Adsense

Rabu, 4 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kompilasi Video Travelogue Budiey Bersama Maya Karin di Kelantan

Posted: 04 Apr 2012 06:17 PM PDT

Kompilasi Video Travelogue Budiey Bersama Maya Karin di Kelantan

Pada 1 Mac 2012 lalu, Budiey telah bersama dengan pelakon terkenal, Maya Karin selaku Duta Muhibah Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk) terbang ke Kota Bharu, Kelantan untuk menyertai aktiviti riadah serta lawatan muhibbah di sana.

Untuk info pembaca, ini adalah tugasan pertama Maya Karin selaku Duta Muhibbah YOKUK untuk mengikuti satu program lawatan bersama anggota Yokuk. Bayangkan, program kami hanya berjalan dalam masa sehari sahaja. Pergi pagi, balik petang. Sangat padat dan masa yang sangat terhad. Namun, ianya sikit pun tak mematahkan semangat kami.

Budiey lihat, Maya Karin sangat rileks dan cool je. Sikit pun tak nampak dia penat. Sentiasa memberi kerjasama untuk kami dan Maya Karin nampak mesra melayan penduduk tempat kami singgah.

Program awal kami sesampainya di YOKUK ialah melihat satu kaedah rawatan iaitu menunggang kuda. 
Pada aktiviti kedua iaitu hidroterapi yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan. Kemudian, Yokuk tidak ketinggalan membawa Maya berkunjung ke empat kediaman bagi menyampaikan sedikit sumbangan. Budiey rasa sebak jugak la apabila melihat penderitaan yang dialami oleh pesakit.



Destinasi pertama adalah rumah milik Tengku Nur Farhanah Engku Mat, 18, yang didiagnosis menghidap kelumpuhan otak (cerebral palsy) menyebabkan tumbesaran menjadi terbantut. 

Pada sesi berkenaan, beberapa barang keperluan seperti beras, peralatan dapur dan tilam dihulurkan sebagai tanda prihatin Yokuk kepada nasib keluarga anggota berkenaan.

Rumah kedua yang dilawati adalah tempat tinggal seorang remaja malang iaitu Ahmad Faiz Mohd Yusof di Sungai Budur. Kisahnya amat menyayat hati apabila suatu ketika dulu, Faiz adalah seorang kanak-kanak normal, namun kerana satu peristiwa kemalangan, sekelip mata mengubah hidupnya. 

Berpunca daripada kesan kepala terhantuk pada objek keras, Faiz disahkan menghidap kerencatan otak (mental retardation) selepas itu. 

Disebabkan jam menunjukkan masa masih awal, sesi makan tengah hari yang sepatutnya dijadualkan selepas dua lawatan terbabit ditangguhkan dan aktiviti diteruskan dengan berkunjung ke dua rumah terakhir.

Destinasi yang dituju adalah kediaman dua penghidap Cerebral Palsy, Zaharah Ismail, 46, di Kok Lanas dan Putri Siti Aisyah Ismail, 5, di Pasir Tumbuh.



Menjelang jam 1.30 petang, tempahan khas untuk makan tengah hari sudah sedia menanti di sebuah tempat makan terkenal, Yati Ayam Percik, Jalan Pekeliling.

Di kesempatan itu, Maya serta wakil media bukan saja berkesempatan untuk menikmati sajian terkenal Kelantan iaitu ayam percik, malah hajat Maya akhirnya termakbul selepas tiga tahun tidak menjamah menu berkenaan.



Akhir sekali, lawatan kali ini disusuli dan ditutup dengan acara persembahan daripada anggota khas bagi menghiburkan Maya serta tetamu yang hadir pada petang itu. Cukup menghiburkan, walaupun hanya membuat lima persembahan saja, namun sudah cukup mengukir senyuman serta gelak tawa di kalangan penonton.

Paling mencuri tumpuan ketika seorang anggota mendendangkan lagu popular Fauziah Latiff, Setia Ku Korbankan yang hampir menitiskan air mata lantaran bakat nyanyiannya berjaya mencuri tumpuan.



Terima kasih kepada YOKUK kerana sudi menjemput Budiey mengikuti lawatan ini. Jom tonton semua video travelogue Budiey bersama Maya Karin di Kelantan. Njoyz!

PART 1

PART 2

PART 3

PART 4

PART 5

PART 6

PART 7

PART 8

PART 9

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Cun Maya Karin di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Maya Karin di Malam Gala Filem Ombak Rindu
  • Skodeng Maya Karin di Shout! Awards 2010
  • Gossip Maya Karin Akan Kahwin British Guy Bernama Steve?
  • Gambar Maya Karin di Ulangtahun Ke-2 Portal GUA
  • Gambar Maya Karin @ Tag Heuer Event
  • Gambar Maya Karin di Pelancaran Tilam Vono Maya Care
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • Maya Karin Teruja Jadi Hos Program Gossip
  • Kad Jemputan Majlis Persandingan Maya Karin & Steven David Shorthose @ Muhammad Ali