Adsense

Rabu, 4 April 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tak mati dek kontroversi

Posted:

Tak mati dek kontroversi

Tak mati dek kontroversi

PERTAMA kali bersua muka dengan si gadis genit yang memiliki vokal serak-serak basah pada awal pagi Isnin lalu, tidak menyangka dia merupakan pelantun lagu Bawaku Pergi yang menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini.

Mana tidaknya, selama ini hanya mendengar suaranya mengalunkan lirik-lirik penuh bermakna lagu itu di corong-corong radio. Mungkin membayangkan dia seorang gadis yang agresif dan barangkali sedikit kasar berpandukan kualiti vokal menerusi lagu itu.

Meleset sama sekali, orangnya manis dan aktif menyimpul bicara. Sesuai dengan usianya yang baru 23 tahun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff lebih senang dikategorikan seorang gadis yang senang didekati.

Namanya masih muda dalam bidang seni suara tempatan, masih menanti masa untuk bercambah menjadi ranum dan matang seumpama ibu saudaranya yang tidak asing lagi iaitu Ella.

Namun, dia enggan menempel dan dibayangi dengan jenama seorang Ella yang sudah dikenali umum. Kaka lebih senang untuk tidak bercerita mengenai pertalian darahnya dengan Ratu Rock negara itu.

"Kalau boleh saya ingin berdiri atas kaki sendiri, tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa sekali gus ingin menjauhi perkara-perkara yang negatif," luahnya ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Anak ketiga daripada empat beradik itu bagaimanapun memiliki perspektif sendiri terutama dalam bidang seni suara yang diminatinya sejak kecil lagi.

Malah, dia bagaikan sudah menduga soalan pokok yang bakal diajukan. Tidak melenting diasak pelbagai pertanyaan berhubung isu yang tercetus daripada single sulungnya, Bawaku Pergi.

"Kontroversi itu menguatkan saya! Ia umpama cabaran pertama buat artis baharu seperti saya sekali gus mendorong untuk saya menghasilkan sesuatu yang lebih baik," tegasnya menetapkan pendirian.

Kecoh minggu lalu apabila lagu nyanyiannya bersama Zizan Raja Lawak berjudul Bawaku Pergi ciptaan sepenuhnya Malique Too Phat menjadi rungutan sesetengah pihak dan menyarankan agar lagu itu diharamkan penyiarannya di stesen radio.

Alasan mereka, lagu itu menyampaikan mesej negatif dan mendorong remaja lari dari rumah. Sehubungan itu, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberi tempoh seminggu untuk menilai semula dan memberikan kata putus sama ada lagu itu akan diharamkan atau sebaliknya.

Kaka yang melihat perkara itu sebagai satu isu yang tidak sepatutnya menjadi pertikaian menepis dakwaan bahawa kontroversi yang melanda menutup periuk nasinya sebagai penyanyi.

"Ia cuma kontroversi, kalau diperhatikan banyak lagu, filem dan drama dari luar negara yang menyampaikan mesej yang jauh tidak baik tapi tidak pula timbul isu.

"Lagu Bawaku Pergi langsung tidak mempunyai niat untuk mengajak orang ramai lari dari rumah, kebetulan isu remaja lari dari rumah sekarang sedang panas lantas lirik lagu pula dipersalahkan dan menjadi pertikaian," getusnya yang menyarankan pendengar agar melihat lirik lagu Bawaku Pergi dari sudut positif.

Katanya, lirik yang dilihatnya secara seni itu tidak sama sekali mendorong ke arah keburukan sebaliknya ia lebih berkisar untuk mengajak orang ramai mencari resolusi menyelesaikan masalah.

"Lagu itu juga mengisahkan hajat pencipta lagu itu iaitu Malique dan isterinya untuk mengembara ke sebuah tempat yang tidak kesampaian," jelasnya.

Kontroversi untuk populariti

Menceritakan bagaimana boleh tercetus kerjasama antaranya dan Zizan, ujar Kaka dia langsung tidak dimaklumkan bahawa lagu itu sebenarnya dicipta untuk Ella dan dinyanyikan bersama Malique.

"Zizan amat suka dengan melodi lagu itu yang segar dan mesra pendengar jadi dia meminta untuk menyanyikan lagu itu.

"Kemudian dia mencari individu yang sesuai untuk berduet sehinggalah pertemuan kawan atas kawan antara kami yang menjadikan kolaborasi sulung itu terhasil," cerita pencinta irama soul dan RnB itu.

Jelas Kaka lagi, tiada impak negatif berlaku pada karier dan kehidupan peribadinya susulan daripada kontroversi lagu tersebut.

"Insya-Allah karier saya akan terus berjalan dan saya akan cuba berikan yang lebih baik dari semasa ke semasa dan menyumbangkan bakat yang saya ada.

"Buat masa sekarang, Alhamdulillah saya masih disokong oleh peminat dan individu sekeliling dan tiada sebarang perkara buruk terjadi," ujarnya yang enggan melihat khabar angin mahupun forum perbincangan mengenai lagu itu di ruang maya.


KAKA mengaku kontroversi yang tercetus membuat namanya semakin menjadi sebutan ramai.


Kontroversi menaikkan populariti? Hal itu mungkin sedikit sebanyak melariskan nama seorang Kaka atau paling tidak pun dia akan lebih dikenali berbanding sebelum ini.

Hal itu diakui oleh Kaka sendiri dan dia meminta agar ruang secukupnya diberikan oleh orang ramai kepada pengkarya tempatan untuk bersuara.

"Saya akui kontroversi menyumbang ke arah populariti seorang artis tapi kalau boleh bukan isu-isu panas. Tidak perlu rasanya kontroversi seperti ini.

"Pada pandangan saya perkara negatif yang melanda negara tidak perlu dikaitkan dengan lagu kerana ia akan tetap berlaku sepanjang masa," ungkapnya.

Seandainya lagu ini diharamkan penyiarannya, penilaian Kaka tetap positif dan meminta peminat untuk tidak mengheret isu itu untuk tempoh yang panjang.

"Sayanglah sekiranya lagu ini diharamkan penyiarannya. Orang seni melihat karya ini sebagai seni dan sebolehnya jangan ambil perkara ini terlalu serius.

"Pendengar sekarang sudah boleh bezakan perkara yang baik dan buruk, menilai sesuatu itu dengan berhemah adalah langkah yang sejajarnya," sandar harapannya terhadap lagu itu.

Tumpang populariti Zizan

Tidak pernah terdetik di hati untuk menumpang populariti Zizan yang sudah dikenali umum semata-mata demi melariskan namanya yang masih baharu.

Ujar Kaka, kolaborasinya dengan bekas peserta program Raja Lawak itu merupakan permulaan yang bagus untuk membina nama.

"Mungkin secara tidak langsung saya menumpang popularitinya kerana kebanyakan pendengar lagu itu pun peminat setia Zizan.

"Kolaborasi atau solo masing-masing ada kelebihan, berduet mungkin boleh mengumpul peminat berganda berbanding berseorangan," bicaranya yang pernah menyanyikan lagu itu secara solo dalam beberapa acara sebelum ini.

Kaka kini baru menyiapkan proses rakaman single solonya yang pertama yang kemungkinan besar akan dikeluarkan pada bulan Jun tahun ini.

Konsert gabungan rock, dangdut

Posted:

Konsert gabungan rock, dangdut

Konsert gabungan rock, dangdut


IFA RAZIAH


SERAMAI 126 artis dan penyampai radio dari stesen radio Suria FM dijadualkan muncul sepanjang tiga hari berlangsung Karnival Ziarah For Peace 2012 buat julung-julung kali di Taiping, Perak.

Selain dipenuhi gerai jualan, karnival yang bermula dari 6 hingga 8 April anjuran syarikat Project Ziarah bersama Majlis Perbandaran Taiping itu yang bakal diadakan di Taman Tasik Taiping menampilkan pelbagai acara menarik seperti bola sepak jalanan, hari bertemu pelanggan, pertandingan memasak, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah.

"Satu acara menarik iaitu pertandingan karaoke terbuka pula bakal berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 April yang dihoskan oleh Roslan Shah dan Ifa Raziah. Sesiapa yang mahu menyertai pertandingan karaoke tersebut, boleh membuat pendaftaran di tapak lokasi karnival pada hari Jumaat, 6 April ini," ujar pengurus Project Ziarah, Mohd. Zamri Nordin.

Tambahnya, karnival tersebut akan dimeriahkan lagi dengan kemunculan 126 artis dan penyampai radio Suria FM yang akan berkampung selama tiga hari di Taiping, khusus untuk karnival tersebut.

Paling menarik, sebuah konsert yang bakal menggabungkan irama rock dan dangdut iaitu Konsert Rock & Dangdut bakal berlangsung sebagai salah satu acara rasmi karnival tersebut.

"Antara artis yang bakal membuat persembahan untuk Konsert Rock & Dangdut pada hari Sabtu, 7 April ini ialah Bandi Amuk, May, XPDC, Ayu Cendana dan Sheeda, " katanya.

Namun beritahunya, senarai keseluruhan artis yang terbabit sepanjang karnival tersebut akan diumumkan terlebih dahulu pada suatu majlis makan malam pada hari Jumaat, 6 April ini.

Ujarnya lagi: "Majlis pelancaran karnival yang bertemakan Malaysia Destinasi Keamanan dijadualkan akan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu, 7 April ini.

Sementara itu, Ifa berkata dia dan Roslan akan melakukan tugas lebih daripada menjadi hos.

"Saya dan Roslan juga akan muncul membuat persembahan dalam Konsert Rock & Dangdut," ujar Ifa penuh teruja.

Roslan Shah pula memberitahu dia terharu dan teruja kerana telah diundang untuk terbabit sama dalam Karnival Ziarah For Peace 2012 dan kami akan menjanjikan yang terbaik buat pengunjung karnival tersebut.

Rihanna nak jadi Houston

Posted:

Rihanna nak jadi Houston

Rihanna nak jadi Houston


RIHANNA


JIKA ada kesempatan dan peluang, penyanyi Rihanna menyatakan dia teringin untuk melakonkan karakter bintang legenda, Whitney Houston jika ia difilemkan kelak.

Menurut Rihanna jika impiannya itu tercapai, dia akan memberi komitmen yang terbaik untuk menghidupkan watak Houston.

Katanya: "Jika ia berlaku, ia adalah watak paling hebat yang pernah saya dapat dan saya akan melakukannya dengan baik sekali."

Penyanyi berusia 24 tahun juga menjelaskan tentang obsesinya terhadap Houston.

"Lagu pertama yang membuat saya jatuh cinta terhadap Houston adalah lagu I Will Always Love You.

"Saya bukan jatuh cinta terhadap lagu itu kerana ia sebuah lagu cinta, tetapi ia telah memberi inspirasi terhadap muzik yang bagus dan bakat nyanyian yang luar biasa.

"Dia bertanggungjawab sebagai penyanyi yang menyebabkan saya juga berada dalam industri hiburan," ujar Rihanna mengenai Houston yang meninggal dunia pada 11 Februari lalu.