Adsense

Rabu, 4 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Sinopsis Drama Mahabbah | Lagu Tema Drama Mahabbah

Posted: 04 Apr 2012 09:28 AM PDT

Sinopsis: 

Drama arahan Jamal Khan bersiaran sebanyak 25 episod manakala skrip oleh Zarihah Hassan dan terbitan Asia Media Content 09.


Pelakon Mahabbah: Nur Fathia dan Azlee Khairi, juga dibantu oleh Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Fazlina Ahmad Daud, Anzalna Nasir dan penampilan istimewa Aiman Hakim Redza Vanila Coklat.


Kisahnya mengenai seorang gadis lakonan Nur Fathia seorang gadis yang bekerja di sebuah butik, yang telah jatuh hati dengan seorang pemuda lakonan Azlee Khairi. Namun percintaan mereka telah ditentang oleh keluarga Azlee yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal. Dapat mereka mempertahankan Cinta Mereka? Apa terjadi seterusnya?


Saksikan kesudahan drama Mahabbah yang bermula 27 Mac 2012 ini dan bersiaran setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis jam 9.30 malam.



ZOOM : Sedih juga Drama ini, Ayah mana yan tidak sayangkan anaknya. Tetapi perasaan EGO seseorang manusia menjadi pengajaran dalam drama ini. Hari ini anak ayah sudah menjadi seorang ayah.

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang (OST Drama Mahabbah) – Ramlah Ram feat Sleeq

Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i dont love you

I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu
Kepadamu


APa KOMEN ANDA mengenai Drama ini ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gambar Kumpulan ELITE Selepas 16 Tahun

Posted: 04 Apr 2012 07:54 AM PDT

Ketika ZoOM sibuk untuk mengemaskini akaun Facebook/Mukabuku, ada sesuatu yang menarik perhatian ZoOm malam ini. Gambar diatas diambil semasa majlis pernikahan Azza dengan suami beliau baru-baru ini, namun demikian gambar ini sudah pasti menjadi menarik dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan (Kumpulan ELITE) setelah 16 tahun mereka meneruskan kerjaya dan kehidupan masing-masing.


Abby - Masih segar dalam ingatan anda yang mengikuti perkembangan artis ini yang terpaksa melupakan perkahwinan yang dibina atas nama CINTA yang berjaya melahirkan zuriat yang dianugerahkan kepadanya semasa menjadi isteri orang. Dan yang terbaru mengenai kisah percintaannya dengan ZUL putus ditengah jalan.


Shasha -Adik beliau semakin maju kehadapan dalam industri hiburan, namun si Kakak ini nampaknya menumpukan keluarga beliau dan jarang sekali kita melihat kelibat Shasha dalam Media Cetak dan Elektronik. 


Watie - "Well Done" anda masih meneruskan aura anda sebagai seorang penghibur.




ZooM : Nampak BEST je rakan-rakan Azza menyambut hari bahagia beliau ni..




APA KOMEN ANDA !??
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Good Bye Adam Maaroon 5 And Anne

Posted: 04 Apr 2012 07:03 AM PDT


VOKALIS kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine mengejutkan para peminatnya apabila telah memutuskan hubungannya dengan model terkenal iaitu Anne Vyalitsyna.

Berita itu didedahkan sendiri oleh Anne secara eksklusif kepada majalah People Today.

"Adam dan saya sudah tidak mempunyai sebarang ikatan lagi dan perpisahan ini adalah yang terbaik buat kami berdua ketika ini.

"Bagaimanapun saya tetap menghormati dirinya sebagai seorang teman baik," ujarnya.

Pasangan ini pertama kali bertemu ketika menghadiri pesta pada awal tahun 2010. Ketika itu Adam dijemput untuk mengadakan persembahan.

Sejak bertemu, Adam dan Anne dilihat sering menghabiskan masa bersama dan menyokong kerjaya seni masing-masing.


ZoOM : Dah Menjadi kebiasaan artis Hollywood, yang suka bertukar pasangan. Lepas tu rujuk balik macam Chipsmore pun ada.

APA KOMEN ANDA ?
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Screenshoot Laporan Polis Pengacara Belasah Wanita Di Hardrock Cafe

Posted: 04 Apr 2012 06:29 AM PDT


Gossip panas yang melanda seorang pengacara wanita semakin panas dengan kehadiran Screenshot laporan polis wanita yang menjadi mangsa artis wanita tersebut. Jika anda pernah membaca "Post" ZoOM sebelum ini mengenai artis yang menjadi perhatian mengenai gossip ini adalah DIRA, pengacara program Melodi.

Namun Dira tampil menafikan bahawa beliau adalah wanita tersebut, dan mengatakan  ketika kejadian itu beliau bersama anak sedang membeli belah.

Rakan Blogger RotiKaya yang penuh dengan isu panas terkini sekali lagi tampil dengan penuh bukti yang kukuh mengaitkan dan memberi TIPS mengenai siapakah artis tersebut.


Jika anda membaca laporan polis wanita ini, sudah pasti anda terkejut kerana kasut tumit menjadi senjata ketika kejadian. Dan ZoOM rasa ada sesuatu yang berlaku menyebabkan pengacara tersebut bertindak sedemikian rupa.

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara Online | Semakan Matrikulasi Melalui SMS

Posted: 04 Apr 2012 06:00 AM PDT


Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 ini khas bagi pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia ( SPM ) 2011. Semakan permohonan kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ( KP M) untuk sesi 2012 / 2013 dijangka boleh disemak bermula pada 25 April 2012.

Bagi membuat semakan keputusan permohonan Kemasukan Program Matrikulasi, pelajar boleh menyemak secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian pelajaran Malaysia ataupun dengan menggunakan Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) yang disediakan.

Semakan Kemasukan Matrikulasi Secara Online
Sila lawati laman sesawang Bahagian Matrikulasi KPM. Anda akan diminta untuk mengisi beberapa butiran sebelum membuat semakan permohonan anda seperti No. I/C dan juga Nombor Pin.

Semakan Kemasukan Matrikulasi Melalui SMS :

Taip MOE MAT No.KP dan hantar kepada 15888

Contoh: MOE MAT 930423069909 dan hantar ke 15888


Sekiranya permohonan anda gagal, anda masih boleh membuat rayuan kemasukan ke matrikulasi sama ada untuk Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT). Rayuan hanya dibuka kepada pelajar yang ada membuat permohonan mengikuti Program Matrikulasi KPM tetapi gagal diterima masuk buat kali pertama. Rayuan boleh dibuat secara online.

Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012

- Proses rayuan hanya boleh dibuat bermula 25 April 2012 sehingga 13 Mei 2012.
- Rayuan perlu dibuat secara online di laman web Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Keputusan rayuan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan pada 7 Jun 2012.





ZoOM : Semoga Berjaya adik-adik ku !!!

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!