Adsense

Jumaat, 18 Mei 2012

Zon Artis

Zon Artis


Adi Putra Belum Pasti Mahu Ceraikan Isteri

Posted: 18 May 2012 03:04 AM PDT

ADI PUTRA BERCERAI

Walaupun telah menfailkan permohonan untuk bercerai yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu, namun Adi Putra masih belum memutuskan samada dia mahu menceraikan isterinya, Aida Yusof ataupun sebaliknya.

Menurut Adi Putra, dia dan isteri akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini (21 Mei 2012) sebagai percubaan terakhir untuk menyelamatkan rumah tangga mereka yang telah dibina selama enam tahun. Seperti yang dikatakan oleh Adi Putra:-

"Pada hari itu nanti Hakim Syarie akan membuat keputusan sama ada kami akan bercerai ataupun perlu mendapatkan khidmat kaunseling rumah tangga. Apa saja keputusannya, kami akan ikut."

ADI PUTRA DAN NORA DANISH
Nora Danish dan Adi Putra dalam salah satu babak Aku Terima Nikahnya

Ketika ditanya adakah Nora Danish yang pernah digandingkan bersamanya dalam drama bersiri Tentang Dhia dan dalam filem Aku Terima Nikahnya menjadi punca kepada keretakan rumah tangga'nya, Adi memberitahu bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.

"Saya tahu macam-macam orang buat spekulasi tetapi ingin saya jelaskan, bukan pihak ketiga yang menjadi masalah perkahwinan saya ini,"

GAMBAR ADI PUTRA MENUNAIKAN UMRAH

Bagi yang masih belum tahu, Adi Putra baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah pada 8 Mei lalu dan menyatakan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Psstt: Ada sesiapa nak join kami nengok filem SNOW WHITE & THE HUNTSMAN?

Related Posts with Thumbnails

Fasha Sandha Kecewa Kehamilannya Dipertikai

Posted: 18 May 2012 12:13 AM PDT

GAMBAR FASHA SANDHA HAMIL

Membaca kenyataan Fasha Sandha di Utasan Malaysia, nyata dia begitu kecewa dan sedih apabila berita gembira mengenai kehamilannya yang diwar-warkan sendiri olehnya kepada umum menerusi Facebook dan mendapat liputan meluas pula daripada media dipertikai oleh ramai pihak.

Malah ramai yang membuat spekulasi negatif mengenai kehamilan Fasha itu yang kami rasa anda sendiri tahu apa yang ingin kami nyatakan (tak sampai hati nak tulis) dan ada pihak yang mendakwa bahawa Fasha dan Jejai sudah berkahwin (lebih tepat bernikah) di luar negara sebelum ini.

Seperti kata Fasha Sandha:-

"Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu?"

"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan."

"Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu,"

Zon Artis: Sabar je lah Fasha. Kami pasti bahawa mereka yang mempertikaikan kehamilan you tu adalah mereka yang tidak suka akan you dan bagi kami, itu normal. Apa yang penting, you jaga diri dan kesihatan. Dan nak bagi tahu, suka la tengok you dalam Seindah Sakura. Comel :)

Related Posts with Thumbnails