Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
- Keputusan Perlawanan Malaysia U22 (2) vs Qatar U22 (0)
- IRMA HASMIE MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN 1 JULAI 2012
- Era Fazira Bermadu hadapi Dilema Rumah Tangga?
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Posted: 17 Jun 2012 10:12 AM PDT Berikut adalah contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun untuk dikepilkan sekali bersama sijil sakit. Surat rasmi memohon cuti ini penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak tidak mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah. Contoh Surat Rasmi Memohon Cuti Sekolah Wan Afiq Bin Wan Ariff |
Keputusan Perlawanan Malaysia U22 (2) vs Qatar U22 (0) Posted: 17 Jun 2012 09:53 AM PDT Keputusan perlawanan persahabatan Pasukan Negara Harimau Muda menewaskan pasukan bawah 22 tahun Qatar 2-0 merupakan satu impak yang besar tentang pembangunan pasukan bolasepak negara yang berlansung di Stadium Shah Alam, pada petang tadi. Pada babak pertama, Harimau Muda telah menunjukkan kualiti permainan yang baik dan berjaya melancarkan serangan berbahaya ke gawang pasukan Qatar. Gol pertama skuad kebangsaan dijaringkan oleh kapten Harimau Muda iaitu Mohd Irfan Fazail pada minit ke 25 dan gol kedua dijaringkan oleh Md Rozaimi Abd Rahman. Pada babak kedua, insiden pergaduhan berlaku apabila bintang sensasi, Muhammad Nazmi Faiz dibuang padang selepas dia gagal mengawal perasaan apabila pemain Qatar, Abdelkarim Hassan Fadlalla mengasari Mohd Azrif Nasrulhaq. Abdelkarim juga dilayangkan kad merah lima minit sebelum waktu rehat. Skuad kebangsaan dilihat mendominasi sepanjang separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 orang pemain menampilkan corak permainan agresif dan pantas, sambil pasukan Qatar gagal memberi sebarang ancaman kepada skuad Ong Kim Swee. Ini merupakan pentas akhir buat Kim Swee untuk persiapan memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi saingan Piala AFC bawah 22 tahun di Myanmar, yang membuka tirainya 21 Jun ini. Tahniah buat pasukan negara kerana sudah matang dalam mencipta bentuk serangan yang berbahaya di pintu gol lawan. |
IRMA HASMIE MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN 1 JULAI 2012 Posted: 16 Jun 2012 11:24 PM PDT Irma Hasmie Bakal Melangsungkan Perkahwinan pada 1 Julai 2012, Irma sebelum ini telah melangsungkan pertunangannya pada 27 Mac 2012, bakal bernikah pada 29 Jun 2012. Pelakon sebelum ini pernah dikaitkan dengan Nabil pada ketika dahulu dan telah menukar penampilannya selepas tiada jodoh dengan bekas kekasihnya kini telah ditemukan jodoh bersama jejaka pilihan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan berumur 31 tahun. Kad undangan ke majlis persandingan sudah pun diedarkan. Majlis pernikahan mereka bakal diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3.00 petang dan resepsi akan diadakan di MAEPS, Serdang hari yang sama pada jam 8.00 malam. Aktiviti terkini Irma masih berada di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah dan dijangka pulang ke tanah air pada 20 Jun 2012. Pengacara dan juga pelakon TV popular ini berkata aktiviti seninya ketika ini diberhentikan sementara waktu untuk memberi laluan beliau mengerjakan umrah dan membuat persiapan terakhir perkahwinan G.A.M mengucapkan semoga apa yang dirancang akan menjadi kenyataan. |
Era Fazira Bermadu hadapi Dilema Rumah Tangga? Posted: 16 Jun 2012 03:24 PM PDT Khabar angin kisah kemulut rumatangganya bersama suaminya tidak pernah suram, malah kisah peribadinya itu terus diperkatakan. Suami Erra Fazirah iaitu Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut menimbulkan pelbagai spekulasi seperti yang didakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, tidak tinggal sebumbung dan ada pula mengatakan suaminya telah berkahwin lain. Walaubagaimana pun, Erra tidak cepat melatah dengan kontroversi rumah tangganya itu. Sebaliknya tenang menjawab segala persoalan dari media. "Saya tidak menafikan, khabar angin yang disampaikan oleh pihak tertentu ada yang betul dan ada juga yang tidak. "Biasalah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya tidaklah sentiasa aman dan makmur kerana masalah dalam perkahwinan itu normal," jelasnya. Tidak mahu mengulas lanjut masalah yang sedang dialami rumah tangganya, sebaliknya Primadona Malaysia ini meminta supaya semua pihak memahami dengan dilema yang dihadapinya. "Maaflah, setiap kata-kata saya perlu ada batasnya kerana ia kisah rumahtangga saya dan rasanya lebih baik jika saya tidak terlalu terbuka. "Lagipun ada perkara yang saya perlu tutup dan saya harap orang di luar faham dengan dilema yang saya alami," luahnya lagi. Sebelum ini terdapat media yang melaporkan rumah tangga yang dibina mereka kononnya goyah apabila timbul pelbagai dakwaan bahawa suami, Engku Imran Engku Zainal Abidin sudah pun berkahwin lagi dan Erra sebenarnya sedang bermadu. Erra walaubagaimanapun meminta supaya semua pihak yang menggembar-gemburkan hal berkenaan agar menghentikan perkara tersebut. Musykil tentang bagaimana khabar angin itu tersebar, Erra memberitahu mungkin ia berpunca selepas suaminya tidak lagi mengikutnya bersama ke majlis-majlis hiburan. "Saya akui pada awal perkahwinan saya, suami sering juga ikut saya ke mana-mana dan kini dia tidak lagi berbuat demikian. "Lagipun saya tidak boleh hendak memaksa Emran untuk mengikut saya dan saya perlu hormat keputusannya yang tidak berminat bersama saya ke acara hiburan dan sebagainya. Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai. "Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri," katanya minta difahami. Nasihat G.A.M sekiranya isu ini benar diharapkan Erra Fazira tabah menghadapi masalah rumah tangga dan jika boleh cuba jauhkan permasalahan suami isteri, yang boleh menggangu emosi Engku Aleesya yang baru berumur 3 tahun. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |