Adsense

Sabtu, 9 Jun 2012

borak kosong

borak kosong


Semakin tak bermoral pasangan hantar gambar bogel di FB

Posted: 09 Jun 2012 09:15 PM PDT


STOMPer Thanos was put off by the facebook profile picture of this youth, which shows him hugging his girlfriend topless.


The STOMPer wrote:


"I came across this guy on facebook and realised his facebook profile picture was a picture of him half-naked with his gf. 


"You could have better pictures for your facebook profile.


"Where are the morals of youngsters nowadays?"


SUMBER : STOMP.COM.SG

Awek termuntah bila lelak ini buka seluar

Posted: 09 Jun 2012 09:00 PM PDT









Hebat mamat seorang ni selamba hisap rokok dalam kelas

Posted: 09 Jun 2012 08:45 PM PDT




Pernahkah anda Melihat Adu Kuda Seperti ini!

Posted: 09 Jun 2012 08:30 PM PDT

Jika biasanya yang diadu adalah  kambing atau ayam, di Rongshui, Provinsi Guangxi, China  diadakan adu kuda. Adu kuda ini digelar dalam Festival Lantern.


Adu kuda di Rongshui, Guangxi, China.



Lebih dari 30 kuda jantan ambil bahagian dalam adu kuda ini.


2 Kuda jantan yang saling menjatuhkan.


Ratusan orang menyaksikan acara ini.


sumber

Bangun dari Koma 1 Tahun Setelah Ditelefon Kekasih dari Bali

Posted: 09 Jun 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Inilah kekuatan cinta. Seorang pesakit yang sudah koma selama satu tahun akibat kecelakaan motor di Bali, Matthew Taylor (31), boleh menangis ketika mendengar tunangannya, Handayani Nurul (27), menelefon dirinya dari Indonesia.
Inilah untuk pertama kalinya Taylor menunjukkan tanda-tanda perubahan. Sejak pembicaraan telefon tiga minggu lalu, Matthew Taylor mulai boleh menggerakkan beberapa bahagian tubuhnya.
Menurut laporan harian Inggris The Telegraph, Sabtu (9/6/2012), Mathew Taylor adalah seorang guru bahasa Inggris di Indonesia. Dia mengalami koma sejak menderita cedera kepala serius dalam kecelakaan motor di Bali akhir Juli 2011 lalu, dan saat ini dirawat di sebuah rumah sakit di Inggris.
Masih menurut laporan The Telegraph, Taylor sudah merancang menikahi Handayani Nurul, alias Anda. Setelah kecelakaan, dia sempat menjalani operasi di Bali kerana tempurung otaknya retak. Sejak itu, Taylor berada dalam keadaan koma, dan kemudian dipindahkan ke Inggris dan para doktor mengatakan Taylor mungkin tidak akan pernah sadar lagi.
Ibunya, Heather, mengatakan, Taylor tidak bergerak sampai tiga minggu lalu ketika Heather menelefon Nurul di Indonesia.
"Air matanya berlinang ketika dia menaruh telefon di telinganya," kata ayah angkat Taylor, Simon Moore, kepada The Telegraph.
"Nurul bertanya dan Matthew menjawab "ya". Air matanya berlinang. Tanda kesembuhan Taylor ini dianggap sebagai keberhasilan program "perangsangan pesakit koma".
Seorang juru bicara lembaga amal cedera otak Inggris Headway, Luke Griggs, mengatakan, stimulasi terencana seperti suara, sentuhan, rasa, dan bau dikombinasikan dengan istirahat penuh, boleh membangkitkan pesakit dari situasi koma.
Menurut Griggs, besar kemungkinan setelah ini Matthew Taylor akan sembuh total. "Setelah adanya reaksi ini, kita sudah memiliki contoh pesakit yang bangkit dari posisi koma dan sembuh sepenuhnya." katanya.
Matthew Taylor bertemu dengan Nurul ketika dia pindah ke Indonesia di tahun 2009 untuk mengajar bahasa Inggris. Ketika kecelakaan terjadi, Taylor tidak memiliki asuransi sama sekali, sehingga keluarganya harus mencari dana sekitar 100.000 pondsterling (sekitar Rp 1,45 miliar) untuk operasi di Bali di bulan Juli.
Taylor dipindahkan ke Inggris di bulan Oktober, dan Nurul mendapatkan visa selama tiga bulan. Setelah itu, Nurul harus kembali ke Indonesia kerana dia masih kuliah sastera Belanda di Universiti Indonesia.
Sejak pembicaraan telefon tiga minggu lalu, Matthew Taylor mulai boleh menggerakkan beberapa bahagian tubuhnya. "Dia mulai aktif. Memang dia masih dalam keadaan koma, namun dia sudah boleh menggerakkan tangannya ke kanan dan kiri ketika telefon berdering. Kami sangat gembira ada perubahan." kata ayah angkat Taylor, Simon Moore.(M Iwan Al Khasni SIP)

Nenek rayu jangan dirogol

Posted: 09 Jun 2012 08:00 PM PDT

BANDAR BENTONG – "Tolong jangan rogol saya, saya sudah tua."

Demikian rayuan seorang warga emas, Chan, 70, untuk menyelamatkan diri selepas menyedari seorang penyamun cuba merogolnya di rumahnya di Kampung Ulu Perting, dekat sini.

Nasib menyebelahinya apabila rayuannya didengari menyebabkan penyamun itu membatalkan hasrat untuk merogol, tetapi bertindak menjerut lehernya menggunakan tali hingga pengsan.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11 malam itu, Chan bersendirian menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya, Yim, 75, sedang tidur di dalam bilik.

Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi mencurigakan di bilik tidur anak perempuannya.

"Saya terus menuju ke bilik itu dan memetik suis lampu untuk melihat apa berlaku. Namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian celoreng dengan penutup muka sedang mengacukan senapang tepat ke muka saya," katanya.

Leher dijerut hingga pengsan 

CHAN berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu melalui tingkap yang dipotong.

Menurutnya, suspek juga cuba merogolnya, namun dia tidak jadi berbuat demikian selepas dirayu.

"Suspek kemudiannya bertindak menjerut leher saya menggunakan tali dibawanya. Saya tidak sedarkan diri sehingga terasa simbahan air hingga basah seluruh badan," katanya.

Chan berkata, suspek dipercayai pergi ke dapur untuk mengambil air sebelum bertindak menyiram air ke muka dan seluruh anggota badannya menyebabkan dia sedar daripada pengsan, namun ketika itu dia mendapati suspek sudah menghilangkan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hanya mendiamkan diri sehingga keesokan paginya kerana tidak mahu mengganggu suaminya tidur.

"Suami bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum pasukan penyiasat datang ke kediaman kami.

"Leher saya masih sakit dan terdapat kesan merah akibat jerutan itu.

Tetapi saya lega kerana tidak diapa-apakan suspek," katanya.

Dia berkata, setakat ini dia dan suami masih belum dapat mengesan barangan yang hilang memandangkan suspek menggeledah bilik anak perempuannya yang kini bekerja di Melaka.

Lakukan siasatan lanjut
 
SEMENTARA itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan suspek sama yang terbabit dengan kejadian samun pada 29 Mei lalu di Kampung Kemansur.

"Ia berikutan modus operandinya hampir sama termasuk membawa senjata jenis senapang. Kami memandang serius mengenai kejadian ini dan akan menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Mohamad Mansor berkata, strategi polis untuk menyiasat kes itu juga tidak boleh didedahkan kepada umum, namun perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, penduduk diminta tidak bimbang melampau, namun mereka dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mempergiatkan kawalan keselamatan di kampung masing-masing dengan Jiran tidak melepaskan peluang melihat tingkap dipotong suspek. Anjing pengesan turut digunakan dalam operasi. bantuan polis.


sumber : sinar harian

25 tahun mencari ibu

Posted: 09 Jun 2012 07:45 PM PDT


KHANDWA, India - Doa seorang ibu untuk menatap semula wajah anak kandungnya yang terpisah sejak 25 tahun lalu akhirnya dimakbulkan.
Pada awal tahun ini, Fatima Munshi dapat bersua semula dengan anak lelakinya, Saroo Brierley.
Pertemuan menyayat hati itu bermula apabila Saroo, 30, memutuskan untuk pergi ke bandar ini bagi mencari ibunya selepas beberapa tahun melakukan pencarian di internet berdasarkan memori zaman kanak-kanaknya.
Dia dan saudara lelakinya terpisah dengan ibu mereka selepas terlibat dalam kemalangan di sebuah landasan kereta api di sini ketika masih kecil.
Saroo kemudian diserahkan ke sebuah rumah anak yatim di Calcutta, dekat sini, sebelum tinggal dengan sebuah keluarga angkat di Tasmania, Australia.
Menurut Saroo, selepas beberapa hari mencari dengan bantuan penduduk setempat, dia menemui ibunya tinggal di sebuah pondok kecil di sini bersama dua adik beradiknya, Kallu and Shakila.
Sebaik sahaja mereka bersua muka, wanita itu memeluk dan mengusap kepalanya sambil menangis.
"Saroo saya sudah kembali," kata Fatima.
"Tuhan akhirnya memakbulkan doa saya. Yang Maha Kuasa akhirnya membawa Saroo saya pulang," tambah wanita itu.
Menurut Saroo, dia sempat tinggal bersama ibu dan adik beradiknya selama 10 hari sebelum pulang ke Tasmania untuk menguruskan perniagaan keluarga angkatnya.
Saroo turut menghantar duit belanja AS$100 (RM320) setiap bulan kepada Fatima supaya ibunya tidak lagi perlu bekerja.
Namun, katanya, Fatima yang sebelum ini memperoleh AS$30 (RM96) sebulan dengan membersihkan kediaman dan mencuci pinggan mangkuk masih meneruskan pekerjaan tersebut.
Walaupun tidak dapat memenuhi hasrat Fatima untuk tinggal sebumbung, Saroo yang kini mempunyai seorang teman wanita kulit putih memberitahu, dia merancang untuk pulang ke India sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi melawat ibunya. - Agensi
sumber : kosmo online

Anonymous gesa pengguna Internet berdemonstrasi

Posted: 09 Jun 2012 07:30 PM PDT


NEW DELHI: Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous menggesa orang ramai mengadakan demonstrasi di jalan raya di 16 bandar raya di seluruh India semalam sebagai bantahan terhadap tindakan kerajaan yang sering melakukan penapisan di Internet.
Gesaan supaya melakukan demonstrasi oleh cawangan kumpulan itu di India dibuat ekoran perintah mahkamah pada 29 Mac lalu di bandar raya Chennai di selatan negara itu yang menuntut 15 pembekal Internet di India menghalang akses terhadap laman seperti Pirate Bay. Arahan itu menyebabkan akses terhadap beberapa laman web utama yang mempunyai kandungan antaranya filem dan muzik cetak rompak disekat, termasuk www.isohunt.com dan www.pastebin.com.

Rabu lalu, dalam forumnya, Anonymous mendakwa menyerang laman web telekom kerajaan, MTNL. - AFP



sumber : myMetro

Wanita mati akibat memakan cendawan beracun

Posted: 09 Jun 2012 07:15 PM PDT


SYDNEY: Seorang wanita yang dilaporkan mengunjungi Australia dari China maut selepas memakan cendawan beracun dan menjadi korban ketiga insiden sama di negara itu, tahun ini.
Wanita berkenaan yang berusia 50-an mati di Hospital Austin di Melbourne, dua hari selepas dirawat akibat keracunan makanan. Mangsa menyangka tumbuhan itu sama seperti cendawan butang yang popular di Asia.

Doktor di hospital itu berkata, mangsa jatuh sakit selepas memakan makanan yang mengandungi cendawan itu. Dia adalah mangsa ketiga yang mati di negara itu akibat memakan tumbuhan bertoksik berkenaan selepas seorang tukang masak Cina dan pembantunya mati Januari lalu selepas memakan cendawan sama. - AFP



sumber : myMetro

Budak jatuh 10 meter kritikal

Posted: 09 Jun 2012 07:00 PM PDT


SURREY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun bertarung untuk hidup selepas terjatuh hampir 10 meter dari jambatan tali ketika beratur untuk menaiki permainan Tomb Blaster di taman tema Chessington World of Adventures, di sini, semalam.
Jessica Blake terperosok dalam lubang di lantai papan jambatan tali berkenaan. Jessica mengalami keretakan pada tulang tengkorak kepalanya, patah tulang rusuk dan pendarahan di hati serta buah pinggangnya. Ibu bapanya Darren Blake dan Sarah Archer yang sudah bercerai setia menemaninya ketika mangsa menjalani rawatan di Hospital St George di selatan London. Keadaannya dilaporkan kritikal.

Pakar pediatrik hospital itu memberitahu Jessica mengalami kecederaan parah di bahagian kanan otaknya.


Ibu saudara mangsa, Carly Hyde dari Watford berkata: "Terdapat lubang di jambatan tali itu kerana satu atau dua daripada lantai papannya sudah tiada. Ketika kejadian berlaku, Jessica berjalan di depan ibunya dan tiba-tiba Sarah melihat dia terperosok ke dalam lubang itu," katanya. Hanya dua minggu lalu Jessica yang tinggal dengan ibunya di Sheerness, Kent menjadi gadis pembawa bunga dalam majlis perkahwinan bapanya. - DM


sumber : myMetro

Hilang jiran sekelip mata

Posted: 09 Jun 2012 06:45 PM PDT


PERMATANG PAUH: "Saya terkejut dan tak percaya apabila diberitahu jiran pagi tadi (semalam) bahawa mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan maut. Pagi semalam (kelmarin) baru saya berbual, bersalam, memeluk dan mencium Kak Gee (Siti Fauziah Mohamad Amin) sebelum mereka bertolak ke Terengganu, jam 8.25 pagi," kata Fadzilah Othman, 32, jiran kepada tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 5 petang kelmarin di Kilometer 62, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
Dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan itu, mangsa yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya, Siti Suraya, 14, dan kakak Abdul Razak, Fathilah Othman, 53.

Sementara mangsa yang cedera, isteri Abdul Razak, Siti Fauziah, 46; Rosidah Othman, 55, serta dua anak Abdul Razak, Siti Raihana,12, dan Mohamad Adam, 16.


Semua mangsa menetap di Taman Pauh Indah, dekat sini.

Fadzilah berkata, jirannya memaklumkan mahu melawat saudara mereka di Gong Badak, Terengganu sempena cuti sekolah dan mereka sekeluarga menaiki Toyota Avanza dipandu Abdul Razak.


Menurutnya, mereka berbual seperti biasa dan tiada perubahan ditunjukkan keluarga berkenaan sebelum bertolak.



"Begitupun, sebelum bertolak, abang Razak (Abdul Razak) mengambil ubat demam diberikan doktor sebab beberapa hari lalu dia demam. Kami sekeluarga seperti tak percaya dengan apa yang berlaku," katanya ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Fadzilah berkata, sejak mengenali keluarga jirannya tiga tahun lalu, hubungan mereka sangat akrab dan mesra.


"Sukar untuk saya menggambarkan perasaan ketika ini, dalam sekelip mata mereka bertiga sudah tiada," katanya yang menetap bersebelahan rumah mangsa.

Sementara itu, tinjauan di rumah mangsa mendapati ia berkunci kerana ahli keluarga melawat mangsa di Terengganu selepas kejadian itu.


Difahamkan, jenazah mangsa disembahyangkan di Surau Muhammad Al Fatih, Taman Pauh Indah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Kandu, dekat sini.



sumber : mymETRO

Batal niat perkosa

Posted: 09 Jun 2012 06:30 PM PDT


BENTONG: Seorang penyamun yang membatalkan niat merogol seorang warga emas berikutan faktor usia bertindak kejam apabila menjerut leher mangsa dengan tali sehingga mengakibatkan wanita itu pengsan di Kampung Ulu Perting, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam, mangsa berusia 73 tahun tidak mampu berbuat apa-apa apabila penyamun terbabit yang memakai baju celoreng serta bersenjatakan selaras senapang patah mengacukan senjata itu pada mukanya. 
Difahamkan, penyamun terbabit yang menceroboh masuk rumah mangsa melalui tingkap bilik tidur menghampiri wanita itu dan mengarahkannya mendiamkan diri sebelum warga emas itu merayu tidak dirogol.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan tidak menyedari kehadiran penyamun kerana asyik menonton televisyen di ruang tamu manakala suaminya berusia 73 tahun tidur di bilik.



Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, selepas mangsa merayu supaya tidak 'disentuh', penyamun terbabit mengeluarkan tali sebelum menjerut lehernya.



sumber : myMetro

Mati tercampak

Posted: 09 Jun 2012 06:15 PM PDT


TAIPING: Hanya kerana mengelak objek di atas lebuh raya, lima sekeluarga terpaksa menangisi pemergian ahli keluarga mereka paling kecil apabila kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan itu maut selepas tercampak daripada kereta dipandu bapanya.
Kanak-kanak itu dikenali sebagai Mohamad Fiffy Furqan Mohd Fahmi maut serta merta di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala sejurus terlepas daripada riba ibunya, Norasmah Ngah Seri, 32, dalam kejadian jam 3.20 pagi di Kilometer 203.8 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara itu.
Dalam kejadian itu, kereta dipandu bapa mangsa, Mohd Fahmi Salleh, 34, hilang kawalan dan terbabas sebelum dirempuh daripada belakang oleh Perodua Viva dinaiki empat sekeluarga.

Rempuhan menyebabkan mangsa terlepas daripada pangkuan ibunya daripada tempat duduk depan kereta sebelum tercampak keluar menerusi tingkap kereta yang terbuka.



Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata ketika kejadian, keluarga mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke rumah mereka di Jitra, Kedah.



sumber : myMetro

Penangan janda seberang

Posted: 09 Jun 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Memperoleh wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kira-kira RM300,000 sepatutnya melegakan Azmi (bukan nama sebenar) bersama isteri dan empat anak mereka untuk meneruskan kehidupan selepas bersara.
Bagaimanapun, musibah pula melanda apabila wang itu habis dikikis penari dangdut, Ratna, 35, yang juga janda dari seberang selepas lima tahun menjadi isteri keduanya.
Ratna kemudian meminta cerai dengan alasan menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pulang ke Indonesia dengan meninggalkan dua anak kecil hasil perkahwinan mereka selepas menyedari Azmi, 65, tiada wang lagi.

Episod hitam itu bermula 10 tahun lalu apabila Azmi, bekas pegawai syarikat swasta, terikut-ikut perangai rakan sebaya yang gemar berfoya-foya di kelab dangdut sekitar ibu kota selepas menjadi orang kaya baru (OKB) kerana menerima wang KWSP.



Disebabkan masih banyak wang, kelab dangdut menjadi rumah kedua Azmi hingga jatuh cinta dengan penari dangdut.



sumber : myMetro

Rugi RM7,000 kereta dicuri ketika solat

Posted: 09 Jun 2012 05:45 PM PDT


KOTA BHARU: Tidak sampai dua jam keretanya di parkir di perkarangan masjid, seorang warga emas menanggung kerugian RM7,000 selepas kenderaannya hilang dipercayai dicuri ketika mengerjakan solat subuh di Masjid Telipot, di sini, semalam.
Wan Hamat Wan Abas, 73, berkata dia hanya menyedari kereta jenis Proton Iswara warna putih yang digunakan sejak enam tahun itu hilang jam 6.45 pagi selepas selesai mengaji al-Quran di dalam masjid.

"Saya parkir kereta itu di kawasan masjid jam 5.20 pagi dan memastikan kereta itu dikunci sebelum masuk ke masjid.


"Bagaimanapun, selepas selesai mengaji, saya terkejut mendapati kereta itu sudah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Raja Dewa, Telipot, di sini, semalam.

Dia kemudian cuba mencari kereta terbabit tetapi gagal.



sumber  : myMetro

Dengan perlahan-lahan abang ni merapatkan tangannya ke peha perempuan sebelahnya

Posted: 09 Jun 2012 05:30 PM PDT





sumber : stom.com.sg

Kisah sedih : Pernikahan disaat kematian hampir tiba

Posted: 09 Jun 2012 05:30 PM PDT

Pernahkah anda membayangkan melakukan pernikahan menjelang detik-detik kematian? Katie Kirkpatrick, 21 tahun menikah dengan Nick, 23 tahun menjelang detik kematiannya. Katie menderita kanser  dan menghabiskan beberapa jam setiap harinya untuk terapi. Nick dengan setia menunggu Katie melakukan kimoterapi.

Katie tetap mahu melaksanakan pernikahannya walaupun dia menahan rasa sakit, kegagalan organ dan morphin. Gaun yang akan dipakainya dikecilkan beberapa kali kerana Katie terus menerus kehilangan berat badannya. Pernikahan dengan aksesoris yang luar  biasa iaitu dengan tiub oksigen, Katie memakainya baik dalam upacara dan resepsi pernikahannya. Orang tua Nick pun ikut gembira melihat anak laki-lakinya dapat menikahi sang pujaan hati. Dalam resepsi ini, Katie perlu beberapa kali terpaksa beristirehat kerana rasa sakit yang membuatnya tidak boleh berdiri lama-lama.

Katie meninggal dunia 5 hari kemudian setelah pernikahannya. Melihat seorang wanita yang sakit  dan lemah melakukan pernikahan dan dengan sebuah senyuman di wajahnya membuat kita berfikir….. Kebahagiaan boleh dicapai walaupun seketika. Kita seharusnya tidak membuat hidup kita menjadi rumit. Dibawah gambar majlis perkahwinan mereka...








[Gila] Beli insurans kerana takut di culik aliens dan dihamilkan Tuhan

Posted: 09 Jun 2012 05:15 PM PDT

Membeli insurans rumah untuk masa hadapan kalau-kalau suatu hari berlaku kejadian tak di ingini, itu wajar. Begitu juga kalau membeli insurans untuk kereta itu normal. Tapi, membeli insurans kerana khuatir diserang makhluk luar angkasa atau alien, itu pelik.

Dan rupanya, memang ada berbagai macam fenomena insurans yang masuk kategori "believe it or not".

Salah satunya terjadi di California, AS. Entah termakan peringatan Hawking soal alien cerdas atau pernah menjadi saksi mata kehadiran UFO, seorang rakyat rupanya khuatir betul satu ketika nanti pasukan makhluk asing akan menyerbu bumi dan menculiknya. Untuk melindung daripada bencana ini, dia pun membeli insurans.

Seperti dinyatakan Hindustan Times, 20 September 2010, sebuah syarikat insurans di Britain mendapat penghasilan US$ 3 juta berkat menjual insurans untuk keperluan ini. Manager syarikat insurans ini menganggap permintaan itu sebagai lawak.

Telegraph memberitakan pada 2001 seseorang bernama 'Captain Beaney' telah menginsuranskan dirinya dari kemungkinan diculik, dihamili, atau dimakan alien. Nilai insuransnya mencapai 1 juta poundsterling.

Ada juga yang membeli insurans untuk berjaga-jaga dari gangguan roh jahat. Pada 2002 Royal Falcon Hotel di Lowestoft menginsuranskan para staf dan tamu hotel dari kemungkinan mati atau menderita cacat akibat poltergeist atau fenomena abnormal lainnya. Nilainya juga 1 juta poundsterling.

Yang lebih gila lagi, tiga gadis Scotland sangat yakin Tuhan bakal menghamili mereka. Kerana itu mereka membeli insurans dengan jumlah mencapai US$1,5 juta untuk melindungi hal itu terjadi.

Selepas dipotong kulit kemaluan kena telan

Posted: 09 Jun 2012 04:45 PM PDT

Ritual sunat bagi suku Mardudjara agak sedikit berbeza dari biasanya. Ketika  pemuda suku Mardudjara sudah menghampiri umur dewasa, pemuda tersebut di haruskan bersunat, antara umur 15 - 16 tahun.


Dalam ritual sunat ini  pemuda ditelentangkan dekat unggun api, kemudian dada  pemuda tersebut di duduki oleh ketua suku dengan menghadap ke arah kemaluan  pemuda tersebut. Kemudian kulit kemaluannya di potong dengan menggunakan pisau yang sudah dijampi.


Tapi proses ritual tidak berhenti sampai disini. Setelah proses pemotongan tersebut selesai ketua suku memerintahkan  pemuda itu untuk membuka mulut dan kemudian pemuda di kehendaki menelan kulit kemaluannya sendiri tanpa harus dikunyah.Suku Mardudja akah salah satu kaum asli di Australia.

Inilah parasit menghisap darah lidah sehingga lidah mati dan putus

Posted: 09 Jun 2012 04:45 PM PDT

Mahluk ini dinamakan Cymothoa Exigua sejenis parasit yang hidup dalam tubuh ikan (untung takdi tubuh kita), menempel pada dasar lidah ikan...khususnya ikan red snapper.

Cymothoa Exigua menggunakan cakarnya untuk menggali lidah  ikan tersebut dan menghisap darahnya. Cymothoa exigua akan terus tumbuh dan lama kelamaan lidah ikan akan terus menerus kekurangan darah dan akhirnya lidah nya mati dan putus.

Saat lidahnya hilang, parasit ini akan mengambil alih posisi lidah dengan tubuhnya. yang mengerikannya cymothoa exigua dapat menempel pada otot lidah ikan red snapper menyebabkan red snapper dapat menggunakan Cymothoa Exiguasebagai "lidah barunya".. dan selamanya akan begitu.



Senang benar nak bercerai di Jepun

Posted: 09 Jun 2012 04:30 PM PDT

Betul-betul senang cara nak bercerai di Jepun..
Cuma bayar duit lebih kurang RM 2000...
Ambil tukul khas..ketuk cincin perkahwinan..
sah dah bercerai.....
senang betol....






[Pelik] Mulut anak lembu seperti mulut serigala

Posted: 09 Jun 2012 04:15 PM PDT

Seekor anak lembu aneh menggegarkan warga Madura. Anak sapi jantan itu lahir dengan bahagian mulut mirip mulut serigala.




Lidah anak sapi tersebut menjelir keluar dan rahang bawah jauh lebih pendek. Bahkan, secara terus menerus mengangga seperti serigala yang mencari mangsa.

Siapa sangka model terkenal dari Australia ini lelaki sejati

Posted: 09 Jun 2012 04:00 PM PDT

Anda tidak akan percaya melihat model ini. Model seksi asal Australia ini terlihat cantik dan tinggi lampai. Tapi, jangan salah, dia adalah seorang lelaki.


Lelaki ini bernama Andrej Pejic (19) dari Broadmeadows, Melbourne, Australia, dan menjadi model internasional kerana wajahnya lebih mirip perempuan daripada laki-laki.

Dia memulakan tren baru, tampil super feminin untuk seorang lelaki atau dikenal dengan nama femiman. Dia tidak menjalani pembedahan plastik untuk mengubah wajah atau penampilannya. "Saat fotografer mulai mengambil gambar saya mereka mencuba membuat wajah saya terlihat maskulin," katanya.


Namun, sepertinya fotografer ini menyerah dan mulai merangkul sisi wajah feminim Pejic dan dia mengaku merasa nyaman. Dia juga mengaku sering dikira seorang gadis padahal ia tidak pernah melakukan operasi plastik dan sebangsanya.


"Ini terjadi setiap waktu dan ini harus saya hadapi setiap hari," katanya. Sejak ia melangkahkan kaki ke dunia model kelas dunia Juni lalu di Paris, sejumlah nama tenar sudah menggunakannya seperti Jean Paul Gaultier dan John Galliano.


Dia kemudian tampil dalam berbagai edisi Majalah Vogue antara lain Perancis, Jepun, Turki, Itali. Tidak hanya itu, dia kini berpindah dari Melbourne ke New York di mana dia mendapat tawaran iklan menggiurkan.

Model kelahiran Bosnia ini lahir dua bulan sebelum perang di negara itu pecah. Ketika dia berusia sembilan tahun dia pindah ke Australia bersama abang tertuanya, ibu, dan juga neneknya dan tinggal di kawasan Melbourne.

Kerana kebodohan habis bumbung rumahnya runtuh

Posted: 09 Jun 2012 10:30 AM PDT






LETAK MAKLUMAT IKLAN

Stereng lock yang belum ada kat negara kita

Posted: 09 Jun 2012 10:15 AM PDT


amacam gempakkan.....