Adsense

Jumaat, 18 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto : Khairul Fahmi Ditatarias Ala Japanese Rockers

Posted: 18 May 2012 03:49 AM PDT

Sebuah lagi keluaran terbaru majalah online ENF benar-benar mengujakan kami di OHBULAN HQ apabila penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat, atau lebih dikenali sebagai Apek telah ditatarias mirip dengan lagenda rock Jepun, X-Japan.

Ganas & garang, kami pasti ramai gadis yang mengilai Apek akan jatuh pengsan tatkala menatap foto-foto mengiurkan ini. Apa salahnya, Apek pun dah single kan?

Selain itu, antara kandungan menarik majalah ini ialah temubual eksklusif bersama Mizz Nina yang mendedahkan persediaannya untuk menimang anak. Sama ada beliau sudah bersedia atau tidak, bacalah kandungan majalah ini ya!

Aaron Aziz Mohon Maaf

Posted: 18 May 2012 03:21 AM PDT

Sebelum berangkat, Aaron Aziz dalam status beliau di Twitter telah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya pernah menguris hati sesiapa.

"Salam Semua. Sebelum kami ke tanah suci, kami ingin meminta maaf sekiranya ada tersilap kata atau menguris hati sesiapa. Terima kasih semua atas doa-doa anda. InsyaAllah kami akan doakan semua juga.. Take care.. Heartz deep deep"

Aaron Aziz bersama isterinya dijadualkan berangkat ke tanah suci Mekah hari ini untuk mengerjakan umrah selama 12 hari sehingga penghujung bulan Mei ini. Berdasarkan rekod kami, ini merupakan kali kedua pasangan suami isteri ini mengerjakan umrah.

Semoga mereka berdua dapat menjalankan ibadah umrah dalam keadaan tenang dan sejahtera.