Adsense

Sabtu, 9 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Jadual Perlawanan EURO 2012 | EURO 2012 Schedule

Posted: 09 Jun 2012 08:47 AM PDT




Jadual Perlawanan EURO 2012 (Kumpulan A)

Semak jadual Euro 2012 bagi kumpulan A (Poland, Greece, Rusia dan Republic Czech)



8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH

13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND

Jadual Perlawanan EURO 2012 (Kumpulan B)

Semak jadual Euro 2012 bagi kumpulan B (Belanda, Denmark, Jerman dan Portugal)



9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun – 11:55 malam | DENMARK vs PORTUGAL
14 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
18 Jun - 02:45 pagi | PORTUGAL vs BELANDA
18 Jun – 02:45 pagi | DENMARK VS JERMAN

Jadual Perlawanan EURO 2012 (Kumpulan C)

Semak jadual Euro 2012 bagi kumpulan C (Sepanyol, Itali, Ireland dan Crotia)



10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI
11 Jun– 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND

Jadual Perlawanan EURO 2012 (Kumpulan D)

Semak jadual Euro 2012 bagi kumpulan D (Perancis, England, Ukraine dan Sweden)



11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Ezad Bekas Vokalis Exist Bertunang Dengan PA Beliau

Posted: 09 Jun 2012 08:23 AM PDT


Alhamdulillah, benda yang baik apa salahnya kita war-warkan kepada peminat dan pembaca diluar sana, berita terbaru mengenai kisah bekas vokalis kumpulan Exist yakni Ezad yang baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan PA beliau (Asliza Abdullah).

Gambar berikut diambil daripada FB dan Page Ezad.

Pasangan ini dikatakan bertunang pada 1 Jun lalu dalam sebuah majlis yang ringkas di rumah pihak perempuan. Dan berikut beberapa ayat yang sempat keluar dari mulut pasangan ini :

"Kami buat majlis sederhana sahaja untuk membincangkan tarikh nikah dan InsyaAllah ia akan diadakan pada bulan hadapan. Tetapi, setakat ini kami mengambil keputusan untuk merahsiakan dulu tarikhnya," ujar Liza.



ZoOM : Semoga pasangan ini akan dapat menikmati hari bahagia mereka yang bakal tiba.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Pemain Bass New Boyz Berdepan Hukuman Mati

Posted: 09 Jun 2012 06:04 AM PDT

SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.

Sumber : Metro

ZoOM : Kesian dekat anak-anak artis ni, mungkin ada sesuatu yang beliau rahsiakan sehingga perkara seperti ini terjadi.. hanya mereka yang mengetahuinya.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Panas Dan Konterversi AGM Persatuan Seniman !!!!

Posted: 09 Jun 2012 05:58 AM PDT

Semakin hangat nampaknya persatuan yang ditubuhkan untuk memastikan kebajikan artis di Malaysia ini, jika sebelum ini kisah ketua dan timbalannya. Tetapi kini hadir lagi isu baru mengenai artis Veteran yang tampil mengemukakan petisyen pembatalan AGM Persatuan Seniman kali ke 14.


Dan berikut "Statement" kedua-dua pihak yang sedang menegakkan suara mereka :

ARTIS VETERAN

Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13. 
Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000 
"Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman.
"Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. 
"Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat. 
Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini. 
Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.
PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak.
Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan.
"Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya. 
Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam.
Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak.

PENGURUSAN SENIMAN (ZED ZAIDI) :
PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi akan membuat laporan polis jika artis-artis veteran mengadakan pertemuan tergempar di Finas pada petang Jumaat (petang ini) bagi mempertikaikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 persatuan itu samada sah atau sebaliknya.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, berkata tindakan artis-artis veteran itu menganjurkan perjumpaan bagi mempersoalkan kesahihan mesyuarat pada 26 Mei lalu adalah menyalahi undang-undang.
"Saya akan buat laporan polis jika pertemuan itu diadakan pada petang ini. Untuk apa mereka mahu mempersoalkan kesahihan AGM14 Seniman yang sudah pun berlangsung itu?

"Tindakan itu adalah menyalahi undang-undang kerana jelas sekali mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Jumaat.

Zed berkata demikian sebagai respons kepada isu terbaru yang dibangkitkan kelompok artis veteran menuntut penjelasan sama ada AGM14 Seniman pada 26 Mei sah atau sebaliknya.

Akhbar Berita Harian pada Jumaat melaporkan, aktor dan bekas Bendahari Seniman, Abu Bakar Omar mendakwa mereka berasa tertipu dan dipinggirkan ahli angkatan muda kerana beberapa perkara dibangkitkan pada mesyuarat agung itu tidak diendahkan.

Ditanya mengenai konflik yang tercetus dalam tempoh kurang sebulan dia menerajui Seniman, Zed berkata dia enggan untuk mengulas mengenai isu tersebut sehingga pertemuan tergempar itu berlangsung pada petang Jumaat.
"Buat masa ini saya tidak mahu komen lebih-lebih selagi tiada pengesahan mengenai butiran pertemuan itu.
"Namun, saya percaya ia didalangi oleh individu-individu yang sama seperti kes-kes yang pernah berlaku ketika Seniman diterajui oleh presiden-presiden sebelum ini," katanya.

Difahamkan, pertemuan tergempar melibatkan artis-artis veteran itu akan diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Ampang dekat sini pada pukul 3 petang Jumaat.

Pada AGM14 lalu, Zed dipilih sebagai presiden baru persatuan berkenaan selepas memperoleh 152 undian, dengan menewaskan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Bekas presiden Datuk Mustapha Maarof yang sepatutnya bertanding menarik diri pada saat akhir.


ZoOM : Apa nak jadi dengan persatuan ni...pada pendapat ZOoM apa yang mereka perjuangkan tidak akan berjaya tanpa kata sepakat yang sering kali menjadi isu berbangkit.


Apa Komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Bollywood : Saif Ali Khan - Kareena Kapoor Nikah 16 Oktober Depan

Posted: 09 Jun 2012 04:57 AM PDT

SETELAH sekian lama bermain teka-teki dengan para peminat mereka, akhirnya bintang terkenal Bollywood, Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor mengumumkan bakal berkahwin pada 16 Oktober depan.

Seperti dilaporkan oleh One India, tarikh tersebut telah diumumkan sendiri oleh salah seorang ahli keluarga Saif iaitu Soha Ali Khan menerusi laman Twitternya.

Selain mengumumkan tarikah perkahwinan Saif dan Kareena, Soha juga mendedahkan pasangan itu akan bernikah di Pataudi tempat asal keluarga Saif.

"Terima kasih atas doa untuk bhai (panggilan untuk Saif) dan Kareena dan ingin saya umumkan bahawa pernikahan mereka akan berlangsung pada 16 Oktober depan di Pataudi," ujarnya.

Sebelum ini, pasangan terkenal ini pernah mengumumkan akan berkahwin pada Februari tahun ini namun terpaksa ditunda kerana kesibukan kerjaya mereka.

Saif dan Kareena telah menjalin hubungan cinta selama lima tahun dan Saif sebelum ini pernah berkahwin dengan Amrita Singh dan bercerai pada tahun 2004 selepas 13 tahun hidup bersama.

Manakala Kareena pernah berpacaran dengan Shahid Kapur.


ZoOM : Kahwin juga artis Bollywood ni..

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Artis : Sam D'lloyd Meninggal Dunia

Posted: 09 Jun 2012 04:52 AM PDT

VOKALIS kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D'lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu.

Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun.

Sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan D'lloyd iaitu Bartje Van Houten ketika dihubungi media Indonesia memberitahu, Sam meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.

"Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia," ujarnya.

Tambah Bartje, jenazah akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta.

Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi.

D'lloyd bukan sahaja popular di Indonesia malah Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sumbe : Mstar Online

ZoOM : Marilah kita sama-sama sedekahkan surah AL-Fatihah untuk arwah


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!