Sensasi |
- Akaun twitter Zahida Rafik panas dengan sindiran peminat
- Erra tak manjakan Engku Aleesya,jawab gossip rumahtangga
- Zarina Anjoulie kutuk Lufya ketiak Lecak,Lufya beri penjelasan
- Gambar terbaru Lisa Surihani berambut pendek
- Gambar comel Bella ,anak Sheikh Muzaphar belajar berenang
Akaun twitter Zahida Rafik panas dengan sindiran peminat Posted: 23 Apr 2012 06:01 PM PDT Panas ye cerita tentang Skandal diantara Zahida dengan menteri luar bandar dan wilayah. Agak berani jugak ex driver Zahida memberikan cerita nie. Pastinya dia tahu akibat kalau dia mereka cerita melainkan dia ada bukti terhadap dakwaannya. Kita hanya mengikuti je perkembangan kisah ini. Aktres Zahida Rafik menjadi semakin popular selepas tersebar dakwaan dia menerima sejumlah wang daripada seorang menteri kanan sehingga mengundang pelbagai reaksi panas menerusi laman sembang Twitter milik pelakon itu. Kebanyakan pengikut Twitternya iaitu di @zahida_rafik menghantar pesanan yang menyindir selain teguran pedas berhubung dakwaan kononnya dia menerima wang kira-kira RM1.5 juta daripada VIP berkenaan. Salah seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Fared Isa pada dua hari lalu menghantar mesej berbunyi: "Hi jutawan. Anda telah kantoi…Saya tidak pernah dengar nama anda sebelum ini hinggalah berita anda ini tersebar ke seluruh negara." Zahida pula membalas dengan berkata; "Sabar!!Teruskan usaha anda! Saya perlu tido sekarang, selamat malam! Esok jangan lupa tweet lagi tau…Sekurang-kurangnya saya seorang jutawan, anda pula? Seorang lagi pengguna, Mohd Firdaus menghantar pesanan kepada Zahida lima hari lalu berbunyi: "Untung laaa @zahida_rafik hidup senang-senang sahaja hujung minggu dapat RM200,000. Nak duit beritahu sahaja dekat menteri. Saya harap berita ini satu kebenaran." Zahida pula membalasnya; "Maaf ye, saya bekerja keras untuk dapatkan duit. Jika kamu tak ada duit, saya boleh derma sedikit. Tidak apa, Allah akan tunjukkan kebenarannya." Bagaimanapun trend tersebut berubah apabila pengikut Twitter milik Zahida mula memberi komen yang positif terhadap pelakon itu apabila terdapat mereka yang menyokong dan memberi galakan kepadanya. Seorang pengikut Twitter Zahida iaitu Tengku Iskandar menghantar mesej berbunyi; "Harap cepat selesai masalah ini sebelum makin melarat. Faham-faham sahaja la di Malaysia ini, semua hendak jadi hakim." Adlynn Jamlus pula menghantar mesej dengan meminta Zahida bersabar iaitu; "Bersabarlah dengan dugaan yang diberi... Insya-Allah ada hikmahnya. Sehingga malam Isnin, akaun Twitter pelakon Anak Mami The Movie ini mempunyai 7,069 pengikut. Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal. Bagaimanapun, Zahida dan menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba memfitnah mereka. |
Erra tak manjakan Engku Aleesya,jawab gossip rumahtangga Posted: 23 Apr 2012 03:49 PM PDT Selepas bergelar ibu, aktres terkenal Erra Fazira mengaku bahawa dia kini sudah kurang aktif dalam dunia seni kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada rumah tangganya terutamanya kepada anak tunggal, Engku Aleesya, hasil perkahwinannya bersama suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Munurut petikan daripada Harian Metro, Erra berkata walaupun anak perempuannya itu dilahirkan di dalam sebuah keluarga mewah, namun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek memberitahu bahawa anaknya tidak dimanjakan dengan pelbagai benda. Ini dibuktikan apabila Erra membuat majlis hari jadi anaknya pada 30 Mac lalu secara kecil-kecilan di Plaza Damas, Sri Hartamas yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan artis bersama anak masing-masing, antaranya Datin Paduka Umie Aida dan Wan Khatijah. "Saya tidak melihat kenapa kita perlu meraikan hari jadi anak secara besar-besaran kerana dia masih kecil dan tidak ingat pun apa yang berlaku ketika itu." "Jadi saya putuskan untuk menyambut majlis hari jadi Aleesya di kelas gimnasiumnya saja kerana selepas habis kelas, dia boleh terus meniup lilin dan memotong kek hari jadinya bersama kanak-kanak lain di situ." Jelas pelakon berusia 36 tahun ini, bukan susah untuk buat kanak-kanak gembira kerana apa yang penting ada kek hari jadi dan lilin untuk ditiup dan dikelilingi kawan-kawan mereka. Sementara itu, Erra diminta untuk mengulas tentang gosip rumah tangganya yang didakwa goyah akibat orang ketiga, dengan kelibat Engku Emran tidak kelihatan pada majlis hari jadi anaknya itu menimbulkan lagi persoalan tentang status perkahwinan mereka. "Saya pun tak tahu dari mananya datang gosip ini. Sampai sekarang pun orang masih sebarkan cerita sama mengenai rumah tangga saya. Sejauh manakah kebenaran gosip itu, saya pun tidak pasti." "Apa yang saya boleh katakan di sini, rumah tangga saya sama saja seperti suami isteri lain di luar sana, ada naik dan turunnya," katanya. |
Zarina Anjoulie kutuk Lufya ketiak Lecak,Lufya beri penjelasan Posted: 23 Apr 2012 03:42 PM PDT Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina. Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu. Selain itu, Lufya turut dikatakan pernah diraba oleh seseorang sambil dipanggil Anju yang jelas merujuk kepada Zarina Anjoulie. Namun lain pula dipihak Zarina Anjoulie, sebentar tadi kecoh di laman Twitter miliknya dan dia dipercayai melancarkan "perang" terhadap Lufya sebagai respon terhadap artikel yang ditulis di blog hiburan tersebut. Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, "U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR." Zarina Anjoulie turut membuat kenyataan berbentuk kutukan terhadap Lufya. Wahhh, memang ramai orang tahu bahawa Zarina Anjoulie seorang yang sangat lantang. Penjelasan Lufya Lain pula cerita daripada pihak Lufya yang menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat atau maksud untuk mengaibkan Zarina Anjoulie seperti yang didakwa oleh pelakon sensasi tersebut di laman Twitter peribadinya. Bagi mendapatkan cerita dan kisah sebenar mengapa perkara berkenaan boleh tercetus, portal murai.com.my menghubungi sendiri Lufya untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara yang kini panas juga kutukan yang dilemparkan kepadanya. "Saya tidak ada maksud mahu menjatuhkan Zarina tetapi saya hanya mahu orang ramai tahu Lufya dan Zarina adalah dua individu berbeza. "Saya tidak ada niat untuk mengaibkan mana-mana pihak. Kerana bukan sekali dua saya dimalukan di tempat terbuka dan saya tidak tahu menahu mengenai hal tersebut. "Seperti kejadian di The Curve, saya diraba dan individu tersebut menyebut nama Anju. Mujurlah ketika itu tidak ada orang yang lalu lalang. "Hal sebegini membuatkan saya mahu tampil menjelaskan keadaan sebenar tetapi saya tidak menyangka begini pula jadinya," ujar Lufya yang kecewa niat baiknya disalah ertikan. Lufya juga diajukan soalan mengenai kenyataan Zarina yang memalukannya dan dia menggangap perkara itu sebagai bahan jenaka yang tidak masuk akal. "Saya tidak peduli jika dia mahu mengutuk saya atau meletak gambar menunjukkan ketiak yang basah di Internet kerana itu sungguh tidak profesional dan kelakar. "Hal ini tidak perlu diperbesarkan. Saya tampil dengan kenyataan sebegini bukan untuk mengaibkan dia. "Tetapi jika dia berfikiran sedemikian, dengan menyalah ertikan maksud dan niat saya terpulanglah. Jika dia mahu mengaibkan saya itu di luar bidang kuasa saya,itu urusan dia dengan Allah. "Saya cuma berharap dia lebih professional kerana industri hiburan kita bukannya besar mana, balik-balik akan berjumpa bertemu muka juga," ujarnya lagi |
Gambar terbaru Lisa Surihani berambut pendek Posted: 23 Apr 2012 03:42 PM PDT |
Gambar comel Bella ,anak Sheikh Muzaphar belajar berenang Posted: 23 Apr 2012 03:26 PM PDT Belum lagi sampai berusia satu tahun,angkasawan negara kita sudah memulakan "traning" untuk anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi angkasawan? Bella diajar berenang,dah mampu menahan nafas selama 7 saat dalam air,hairan sensasi mcm mana Bella yang kecik tue boleh mendengar arahan..heheh..bijak bijak.. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |