Adsense

Jumaat, 1 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer : “Bohsia 2 – Jalan Kembali” Ke Pawagam Jun Ini

Posted: 01 Jun 2012 12:07 AM PDT

Sudah pertengahan tahun, mungkin sebab itulah tiba-tiba pawagam dipenuhi kembali dengan filem-filem tempatan.

Terbaru dari pengarah filem KL Gangster ini, Syamsul telah kembali dengan filem berjudul "Bohsia 2 – Jalan Kembali". Filem "Bohsia 2 – Jalan Kembali" menceritakan tentang gadis bernama Amy, seorang bekas bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan.

Manakala Tasya, bekas rakan karibnya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya. Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah sia-sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis.

Filem ini akan ke pawagam di seluruh Malaysia pada 7 Jun ini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda!