Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Review Hotel Grand Lexis Port Dickson Posted: 01 Jun 2012 08:40 PM PDT Santai Mewah di Grand Lexis Port Dickson Bila terfikir soal percutian di pantai, kita di Lembah Kelang pasti memikirkan tentang pantai-pantai Malaysia yang biasanya terletak jauh dari Kuala Lumpur. Namun kita lupa yang sebenarnya kita tak perlu pergi terlalu jauh kerana pantai peranginan yang turut menjadi tumpuan di negara kita adalah pantai Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan. Andai tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Grand Lexis Port Dickson menjadi pilihan utama anda. Terletak berdekatan kota Lukut di tepi pantai sekitar 2 km dari pusat Port Dickson, hotel mewah ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga. Dengan pemandangan pantai serta lautan yang indah, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Dilengkapi dengan aneka pilihan villa selesa menghadap lautan dan taman, para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Yang membezakan Grand Lexis daripada kebanyakan hotel-hotel pantai di seluruh Malaysia ialah, setiap unit mirip rumah persendirian dan semuanya mempunyai kolam renang peribadi! Sekiranya tidak mahu mencecahkan kaki ke dalam lautan, apa kata berenang sahaja di kolam renang yang tersedia di dalam bilik anda sambil menikmati minuman di sebelahnya. Ini sangat sesuai bagi mereka yang mahukan suasana tenang tanpa gangguan. Bayangkan, kolam renang hanya selangkah dari katil anda! Setiap kediaman atau bilik mempunyai senireka dalaman yang mewah serta kawasan yang sangat luas! Ini terlihat dari pengaruh Bali yang terdapat pada beberapa sudut setiap kediaman yang juga dilengkapi dengan kemudahan elektronik tercanggih. Villa-villa pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu kediaman di atas laut (above the seas living), kediaman taman (garden living) dan juga kediaman tinggi (sky high living) di Tower Block. Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Duyung Restaurant yang menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa yang menarik. Ada juga lounge untuk bersantai iaitu Lanun Bar bagi mereka yang suka berhibur. Terdapat juga Pool Cafe buat menghirup minuman segar di tepi kolam renang selain Genn Japanese Restaurant untuk santapan Jepun terhebat. Turut tersedia adalah dewan buat acara tertentu bagi mesyuarat serta majlis-majlis besar yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium ataupun cuba mempelajari asas selaman dengan Pelatih PADI yang ada. Terdapat juga perkhidmatan penyewaan basikal, aktiviti memancing serta menangkap ketam, bola sepak pantai, bola tampar serta laluan khas Segway Transporter bagi mereka yang suka mencuba. Buat yang sudah bercahaya mata, anak-anak anda boleh bermain di taman permainan atau bermain boardgames di dalam bilik. Ada juga bilik permainan video, bilik karaoke dan tidak ketinggalan sebuah spa bernama Sompoton Spa untuk ketenangan peribadi. Kesimpulannya Grand Lexis memang sesuai buat penginapan di tepi pantai. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik iaitu hanya 2 km dari pusat Port Dickson, ketenangan flora dan fauna di persekitarannya pasti mendamaikan setiap yang berkunjung ke sini! Tags: TravelClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 01 Jun 2012 08:10 PM PDT Seperti yang dijangka, pasangan Jozan sememangnya telah mendominasi peringkat akhir Super Spontan yang berlangsung sebentar tadi dengan kemenangan berpihak kepada Zizan manakala Johan meraih gelaran naib juara. Kemenangan tersebut membolehkan Zizan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry. Johan yang bergelar naib juara Super Spontan menerima hadiah berupa RM50,000 beserta trofi.Tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi. Tiga pemenang saguhati iaitu Suhaimi, Rahim dan Ropie pula masing-masing membawa pulang wang tunai RM5000 beserta trofi. Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh diiringi Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani. Seperti mana minggu-minggu lalu, peringkat akhir Super Spontan turut menyediakan lima permainan untuk para finalis bersaing sesama sendiri, bezanya kali ini mereka bermain secara individu, bukan lagi berkumpulan seperti dahulu. Permainan dimulakan dengan permainan Beku, di mana peserta harus melakukan sesuatu aksi dan kemudian berhenti beku untuk digantikan peserta lain. Peserta yang menggantikan tempat rakannya harus bermula dari posisi yang sama ditinggalkan peserta yang diganti. Permainan kedua adalah permainan baru yang diperkenalkan untuk peringkat akhir ini,di gelar Sketsa Dari Topi Puaka. Hos Adibah Noor akan membacakan sketsa yang diambil dari topi yang disediakan dan para finalis harus beraksi dengan kreativiti sendiri tentang sketsa yang dibacakan itu. Permainan ketiga pula ialah Pilihan Lain, juga sejenis permainan baru. Untuk permainan ini, para finalis akan bermain secara pasangan dan mereka diberi satu situasi untuk dilakukan. Apabila loceng dibunyikan, mereka harus menukar pilihan ayat yang mereka suarakan dengan pilihan lain mengikut kreativiti sendiri. Permainan keempat pula ialah Ciptaan, dan sekali lagi finalis akan berentap secara berpasangan di mana mereka akan diberikan sejenis peralatan dan menggunakan kreativiti mereka untuk mempelbagaikan fungsi peralatan itu. Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmadahmad, setiap finalis harus menyanyikan serangkap lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan. Super Spontan peringkat akhir telah bersiaran secara langsung dari Studio Finas, Hulu Klang dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) serta Mustika HD (saluran 134). Pengulas untuk program ini ialah kumpulan Boboi dan Amir Raja Lawak manakala hosnya pula ialah Adibah Noor. Tags: Astro, Zizan Raja LawakClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |