Adsense

Ahad, 17 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Hijabster : Heliza Helmi Hijab

Posted: 17 Jun 2012 11:29 PM PDT

Masih ada yang tidak mengenali siapakah individu yang bernama Heliza Helmi. Heliza merupakan seorang artis dari rancangan realiti tv terbitan astro iaitu dari rancangan Akedemi Fantasia musim ke lima. Lewat beberapa tahun ini beliau sudah pun mula kurang menyanyi di stesen televisyen. Heliza Helmi telah pun memulakan satu perniagaan tudung pada pertengahan tahun 2011.  Beliau telah pun menghasilkan satu jenama tudung keluaran beliau sendiri iaitu " Heliza Helmi Hijab ".

Tudung yang beliau hasilkan benar-benar menepati hukum menutup aurat dalam islam. Ia juga seakan-akan tudung yang dipakai oleh golongan wanita di negara arab. Anda sendiri boleh melihat dimana design tudung yang dihasilkan menutup kesemua bahagian yang sepatutnya dan ia juga kelihatan sangat cantik apabila digayakan. Heliza juga turut menunjukkan beberapa cara bagi menggayakan tudung rekaannya ini.

Bagi yang ini kelihatan cantik dan sopan dengan penggayaan tudung begini bolehlah melayari blog beliau dan dapatkan dari Heliza sendiri.

Kredit foto : Blog Heliza Helmi

Penampilan Selebriti “Hot Mama”

Posted: 17 Jun 2012 11:29 PM PDT

Pasti ramai yang ingin ketahui siapakah selebriti yang bergelar " Hot Mama " ini. Biasanya ciri-ciri seseorang yang bergelar hot mama ini boleh kita dapati dari penampilannya sendiri. Gaya mereka ini sentiasa kelihatan menarik dan cantik. Paling penting sekali pandang pasti ada yang menyangkakan mereka ini masih single. Selebriti yang bergelar hot mama kini antaranya ialah Sazzy Falak, Aishah Sinclar, Dephne Iking, Dynas Mokhtar, dan Nora Danish.

Lihat pada penampilan mereka ini, semuanya kelihatan ringkas namun menarik. Gaya yang kelihatan santai dan chic ini memperlihatkan seolah-olah mereka ini masih kekal remaja. Bukan cuma cantik pada ibunya namun anak-anak mereka juga digayakan dengan comel-comel. Tidak kira dalam apa situasi sekalipun mereka ini sentiasa menjaga penampilan diri dan anak-anak.