PELAKON Will Smith memberitahu tidak akan membenarkan anak perempuannya, Willow Smith yang baru berusia 11 tahun untuk bercinta dengan lelaki sehingga umurnya 40 tahun.

Smith dilaporkan berkata, dia akan mengawasi perkembangan dan pergaulan anak perempuannya itu dan tidak akan membenarkan mana-mana lelaki menyakiti anak kesayangannya itu.

"Jika Willow membawa lelaki balik ke rumah saya akan mengamati dan bertanya tentang segala-galanya tentang dia. Jika saya yakin baru Willow dibenarkan untuk bercinta dengan lelaki tersebut," ujarnya.

Smith sebelum ini juga pernah memberi amaran kepada sesiapa yang berani menggangu anak dan keluarganya akan menerima akibat terutama anak perempuannya.

Willow juga adalah seorang penyanyi dan pernah bekerjasama dengan bintang-bintang besar seperti Nicki Minaj.

ZoOM : Garang juga pelakon utama MI2 ni..


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas : Komen Ayah Mentua Jimmy "Tidak Layak Jadi Menantu" !!!

Posted: 10 Jun 2012 07:56 AM PDT


Setelah beberapa hari cerita mengenai keluarga Jimmy senyap seketika, kini ia kembali lagi dengan "Statement" Ayah mentua Jimmy yakni, Datuk Suhaimi yang tampil memberi jawapan dibawah apabila ditanya oleh wartawan:

KUALA LUMPUR – Selepas mendiamkan diri membiarkan menantunya yang juga pelakon, Jimmy Shanley membuka cerita tentang anaknya, Datuk Suhaimi tampil memberikan kenyataan mengenai pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga antara Jimmy dan Nursuhaila Eliani.

Menerusi rancangan gosip hiburan Melodi yang disiarkan hari ini, Suhaimi berkata, Jimmy tidak layak untuk menjadi menantunya.

Baginya, Jimmy tidak perlu meneruskan 'perangainya' itu memandangkan jelas sekarang ini sikap Jimmy yang semakin 'gemar' mencanang kisah negatif tentang anaknya kepada umum.

Malah, Suhaimi juga menyifatkan Jimmy sebagai lelaki dayus kerana tidak menghormati permintaan Nursuhaila untuk bercerai secara baik.

"Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.

"Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus," kata Suhaimi.

Mengulas tentang tanggungjawab Jimmy dalam mengambil tahu tentang cucunya yang juga anak Jimmy, Suhaimi mengatakan Jimmy tidak pernah mengambil tahu serta tidak layak menjaga cucunya.

"Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia?

"Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I," katanya.

Suhaimi turut menyifatkan Jimmy sengaja mencari publisiti murah memandangkan dia adalah selebriti dengan mencanang kisah buruk rumah tangganya termasuklah isterinya.

Suhaimi sempat meninggalkan nasihat kepada Jimmy supaya redha menerima ketentuan Ilahi yang jodohnya dengan Nursuhaila sudah pun berakhir dan dia perlu untuk berjumpa dengan doktor pakar.

"Apa masalah dia ni? I tak tahulah dia ni macam mana. Nasihat I Jimmy kena percaya qada' dan qadar jodoh dah tak ada. Pergilah berjumpa dengan doktor pakar," kata Suhaimi.

Dalam masa yang sama, Jimmy enggan mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh ayah mertuanya.

Sebaliknya, dia hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan penyelesaian yang terbaik.

Jimmy dan Nursuhaila bernikah pada Oktober 2010 dengan mas kahwin sebanyak RM31,186 sempena dengan tarikh kelahiran Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Namun, mereka mulai duduk berasingan selepas tiga minggu bernikah dan Jimmy memfailkan permohonan kembali taat kepada Nursuhaila pada 31 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz (ingkar perintah suami) pada 27 Januari tahun lalu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!