Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
Bapa Lee Chong Wei Cuba Bunuh Diri? Posted: 10 Jun 2012 10:15 AM PDT Kecoh khabarnya bapa kepada seorang ahli sukan negara kepada Lee Chong Wei mencuba membunuh diri tetapi pihak polis berjaya mengagalkanya sebanyak 2 kali. Lee Ah Chai berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini. Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya. Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya, katanya. Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya, katanya.- BERNAMA |
Satria Neo Miliki No. Plat WWW 1 berharga RM 520,000 Posted: 10 Jun 2012 09:32 AM PDT No plat termahal di Malaysia iaitu pendaftaran WWW 1 yang harganya mencecah RM 520,000 telah dipasang pada Proton Satria Neo. Selain mencatat sejarah, seorang bekas Menteri Besar Perak turut disiasat oleh pihak Polis berikutan kenyataan dilaman twitter beliau. Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo. Untuk Maklumat anda, kereta yang memiliki No Plat WWW 1 itu adalah kepunyaan Sultan Johor. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |