Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Kisah cinta sumber inspirasiDIKECEWAKAN cinta, gagal dalam kehidupan, putus asa dan akhirnya menterjemahkan emosi ke dalam lirik lagu bersaksikan melodi indah barangkali eskapisme klise sesetengah artis. Namun bagi Christina Perri atau nama sebenarnya Christina Judith Perri, 25, konsep cerita yang dilaluinya dalam hidup memaksa dia untuk menjadi lebih berani dan matang. "Setiap lagu yang saya hasilkan berdasarkan pengalaman yang saya tempuhi sebelum ini, sama ada berkisar tentang cinta atau kehilangan. "Sudah pasti perkara ini bunyinya sangat personal tapi matlamat saya mahu menyuntik semangat dan kekuatan lagu itu untuk tidak mudah menyerah dan wanita harus dilayan dengan berhemat," tegasnya pada sesi ramah mesra di Hotel KL Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini sebelum konsert bermula. Prinsip yang kuat menggambarkan perjuangan ke arah membela nasib wanita akibat sebuah kehidupan yang musnah dan wanita kelahiran Philadelphia, Amerika Syarikat itu. Tambahnya, setiap individu mempunyai kisah peribadi tersendiri dan perjalanan yang berbeza itu membikin keunikan dalam diri masing-masing. "Apabila saya mengatakan tidak bermakna saya benar-benar maksudkan!, tegas Perri tentang prinsip hidupnya." Perri sebelum ini pernah mengembara ke Los Angeles pada tahun 2009 ketika berusia 21 tahun untuk berkarier dan membina kehidupan bersama seorang jejaka yang istimewa di hatinya, namun rumah tangganya itu musnah selepas 18 bulan.
Selepas peristiwa itu, dia kembali ke Philadelphia dan mula mencipta lagu hasil kebolehannya bermain piano. Sejak itu lagu pertamanya, Jar Of Hearts mula tercetus dan dia kembali semula ke Los Angeles bersama impian baharu. 300 lagu Perri menyingkap kecenderungannya dalam muzik klasik yang banyak memandu arahnya dalam menghasilkan lagu terutama yang dinyanyikan Tony Francis. Malah katanya, kebanyakan lagu-lagu cinta klasik banyak memberikannya ispirasi berkarya. "Saya memiliki lebih 300 buah lagu dalam koleksi sekarang dan kisah cinta benar-benar menyuntik inspirasi kepada saya," ujarnya. Ditanya mengenai keistimewaan lagu A Thousand Years, katanya judul itu sudah jelas mencerminkan keagungan kuasa cinta. "Lagu itu bukan berkenaan diri saya tapi ia menceritakan perasaan kasih dan cinta akan seseorang selama-lamanya," jelas Perri. Jason Mraz Perri sebelum ini pernah merakamkan sebuah lagu duet bersama penyanyi idolanya, Jason Mraz berjudul Distance benar-benar teruja saat ditanya mengenai kolaborasinya dengan penyanyi lagu I'm Yours itu. CHRISTINA menjadikan abangnya, Nick sebagai sumber kekuatan dirinya. "Saya meminatinya sejak berusia 17 tahun lagi dan apabila dapat bekerjasama dengan beliau saya mula-mulanya takut! "Akhirnya impian saya menjadi realiti, dia seorang lelaki yang merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu," tambahnya yang tidak menolak sekiranya digandingkan sekali lagi dengan Jason Mraz. Kini Perri telah muncul dengan album pertamanya berjudul Lovestrong yang memuatkan 16 buah lagu termasuk A Thousand Years dan Jar Of Hearts. Katanya, setiap lagu dalam album itu berkisar perhubungan sesama manusia yang mempunyai pelbagai peringkat, perasaan dan pengalaman. PELANTUN hit Jar Of Hearts ini memiliki lebih 300 buah lagu dalam koleksi ciptaannya sekarang ini. Dalam perkembangan lain, Perri mendedahkan dia kini dalam rangka menyiapkan album keduanya yang dijangka diedarkan pada penghujung tahun ini. Abang Perri pasti tidak akan berenggang daripada abangnya, Nick Perri setiap kali beraksi mahupun merakam lagu kerana baginya abangnya itu merupakan sumber kekuatannya. "Kami membesar bersama-sama dan bangga melihat dia meminati bidang yang sama seperti saya. "Nick banyak memberikan inspirasi, menyokong serta sumber kekuatan bagi saya. Dia banyak mendengar keluhan saya dan memberikan nasihat yang sewajarnya sebagai seorang abang," cerita Perri lagi. | |
Norman kembali ke pentas konsert Posted: Norman kembali ke pentas konsertOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA NORMAN (kiri) bersama Dr. Mahathir serta barisan tulang belakang Akademi KRU pada majlis pelancaran akademi tersebut di Cyberjaya. SETELAH 20 tahun menjadi salah sebuah syarikat peneraju dalam industri media dan hiburan tanah air dengan menghasilkan filem cereka, animasi, rancangan televisyen dan muzik, kini Kumpulan Syarikat KRU yang diterajui oleh tiga adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim melangkah setapak lagi dengan menubuhkan pusat pengajian yang diberi nama Akademi KRU. Menariknya, Akademi KRU yang telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di K-Workers Development Center, Cyberjaya, baru-baru ini dijangka dapat memenuhi tenaga kerja dalam industri kreatif di negara ini menjelang 2015! Malah, Dr. Mahathir dalam ucapannya juga mengakui, pendekatan yang digunakan oleh Akademi KRU itu sangat sesuai dan ia boleh dijadikan contoh bagi penguasaan ilmu kerana ia lebih menekankan aspek praktikal berbanding teori. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Norman, 40, selanjutnya. Kosmo!: Bilakah Akademi KRU bakal memulakan sesi pengajian? NORMAN: Sesi pertama pengajian akan bermula pada 2 Julai ini dan Akademi KRU akan memperkenalkan tiga program Sijil Kemahiran Malaysia yang memenuhi sepenuhnya keperluan National Occupational Skills Standard oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia. Apakah bidang-bidang yang ditawarkan? Buat permulaan Akademi KRU memperkenalkan tiga program sijil iaitu Kemahiran Kesan Khas Visual, Animasi 3D dan Animasi 2D. Selain itu, kami juga menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman dan juga menyediakan perisian komputer yang terkini untuk menghasilkan kandungan kreatif yang bertaraf antarabangsa. Malah, kesemua kursus adalah direka khas oleh pakar-pakar industri kreatif berteraskan konsep latihan praktikal. Siapakah pakar-pakar yang terlibat dalam Akademi KRU? Kami telah melantik enam panel penasihat yang terdiri daripada pakar dari dalam dan luar negara. Antaranya adalah Presiden Motion Pictures Association Asia Pasifik, Michael C. Ellis; Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Datin Paduka Shuhaimi Baba; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh. Selain penasihat, penuntut akan mendapat bimbingan daripada lebih lapan orang tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkaliber. Berapa lamakah pengajian untuk ketiga-tiga kursus itu berlangsung dan berapakah kos pengajian? Pengajian akan berlangsung selama enam bulan yang mana ia berjumlah RM8,000 untuk setiap bidang. Kursus sijil kemahiran ini juga dibuka kepada semua tanpa kelayakan minimum malah pemegang ijazah boleh memohon. Bilakah sesi pengajian bermula dan berapakah jumlah pelajar yang diperuntukkan Akademi KRU? Terdapat sebanyak empat pengambilan pelajar dalam setahun iaitu pada bulan Julai 2012, Oktober 2012, Januari 2013 dan April 2013. Bagi setiap sesi pengambilan pula kami hanya memperuntukkan seramai 30 hingga 60 orang pelajar sahaja dan kelas akan diadakan di K-Workers Development. Untuk sesi seterusnya kita akan menambah bilangan penuntut dan merancang untuk membuka kursus ini kepada pelajar asing. Bagaimanakah kursus yang ditawarkan Akademi KRU dapat melahirkan pakar-pakar kreatif seterusnya dapat membangunkan ekonomi negara? Kewujudan Akademi KRU akan memberi satu dimensi baharu kepada ekosistem industri media dan hiburan negara dengan menyediakan keperluan tenaga kerja yang terlatih, berkaliber serta kreatif. Keperluan pakar-pakar dalam bidang animasi ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan Kumpulan Syarikat KRU tetapi juga untuk majikan-majikan lain dalam industri media dan hiburan di Malaysia. Industri media dan hiburan tempatan kini sedang rancak berkembang pada peringkat tempatan dan bergerak ke arah penerokaan pasaran global. Bagaimanakah caranya untuk memohon pengajian yang ditawarkan oleh Akademi KRU? Kepada yang berminat, boleh memohon secara talian terus melalui www.kruacademy.com atau e-mel kepada syela.jaa far@kruacademy.com sebelum 30 Jun 2012. Khabarnya Norman, Yusry dan Edry akan kembali membuat persembahan sebagai KRU pada konsert ulang tahun KRU ke-20 pada 10 Jun ini? Jika dulu saya pernah membuat kenyataan KRU sudah bersara membuat persembahan pentas tetapi untuk konsert ulang tahun ke-20 KRU ini pengecualian terpaksa dibuat demi peminat-peminat KRU. Jadi, anda bertiga akan menyanyi dan menari semula di atas pentas? Ya. Kami tidak mahu menghampakan peminat. KRU akan menyampaikan lagu-lagu popular kami dulu seperti Fanatik, Apa Saja, Awas, Mengerti dan banyak lagi. Anda tidak berasa kekok selepas sekian lama tidak beraksi? Sudah tentu rasa lain bila buat persembahan pentas nanti. Dengan umur sekarang, saya tidak tahu sama ada boleh lagi menari macam dulu atau tidak. Saya harap pihak media faham dan tidak menghentam kami selepas persembahan itu nanti. | |
Posted: Olivia Jensen letak syaratOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
PENDUKUNG watak Mikha dalam filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham, Olivia Lubis Jensen, 19, telah meletakkan syarat andai ingin disunting lagi oleh produksi luar Indonesia. Katanya, dia cerewet tentang karakter yang ditawarkan kepadanya dan enggan menerima watak yang lebih berusia daripada umur sebenar dirinya sekarang. "Watak perlu sesuai dengan usia saya yang masih muda. Saya tidak mahu menerima karakter yang lebih tua kerana saya perlu menjaga imej saya. "Kalau dikatakan syarat ini mengehadkan tawaran yang datang, saya akui tapi rasanya ketika kita muda sesuai membawa peranan muda. Kelak menyesal!" tegasnya. Olivia yang sudah terbiasa dididik dengan disiplin yang tegas apabila berada di set penggambaran bagaimanapun tidak berasa kekok membintangi naskhah produksi dari Malaysia. "Saya senang sekali bekerja dengan produksi Gerimis Mengundang dan banyak juga belajar. Saya perlu lebih pantas kerana tidak banyak masa yang diberikan untuk saya berlengah-lengah," ujarnya yang ditemui ketika majlis pratonton filem Gerimis Mengundang baru-baru ini. Keterbatasan masa Kata Olivia, dia mendapat skrip filem gandingan bersama Kamal Adli itu sebulan sebelum memulakan penggambaran pada tahun lalu. "Masa terbatas tapi saya sudah berusaha sebaik mungkin, banyak benda yang saya tak faham dan menjejaskan persepsi saya. "Saya sudah mengesahkan penglibatan saya dalam Gerimis Mengundang sebulan sebelum tarikh penggambaran dan saya ada meminta pihak produksi untuk membuat persiapan awal tetapi mereka berdepan dengan masalah lain menyebabkan saya tidak cukup masa untuk membuat latihan lakonan. "Jadi saya perlu tanggung akibatnya kerana kurang waktu berlatih dari segi teknik lakonan dan hubungan kimia antara karakter," jelasnya mengenai dakwaan kurang wujud keserasian antaranya dan Kamal Adli dalam filem itu. Menyifatkan dia seorang yang mahukan kesempurnaan ketika berkarya, Olivia akur dia perlu mencari penyelesaian untuk kekangan waktu yang tercetus. Dalam pada itu, Olivia mendedahkan bahawa setiap bait-bait dialog yang dituturkan dalam Gerimis Mengundang diterjemahkannya sendiri ke dalam bahasa Indonesia. "Saya mendapat skrip dalam bahasa Malaysia dan perlu menukarkan ke bahasa Indonesia sendiri, skrip itu saya dapat seminggu sebelum mula penggambaran. "Bayangkan saya kurang mengerti akan dialog itu tapi perlu ditukarkan sendiri, adakalanya saya dibantu oleh pengurus saya yang sedikit mahir. "Amat sukar untuk saya mencari individu profesional bagi membantu saya, lagipun itu bukan kerja saya," getusnya yang baru usai penggambaran filem komedi aksi Potong Bebek Angsa. Namun, pelakon kacukan Indonesia-Denmark itu memuji produksi Malaysia yang sentiasa menjaga kebajikannya sepanjang berada di Malaysia dan tempoh promosi. Malah dia turut senang beraksi bersama Kamal Adli yang disifatkannya kelakar dan aktif. Dalam perkembangan lain, Olivia juga turut sibuk dengan kempen kesedaran kanser serviks dengan memberikan seminar sekitar Jakarta, Indonesia. Pelakon sinetron Hafizah itu juga akan memulakan perniagaan dalam taliannya pada tahun hadapan selain akan kembali menuntut ilmu dalam bidang rekaan fesyen tidak lama lagi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |