Adsense

Ahad, 17 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Berita Artis : Anzalna Nafi Raih Populariti Ekoran Kes Gaduh Dengan Neelofa

Posted: 17 Jun 2012 10:08 AM PDT

ZoOM rasa dah seminggu lebih kisah panas artis bernama Anzalna,Tasha Shila dan Neelofa berada di kaca TV dan akhbar harian malahan laman blog turut membicarakan kisah pergaduhan artis-artis wanita ini yang kian menjadi perhatian.

Dan berikut berita atau cerita terbaru mengenai artis bernama Anzalna yang dikatakan ingin melonjakkan nama beliau dipersada seni di Malaysia.

Jom kita baca :

PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir menolak dakwaan kononnya kes pergaduhan dengan pelakon Neelofa pada minggu lalu memberikan laluan mudah yang melonjakkan popularitinya secara mendadak kepada khalayak.

Anzalna berkata, dakwaan itu adalah tidak berasas kerana dia memang sudah dikenali menerusi lakonannya walaupun masih baru dan tidak menumpang kontroversi itu bagi meraih 'publisiti murahan'.

"Sebelum kes (pergaduhan) itu berlaku pun saya sudah mempunyai kelompok peminat yang mengenali kerja lakonan saya walaupun masih baru. Mungkin saya tidak sepopular mana dan dikenali ramai seperti artis-artis lain tetapi sekurang-kurangnya ada kelompok peminat yang mengikuti perkembangan kerja saya.

"Adalah tidak wajar untuk tuduh saya menggunakan kes itu untuk raih populariti segera," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya mengenai peningkatan lebih 3000 pengikut akaun Twitter miliknya berbanding 4200 pengikut sebelum kontroversi itu tercetus, Anzalna berkata perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan.

"Kes pergaduhan itu bukan sesuatu yang positif dan saya tidak fikir peminat mengikuti saya di Twitter kerana perkara negatif. Saya yakin peminat pada hari ini semakin bijak dalam menilai artis-artis yang mereka minati.

"Kebetulan, nama saya sedang hangat diperkatakan jadi secara tidak langsung tumpuan juga banyak terarah kepada saya. Hakikatnya, selebriti lain yang tidak terlibat dalam kontroversi pun meraih peningkatan pada jumlah pengikut mereka setiap hari," katanya.



Mengenai tindakannya yang yang dilihat seperti kurang matang dan 'keanak-anakan' kerana kerap mengemas kini pelbagai mesej berbabur sindiran kepada Neelofa di Twitter, Anzalna berkata dia mengakui kesilapannya yang terlalu mengikutkan emosi.

"Saya akui terlalu mengikut emosi. Saya hargai teguran dan nasihat individu tertentu yang melihat tindakan mengemas kini mesej-mesej berbaur sindiran itu sebagai tidak matang dan profesional.

"Kini saya hanya mahu mengumpulkan bukti bagi menghadapi notis tuntutan daripada Neelofa dan menyerahkan segala proses kepada peguam," ulasnya mengakhiri perbualan.

Pergeseran antara dua aktres itu tercetus apabila Anzalna didakwa oleh Neelofa mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" yang tersiar menerusi akhbar Berita Minggu pada 10 Jun lalu.

Susulan itu, Neelofa melalui peguamnya mengeluarkan notis tuntutan meminta bukti dan penjelasan daripada Anzalna dan diberi tempoh selama tujuh hari untuk memberikan surat tuntutan balas.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Azwan Ali Sudah Serik, Mahu Hentikan Semua Kontroversi

Posted: 17 Jun 2012 09:58 AM PDT

Azwan berkata, dia berharap kemunculan semulanya di persada hiburan tanah air selepas empat tahun setengah menyepi dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan program televisyen dan kerja seni yang baik kepada masyarakat.
"Empat tahun setengah saya mendiamkan diri tetapi masih ramai peminat yang menantikan dan merindui kemunculan saya. Saya sedar ada segelintir pihak yang tidak suka tetapi saya tidak peduli mengenai perkara itu. 
"Kalau boleh, pada tahun ini saya sudah tidak mahu lagi terlibat dalam kontroversi atau pergaduhan dengan mana-mana individu. Saya mohon kemaafan pada semua atas kesilapan saya dan mahu hentikan semua kontroversi yang pernah saya cetuskan sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Pengacara program Cit Cat Azwan Ali itu berkata demikian ketika ditemui pada acara jelajah program MasterChef Selebriti di pusat belah belah One Utama di sini, baru-baru ini.

Azwan berkata, dia berasa bersyukur dan gembira kerana kemunculannya semula dalam industri hiburan mula mendapat respons yang positif daripada pelbagai pihak termasuk stesen televisyen dan media.

"Saya bersyukur dengan reaksi positif sejak saya muncul semula dalam beberapa program televisyen pada tahun ini. Stesen televisyen dan media yang pernah bersikap dingin kepada saya sebelum ini mula memberikan peluang.
"Saya bakal terlibat dalam beberapa projek program televisyen swasta dalam waktu terdekat. Malah, saya juga mula mendapat liputan daripada media kebelakangan ini. Ia perkembangan yang baik," katanya.

Ditanya mengenai kritikan penonton berhubung kontroversi yang dicetuskan dalam program MasterChef Selebriti yang kini ditayangkan di Astro Ria, Azwan berkata dia hanya menjadi dirinya sendiri sepanjang terlibat dalam program realiti masakan itu.
"Saya tidak perlu hipokrit atau menjadi orang lain hanya kerana terlibat dalam program realiti. Apa juga yang dilihat dalam program itu adalah warna sebenar saya dan bukan gimik yang diaturkan oleh Astro.
"Rasanya ramai sudah tahu perangai sebenar saya. Walaupun ramai yang mencemuh dan mengkritik, ada juga yang suka dan menonton kerana ingin melihat kerenah dan perangai telus saya dalam program itu," katanya.
Sumber :Mstar


ZOoM : Semoga niat abang Azwan Ali kita kali ini akan dilaksanakan dan dikotakannya. Dan kepada musuh-musuh beliau angkatlah bendera putih sebagai tanda berdamai ye..

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Wardina Terima Panggilan Lucah !!

Posted: 17 Jun 2012 01:03 AM PDT

Belum pun hilang kisah malang ketika rumah Wardina  Saffiyah Fadhlullah dimasuki perompak baru-baru ini, timbul pula kisah Wardina yang diganggu menerusi panggilan telefon yang berbaur lucah daripada seorang lelaki pada 27 Mei lalu.


Menurut Wardina lelaki tersebut mendakwa beliau adalah seorang kakitangan syarikat stesen penyiaran dan mahu menemubual beliau tetapi telah bertanyakan soalan yang berbaur lucah.


Siapalah lelaki tersebut ye...kalau ZoOM jadi bos jantan tersebut berhentikan je. Memalukan pihak syarikat je (Kalau betul Lah)


Note : Kepada wanita-wanita diluar sana berhati-hati dengan jantan mulut mannis ni, jika ia berlaku pada anda lapurkan je kepada pihak berkenaan.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Lindasay Lohan Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Hotel

Posted: 16 Jun 2012 10:12 PM PDT



PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan tidak sedarkan diri di kamar Hotel Ritz-Carlton tempatnya menginap yang terletak di Marina del Ray, California, kelmarin.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk memeriksa pelakon kontroversi itu bagaimanapun memberitahu keadaannya tidak membahayakan.

Malah jurucakap kepada bintang filem Mean Girls itu turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu Lindsay berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Lindsay mungkin keletihan dan mengalami penyakit lelah namun tidak serius dan keadaan terkawal," ujar jurucakapnya.

Lindsay menginap di hotel mewah itu selepas selesai menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Liz And Dick.



Dah macam-macam benda dia buat, kalau setakat tidak sedarkan diri tu mungkin ramai sudah mengandaikan dia tengah buat sesuatu yang merosakkan badan beliau.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!