Adsense

Isnin, 23 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Tips Video Untuk Jadi Pemenang SAMSUNG GLOBAL BLOGGER

Posted: 23 Apr 2012 03:55 PM PDT

KL – London. London – KL. Itu yang bermain dalam kepala minda Budiey sekarang ni. Rasa macam London tu dekat je dengan Malaysia. Walaupun hakikatnya kota metropolitan itu sangat jauh dan memerlukan kos yang tinggi. Tapi ia bagaikan melambai-lambai untuk Budiey terbang ke sana.

Korang nak join Budiey ke London tak? Kalau nak join, jom lekas-lekas buat & hantar video paling bermutu & kreatif tahap maksima untuk menjadi salah seorang pemenang SAMSUNG GLOBAL BLOGGER.

Buat video dan hantar ke laman web ini. Klik: www.samsungglobalblogger.com

samsung

Dengan adanya peraduan SAMSUNG GLOBAL BLOGGER ni menjadikan Budiey rasa Sukan Olimpik 2012 dah makin dekat. Bermakna korang tak boleh berlengah-lengah lagi. Kalau betul mahu ke London secara percuma dan ditaja oleh Samsung, inilah peluang keemasan yang tak boleh korang lepaskan. Orang kata, tengok Sukan Olimpik kat TV, tak best sangat kalau nak dibandingkan dapat melihat dengan mata sendiri dan merasainya secara LIVE. Pergh! Best kan?

Sekarang ni, masa dah makin suntuk. Masa itu dirasakan sangat singkat dan kita sentiasa dihimpit oleh masa. Setiap hari, jarum jam sentiasa berputar. Melihat pada tarikh dan jarum jam, Budiey pasti ramai blogger diheret rasa tertekan sebab tarikh tutup untuk menghantar video Samsung Global Blogger makin hampir.

Adoi, macamana nak buat video lebih kreatif dari peserta yang lain ni ya? Korang ada idea? Itu yang bermain-main dalam kepala sekarang ni.

Untuk buat video yang bermutu dan kreatif, ada sesetengah orang mengambil masa yang agak lama. Tapi, sesetengah orang hanya ambil masa 2 jam je. Budiey pula, kadang-kadang ambil dalam masa sehari untuk siapkan video. Tapi taklah kreatif mana pun. Kadang-kadang rasa malu nak upload dalam youtube.

Oh ya, kat sini, Budiey nak share dengan korang video travelog semasa di Manchester baru-baru untuk menyaksikan perlawanan antara Manchester United menentang Liverpool. Budiey suka buat video semasa travel kerana dengan merakam video sahajalah kita dapat memberi gambaran yang sangat jelas dan bukti kita betul-betul berada di tempat kejadian. Budiey juga suka buat vlog semasa melancong kerana ia dibuat secara spontan dan tanpa mengikut sebarang skrip. Sempoi je.

Mungkin video yang Budiey buat ini boleh dijadikan sedikit contoh dan mungkin ini yang akan korang buat semasa di London nanti. Kerja korang tak lain tak bukan, kena melaporkan apa yang berlaku di tempat kejadian, cari orang untuk ditemuramah dan memberikan gambaran jelas apa yang menarik di sana nanti.

Kepada blogger kat luar sana, jangan lupa peluang untuk ke London masih lagi terbuka luas untuk anda. Mana tahu, idea di saat-saat akhir ini akan membuahkan hasil dan melayakkan anda menang Trip Ke London untuk menyaksikan sukan berprestij di dunia, Sukan Olimpik!

Cara yang mudah tapi sebenarnya memerlukan sedikit usaha keras dan memerlukan idea yang bernas untuk menghasilkan video 30 saat yang boleh menarik para juri untuk menerima anda sebagai pemenang.

Bagaimana caranya untuk buat video yang sempurna, kreatif dan bermutu? Samada anda tergolong di kalangan beginners atau dah pro, Budiey rasa anda perlu belajar dan tahu perkara asas buat video.

Pertama sekali, anda kena betul-betul berminat dan ada keinginan untuk buat video. Cari mood untuk kita betul-betul bersedia. Video akan jadi hambar kalau kita buat video secara paksa dengan hati yang tak ikhlas.

Kedua ialah, jalan cerita atau impak kenalah ada. Takkan mendatar je kan. Nanti boring dan orang takkan menontonnya sampai habis. Jadi, ciptakan satu kejutan kepada penonton. Lakukan perkara yang aneh, ganjil dan pelik agar video anda unik, lain dari yang lain. Video yang bermutu ialah video yang ada jiwa.

Aspek lain yang perlu diutamakan seperti peralatan video, cara editing, cara kita bercakap depan video dan gaya persembahan pun penting juga.

Jalan paling singkat untuk anda pelajarinya, ialah dengan melayari laman web ini: http://samsungglobalblogger.my.msn.com/tips/ProducingGreatVideo. Di mana kat laman web ini, anda boleh belajar sikit macamana untuk buat video yang hebat.

Bagi Budiey, video yang hebat terletak pada idea dan mesej yang ingin disampaikan. Kreativiti adalah soal nombor dua di mana korang kena fikir tentang bagaimana untuk menarik minat penonton supaya menonton video sampai habis dan mereka akan berkata WOW selepas menonton.

Pasti ramai yang nak tahu macamana nak join peraduan Samsung Global Blogger ini. Okay, caranya sangat senang di mana anda cuma diminta untuk menghantar video berdurasi selama 30 saat dalam bahasa Inggeris dengan cara yang kreatif dan menarik. Mana tahu, dengan hanya video yang terbaik dari anda ini melayakkan anda ke London untuk merasai kenangan terindah menyaksikan sukan terbesar dalam sejaran ini.

Kemudian, hantarkan video anda itu secara online melalui global digital platform MSN iaitu www.samsungglobalblogger.com.

Okay, tarikh tutupnya 29 April 2012. Dah tak lama lagi dah.

Jadi, jom lekas-lekas lah kita join peraduan ini, selagi masa masih ada ni.

Samsung

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Samsung Global Bloggers
  • Sertai Samsung Global Blogger & Menang Trip Ke London
  • Samsung Remains No.1 in the Monitor Business
  • Samsung GALAXY S II Reaching 10 Million in Global Sales
  • Samsung NX Camera Workshop For Shutter Bugs
  • Samsung GALAXY S II Reaches 5 Million Global Sales
  • 30 Million Global Sales of GALAXY S and GALAXY SII
  • The Black Eyed Peas Global Launch of Full HD 3D LED TV
  • Malaysians Declare Love for the Samsung GALAXY S II
  • Samsung Monitor Global No.1 for 5 Consecutive Years
  • Peserta Ujibakat Imam Muda Musim Ketiga Kini Bersedia

    Posted: 23 Apr 2012 07:18 AM PDT

    Peserta ujibakat Imam Muda musim ketiga sudah bersedia

    Memulakan sesi ujibakat menerusi laman Youtube, pencarian Imam Muda musim ketiga berakhir dengan selesainya ujibakat berpusat di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

    Sesi temu duga selama dua hari di Institut Baitulmal, Kuala Lumpur itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan muda dari seluruh pelusuk negara termasuk Indonesia dan Thailand. Setelah mengikuti dua musim Imam Muda sebelum ini, rata-rata para peserta yang hadir sudah bersedia berhadapan dengan semua peringkat ujibakat.

    pihak juri semasa sesi temuduga

    Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar, "Kami amat kagum melihat kualiti peserta yang menghadirkan diri ke sesi temu duga kali ini. Biarpun pihak Astro Oasis hanya menjalankan ujibakat di Kuala Lumpur, sambutan para peserta tidak kurang hebatnya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ujibakat secara online yang dijalankan sebelum ini turut membantu mempromosi kehadiran Imam Muda musim ketiga dan menggalakkan lebih ramai peserta untuk mengambil bahagian.

    Berdasarkan kualiti hampir 1000 peserta yang hadir, kami amat optimis untuk melihat program Imam Muda musim ketiga sekali lagi mampu mencipta sejarah baru dalam dunia penyiaran.

    Penglibatan bekas Imam Muda musim terdahulu dalam program ini termasuk pada peringkat ujibakat ternyata memberi impak bukan sahaja kepada program ini tetapi turut meningkatkan keyakinan para peserta. Mereka dilihat lebih yakin dan berani dalam menyampaikan tugasan dan memenuhi kehendak ujibakat."

    Menceritakan tentang pengalaman kali pertama menghadiri sesi uji bakat Imam Muda, Muhammad Nasir, 25 tahun berasal dari Medan, Indonesia berkata, "Hasrat menyertai Imam Muda memang telah tertanam sejak musim pertama lagi namun ketika itu penyertaan masih belum terbuka kepada semua jenis warganegara.

    Sehinggalah pada musim ini saya memberanikan diri untuk hadir ke sesi ujibakat untuk menimba pengalaman baru. Pastinya saya sentiasa berdoa dan berharap agar terpilih memasuki Imam Muda musim ketiga ini'"

    Ujibakat yang dijalankan itu terbuka kepada lelaki Muslim berumur 18 hingga 30 tahun samada warganegara atau bukan warganegara Malaysia digalakkan untuk turut serta dalam Imam Muda musim ketiga. Para peserta mestilah fasih berbahasa Melayu dan mempunyai latar belakang agama Islam yang baik.

    Juara Imam Muda 3 bakal memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 manakala Naib Juara akan membawa pulang RM 35,000. Tempat ketiga pula turut berpeluang memenangi RM15,000 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan berjumlah RM150,000 dan menjadikan hadiah wang tunai tertinggi yang ditawarkan bagi sebuah program keagamaan. Selain wang tunai, pemenang juga bakal membawa pulang pelbagai hadiah sampingan.

    Hj Izelan menambah, "Kami berasa amat terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap program ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Bank Islam yang sekali lagi hadir hadir selaku penaja utama dan mengalu-alukan kehadiran Len Fa Medical Supplies (M) Sdn Bhd mempromosi produk Harwany – Pati Ikan Haruan selaku penaja bersama serta THR Gegar dan Sinar FM selaku radio rasmi. Sesungguhnya, kehadiran penajaan sebegini menunjukkan sokongan berterusan masyarakat terhadap program keislaman seumpama ini."

    Turut diperkenalkan pada musim terbaru ini adalah pendekatan media baru dengan pelbagai aplikasi telefon pintar yang menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan para Imam Muda, Mursyid dan Mudir.

    Penggunaan teknologi ini membolehkan peminat berinteraksi secara terus dan mengikuti perkembangan Imam Muda musim ketiga dengan lebih mudah di hujung jari mereka.

    Imam Muda musim ketiga ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) pada bulan Mei ini. Butir-butir lanjut mengenai sesi uji bakat dan program ini akan diumumkan kelak.

    peserta yang menanti untuk ditemuduga

    Muhammad Nasir

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Imam Muda Musim Ketiga Secara Online
  • Album Imam Muda Memecah Tradisi Kini Di Pasaran
  • Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas
  • Imam Muda Perkenal Mursyid Baru
  • Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua
  • Ujibakat Imam Muda di Kelantan Dapat Sambutan
  • Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-3
  • One In A Million Musim Baru Kini Dah Tiba
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Juara Pesona Nona Musim Ke-3