OHBULAN! |
Mak-Over : Glamerkan Hari Mu Bersama Ibu Tersayang Posted: 22 Apr 2012 11:19 PM PDT Bagi menyemarakkan sambutan Hari Ibu yang jatuh pada 13 Mei ini, OHBULAN! dengan kerjasama Estee Lauder akan mengadakan peraduan Mak-Over dimana 3 pasangan ibu & anak akan diraikan di sebuah restoran mewah, Bijan dan mereka turut mendapat set penjagaan kulit Estee Lauder Advance Night Repair Serum serta 3 unit kamera Canon! Selain itu, pasangan ibu & anak akan dimekap oleh oleh jurumekap profesional Estee Lauder cawangan Isetan KLCC dan sebuah sesi fotografi turut diadakan bagi merakamkan detik indah mereka bersama. Mengenai Estee LauderMulakan dari usia awal, berbangga dengan kulit anda yang paling cantik hari ini dan esok. Sejak dilahirkan, kulit anda mencatatkan pelbagai memori: memori masa, memori pegaruh alam sekitar. Semua memori ini boleh meninggalkan kerosakan nyata pada sel dan DNA kulit. Selepas usia 25 tahun – bila kemampuan kulit untuk pulih secara semula jadi makin merosot – kerosakan itu akan nampak jelas dan berkekalan. Atas sebab itulah, usia anda tidak terlalu awal untuk menggunakan pemulih No. 1 Dunia. Mulakan dari usia awal untuk terus kekal muda, pulihkan kulit anda supaya anda dapat menghalang proses penuaan awal kulit anda – mulai hari ini dan tahun-tahun seterusnya. Diinspirasi daripada penyelidikan DNA lebih 30 tahun Teknologi Eksklusif Chronolux™
Langkah-langkah penyertaan :Untuk menyertai peraduan ini, anda perlu menghantar gambar anda bersama ibu tersayang dalam foto size A4 (full-body) melalui laman facebook http://www.facebook.com/ohbulanofficialfan dan lengkapkan slogan berikut :
Berikut adalah syarat penyertaan :
Langkah bergambar : |
“Aidil Adalah Seorang Suami Yang Lupa Tanggungjawab Jika Tidak Diingatkan” – Rita Rudaini Posted: 22 Apr 2012 10:07 PM PDT "Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan." Itulah antara kenyataan dari Rita Rudaini sendiri kepada sebuah akhbar tempatan, Berita Harian. Isu perceraian antara Rita Rudaini dan pemain bolasepak kebangsaan, Aidil Zafuan telah sampai ke kemuncaknya semenjak hubungan mereka yang mula goyah 2 tahun lepas. Melalui peguamnya, Rita akan menghantar surat tuntutan nafkah kepada peguam Aidil. Menurut sumber lain pula, OHBULAN! difahamkan bahawa Rita akan menuntut untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini telah diabaikan oleh Aidil termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1. "Saya akui Aidil sering mengabaikan tanggungjawab selama lebih empat tahun kami mendirikan rumah tangga. Selepas berbincang dengan peguam, saya tampil dengan tuntutan nafkah yang diabaikan selama ini. Aidil adalah seorang suami yang lupa tanggungjawab jika tidak diingatkan. Saya pula banyak berkorban untuk menyara hidup anak-anak. Bayangkan, Aidil hanya menghulurkan duit RM1,500 selepas lebih tiga bulan meninggalkan saya dan anak-anak." – dipetik dari Berita Harian. Apa yang pasti, jumlah tuntutan nafkah ini mencecah ratusan ribu ringgit dan OHBULAN! sendiri masih mencari info, berapa pula jumlah pendapatan Aidil yang hanya seorang pemain bolasepak. Anda rasa? Sumber : Utusan & Berita Harian |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |