Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Kereta Yuna Kena Pecah, Yuna Kerugian RM 5,000 Ribu
- Fasha Sandha Hamil Dua Minggu
- Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya Aida Yusof
Kereta Yuna Kena Pecah, Yuna Kerugian RM 5,000 Ribu Posted: 18 May 2012 10:03 AM PDT Penyanyi Sensasi, Yunalis Zarai telah mengalami kerugian dalam RM 5,000 selepas keretanya telah dipecah di area Subang Jaya, pagi semalam. Penjenayah telah berjaya melarikan set radio kereta dan dua gitar berharga termasuk milik penyanyi didikannya Diandra Arjunaidi. Pemain gitar yang sering mengiringi persembahan Yuna iaitu Farhan Fadzlishah atau Pa'an meminjam kereta Yuna untuk pulang ke rumah keluarganya di Subang Jaya. Lebih kurang jam 5:30 pagi, Bapa Pa'an terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi bising di bahagian garaj rumahnya. "Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal," katanya ketika dihubungi. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan kes itu. Nasihat G.A.M sentiasalah berhati-hati dan jangan sesekali biarkan barang berharga dalam kereta tanpa sebarang jagaan rapi. | ||
Posted: 18 May 2012 09:37 AM PDT
Katanya lagi, Fasha Sandha telah lambat datang bulan pada bulan tersebut dan telah membuat pemeriksaan doktor dan hasil dari pemeriksaan tersebut Fasha disahkan bunting pelamin 2 minggu. "Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan untuk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin"Tahniah diucapkan buat pasangan berbahagia ini Fasha Sandha dan Jejai, Akhirnya hasil dari perkahwinan mereka membuahkan hasil akhirnya. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat," ujarnya dalam nada gembira. G.A.M mendoakan agar Fasha dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya. | ||
Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya Aida Yusof Posted: 17 May 2012 07:32 PM PDT Musim 2012, merupakan tahun yang penuh dengan kontroversi skandal seks dan penceraian, kali ini Adi Putra telah mengesahkan dan menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu. Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal. Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami, katanya.
Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain. Menurut Ady Putra, beliau dan isteri memilih jalan untuk berpisah secara baik selamat semua usaha menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu. Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara perceraian akan berlaku dalam rumah tangga saya. Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang, tambah Ady Putra lagi. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |