Zon Artis |
Shafie Apdal Nafi Beri ‘Wang Sebegitu Banyak’ Kepada Zahida Posted: 23 Apr 2012 05:49 AM PDT Beberapa hari lalu, nama Datuk Seri Shafie Apdal yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Zahida Rafik tiba-tiba hangat apabila tersebarnya satu laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida Rafik iaitu Azman Azemi mengatakan Datuk Seri Shafie Apdal ada membuat pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu. Dikatakan jumlahnya sudah mencecah RM1.5 juta. Pergh! Banyak tu. Ekoran daripada itu, Datuk Seri Shafie Apdal akhirnya tampil membuat kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida Rafik itu. Menurut Datuk Seri Shafie Apdal, ianya adalah tidak benar sama sekali. Kat bawah ni kenyataan penuh daripada Datuk Seri Shafie Apdal yang kami petik dari portal berita Sinar Harian:-
Datuk Seri Shafie Apdal turut berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut adalah sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu. Malah turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida Rafik sebelum ini ada membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya. Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet (nama tidak dinyatakan) menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida. Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Datuk Seri Shafie Apdal sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar. Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida, yang menuduhnya melarikan wang berjumlah RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu ada dilaporkan oleh sebuah akhbar pada 3 Mac lalu. Sebelum ini, Zahida Rafik melalui akaun Twitter miliknya terlebih dahulu menafikan spekulasi yang sudah menjadi buah mulut satu Malaya ini dan kat bawah ni merupakan screenshot penafian daripada Zahida Rafik itu. Kalau rajin, anda bacalah. Psstt: Sebuah kereta Volkswagen Golf TSI untuk dimenangi~ |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |