Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Gambar Kilafairy di Pelancaran AKU SUDIRMAN Posted: 12 May 2012 07:15 PM PDT Lama betul tak jumpa dengan Kilafairy. Budiey masih ingat lagi, kali terakhir jumpa dia masa Budiey hadir di Majlis Prebiu Filem Karak. Itu pun tak sempat nak berbual santai dengan anak kepada penyanyi terkenal era 80an, Rohana Jalil ni. Namun, pada 11 Mei lalu, Budiey sempat juga berjumpa dengan Kilafairy di Majlis Pelancaran AKU SUDIRMAN di Zebra Square, Off Jalan Tun Razak. Di sebalik dirinya yang makin cun melecun, Budiey rasa Kilafairy makin kurus dan langsing. Ke memang dari dulu lagi dia slim macam ni? Macam-macam cerita Budiey dengar pasal pelakon dan penyanyi ni. Kira, Kila antara yang terpalit gak dengan kisah kontroversi. Kita lupakan seketika tentang beberapa kisah sensasi Kilafairy kerana tak lama lagi sebuah filem lakonan beliau akan ditayangkan di pawagam. Semasa Budiey menemubual Kilafairy, Kila kata dia ambil tawaran untuk berlakon filem Hoorey Hoorey sebab dia nak sangat berlakon dalam filem muzikal di mana dia perlu berlakon, menari dan menyanyi. Watak yang dipegang oleh Kila pun boleh tahan jugak di mana Kila memegang watak antagonis, jenis yang mahu lebih popular dari orang lain. Pendek kata, nak tahu lebih lanjut, kena tonton filem Hoorey Hoorey arahan Saw Teong Hin ni. Budiey rasa filem ini menarik sebab ada menampilkan lagu-lagu Allahyarham Dato' Sudirman yang diolah semula ke dalam bentuk yang lebih segar. Unik gak la kan? Video Temubual Santai Bersama Kilafairy Perkembangan terkini, Kilafairy sekarang telah menyiapkan lagu single terbaru yang disiapkan dalam dua versi iaitu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Lagu berjudul Pasti ini ditulis sepenuhnya oleh Amelia AF. Eh, lama tak jumpa Amelia ni. Selain sibuk dengan jadual pembelajaran, Kila juga sibuk dengan butik yang diusahakan bersama kakaknya di USJ. Insyaallah, butik ini akan dilancarkan pada awal bulan depan. Konsepnya agak fantasi. Haa… sesuailah dengan Kila-Fairy. Warna butik ni semua putih dan ada dua tingkat. Kakaknya selaku pereka fesyen, manakala Kila pula akan fokus kepada rekaan kasut. Terbaru, Kila baru sahaja tamat pengambaran drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir. Gambar Terbaru Kilafairy. Tags: KilafairyClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Posted: 12 May 2012 10:23 AM PDT Anang, Ashanty Sah Bergelar Suami Isteri JAKARTA: Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri. Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak. Bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka. "Dia (Ashanty) sekarang sah menjadi isteriku," ujar Anang dalam nada bahagia sebelum memeluk dan mencium Ashanty di hadapan media. – KAPAN LAGI Ashanty dan Anang Hermansyah akhirnya resmi menjadi pasangan suami istri, hari ini setelah mengucapkan ijab kabul di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta Pusat. Anang diarak dengan iringan shalawat dan rebana. Dia mengenakan jas, celana dan peci berwarna krem. Aurel dan Azriel juga demikian, serasi dengan warna krem dan berjalan lebih dulu di hadapan Anang membawa hantaran. Aurel membawa cincin yang masih dibalut dengan kotaknya, sementara Azriel membawa uang Rp10 ribu, Rp2 ribu, dan beberapa koin yang digunakan sebagai mas kawin. Selama proses akad nikah, pasangan ini terlihat tegang. Tapi, Anang berhasil mengucapkan ijab kabul dengan lancar dan satu nafas. Raut ketegangan itu seketika berubah menjadi senyuman. Begitupun dengan Ashanty yang terlihat senyum setelah Anang lancar mengucapkan ijab kabul. Mas kawin pasangan ini berupa seperangkat alat salat dan perhiasan dan simbol tanggal hari ini berupa Rp 12.512. Rencananya, pasangan ini akan menggelar resepsi pernikahan pada tanggal 20 Mei 2012 di Hotel Shangri-La. Tags: Artis BerkahwinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |