Adsense

Rabu, 18 April 2012

Sensasi

Sensasi


Gambar Lisa dan Yusry jadi guru pelajar tingkatan satu selama sejam

Posted: 18 Apr 2012 09:31 AM PDT

Seronoknya pelajar nie merasai pengalaman diajar oleh selebriti yang terkenal iaitu Lisa Surihani dan suaminya Yusry Abdul Halim...

Romantiknya Lisa dan Yusry ,sekarang semua benda nak buat sama-sama..hehe..im so jelous ok

Pelakon Lisa Surihani mengakui kerjaya sebagai guru pada masa kini berdepan dengan cabaran berganda jika dibandingkan dengan pengalamannya yang pernah menjadi seorang guru sandaran, sembilan tahun lepas.

Beliau dan suaminya, penyanyi dan pengarah filem Yusry Abdul Halim merupakan antara selebriti yang dipilih untuk menjayakan program 'Teach For Malaysia (TFM) Week' di mana mereka memainkan peranan sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendamaran Jaya di sini, Isnin.

Lisa berkata pengalamannya mengajar di sekolah itu membuatkan beliau lebih menghormati profesion guru.

"Pengalaman saya hari ini memang jelas membuktikan bahawa bukan senang untuk jadi seorang guru. Cabarannya bertambah mengikut peredaran masa terutamanya dari aspek menarik perhatian dan tumpuan pelajar.

"Saya mengalu-alukan rakyat Malaysia menyokong dan mengambil bahagian dalam program TFM ini," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Lisa dan Yusry masing-masing meluangkan masa selama sejam berada di dua buah kelas tingkatan satu di mana Lisa mengajar subjek Geografi manakala Yusry mengajar subjek Bahasa Inggeris.

Ulasan Filem Battleship

Posted: 18 Apr 2012 09:16 AM PDT

Sensasi belum tengok lagi movie nie,tapi game battleship memang selalu main dgn adik Sensasi yang abru form 1 tue .ehee...tapi dengar cerita memang best sangat filem nie..mesti tngok lah nanti...Jom baca Ulasan Filem Battleship


Bintang
Keseluruhan: 4
Pelakon: 3.5
Plot: 4
Efek Khas: 4.5
Sinematografi: 4

Tonton jika anda suka filem : "Transformers", "War of the Worlds" & "World Invasion: Battle Los Angeles"

Sejak baru-baru ini, kita dapat melihat bahawa ianya telah menjadi satu trend oleh penggiat-penggiat filem untuk mengadaptasikan filem-filem mereka berdasarkan novel-novel yang laris, kartun kanak-kanak dan juga alat permainan.


Selalunya, filem-filem ini akan menjadi satu 'box office' atau mencapai kegagalan. Pengulas, walau bagaimanapun berpendapat bahawa filem "Battleship" ini adalah salah satu contoh terbaik yang menunjukkan kejayaan mengadaptasi cerita dari alat permainan.

Di arahkan oleh Peter Berg ("Hancock"), filem ini akan membawa penonton ke dunia yang jarang diterokai, iaitu kehidupan para kelasi di perairan Lautan Pasifik, Hawaii dan bagaimana kehidupan mereka berubah apabila suatu kuasa makhluk asing telah mengancam dunia.


Fokus filem ini adalah kepada Taylor Kitsch ("Joh Carter"), sebagai Lt. Alex Hopper yang bermasalah dan sering membuat kacau, manakala abangnya, Alexander SkarsgÄrd ("Melancholia") sebagai Stone Hopper, seorang yang berdisiplin dan juga seorang pegawai atasan di atas kapal USS Sampson. Berikutan satu insiden pada suatu malam.

Lt. Alex Hopper telah dipaksa untuk menyertai pasukan tentera laut. Pada mulanya dia enggan, tetapi dia telah berubah hati apabila bertemu dengan Brooklyn Decker yang menawan ("Just Go With It") sebagai Samantha Shane. Walau bagaimanapun, sayangnya Rihanna tidak berapa menonjol di antara bintang-bintang filem ini, disebabkan oleh karakternya yang banyak memberi dialog-dialog klise dan air mukanya yang tiada perubahan untuk setiap babak yang dilakonkannya.


Tetapi cerita ini juga menampilkan watak sampingan yang tidak kurang hebatnya, seperti Jessie Plemons ("Paul") sebagai Ordy, seorang yang berjaya menambat hati penonton dengan lawaknya yang bersahaja di sebalik filem yang sememangnya dipenuhi adegan aksi ini. Filem ini secara sendiriannya sahaja memang satu tafsiran yang baik ke atas alat permainan 'Battleship' ini. Peter Berg dan penulis-penulis seperti Jon Hoeber & Erich Hoeber ("Red"), telah mengambil pendekatan yang berbeza dalam menghasilkan filem ini.

Mungkin pada pandangan pertama penggunaan makhluk asing sebagai musuh adalah sesuatu yang mungkin dipersoalkan oleh penonton, tetapi setelah menonton filem ini para penonton akan dapat memahami alasan mereka itu. Selain itu, dipertingkatkan lagi dengan teknologi dan sistem bunyi yang hebat serta grafik yang mantap, filem ini pastinya akan menarik perhatian penonton.

Filem ini juga menampilkan drama dan komedi selain adegan aksi. Versi IMAX filem adalah antara sambutan hangat filem ini. Walaupun tidak mempunyai versi 3D, filem ini dipenuhi dengan adegan aksi yang mantap dan hebat untuk disaksikan di skrin yang besar. Ianya seperti menonton aksi diantara "Transformers" dan "War of the Worlds" bersama.

Filem ini juga satu pengalaman yang menarik dan bersamaan dengan filem-filem lain yang mempunyai genra yang sama, dimana pertempuran antara manusia dan makhluk asing adalah jalan cerita utama, "Battleship" sememangnya berjaya membezakan dirinya dengan filem-filem lain.

Malah penonton juga akan mendapati diri mereka akan sentiasa berada dalam keadaan "bersedia" untuk aksi-aksi yang seterusnya. Selain itu, penonton dinasihati untuk tunggu sebentar selepas filem ini tamat untuk satu kejutan. Selain versi IMAX, "Battleship juga boleh didapati di dalam bentuk standard 35mm dan versi 2D.


Nabil bakal timang anak hujung tahun ini

Posted: 18 Apr 2012 09:09 AM PDT

Setiap pasangan yang berkahwin pasni mahukan kehadiran anak untuk melengkapkan cinta mereka..Penyatuan dua jiwa dengan kelahiran anak menguatkan lagi ikatan perkahwinan.

Tahniah sensasi ucapkan kepada Nabil yang baru menerima berita yang siterinya Zira telahpun hamil 5 bulan.


Zira memberitahu doktor mengesahkan kandungannya kini berusia lebih lima minggu. Namun masih terlalu awal untuk mengetahui jantina anaknya itu. Dalam masa yang sama, Zira juga melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kehamilan itu dan berharap bayi yang dikandung sihat sempurna.

Sebelum ini Zira pernah memaklumkan yang dia telah mencuba pelbagai cara untuk hamil. Pasangan ini telah bernikah pada 30 September tahun lalu. Majlis resepsi yang diadakan di i-City Shah Alam berlangsung dalam suasana cukup meriah kerana turut dihadiri oleh peminat-peminat Nabil.

Bob Kuman,tak mampu lagi bangun hanya tinggal Rm36 dalam akaun

Posted: 18 Apr 2012 09:44 AM PDT


Terkedu seketika apabila membaca laporan eksklusif yang dilakukan wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidek mengenai keadaan kesihatan yang tidak sihat dialami oleh pelawak terkenal, Bob Kuman.

Kisah bermula apabila Bob terjatuh ketika sesi pengambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" sekitar tahun 2011.

Ketika kejadian, Wahid Senario dan Lan Pet Pet ada menjadi saksi kejadian malang yang melanda diri Bob Kuman.

Dia yang memberitahu, "Dalam keadaan sakit, semput dan sukar bernafas ketika itu, saya gagahkan diri untuk pergi ke hospital kerana tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung. Selepas keluar dari hospital, saya diberitahu kos perubatan mencecah sehingga ke RM7,000, ketika itu tuhan sahaja yang tahu perasaan saya kerana produser drama tersebut langsung tidak mahu membantu. Itu yang membuatkan saya kecil hati. Mujurlah, ketika itu ada rezeki diterima untuk saya lunaskan hutang namun masih berbaki RM3,600."

Kesihatan Bob Kuman semakin merosot apabila kini dia terpaksa bergantung sepenuhnya dengan bantuan oksigen ditambah dengan pergerakannya yang terbatas sejak 8 April lalu kerana tidak mampu untuk bangun.

Ujar Bob lagi, dia amat memerlukan bantuan oksigen sendiri, namun tidak mampu untuk membelinya kerana kesempitan duit.

"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Powersaya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047