Adsense

Ahad, 22 April 2012

Sensasi

Sensasi


Rita bakal tuntut ratusan ribu ringgit wang nafkah tertunggak dari Aidil

Posted: 22 Apr 2012 09:21 AM PDT

Jodoh dan pertemuan ditangan tuhan,namun tanggungjawab janganlah diabaikan walaupun sudah berpisah..

Rumahtangga akan aman dan bahagia kalau suami dan isteri saling menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah .Inilah masalahnya,menurut Rita sudah empat tahun berumatangga Aidil tidak memberikan nafkah wang kepadanya.Itukan tanggungjawab seorang suami menyediakan tempat tinggal,makan ,duit nafkah kepada isteri dan memberikan kasih sayang ,bimbingan dan perlindungan kepada isteri.Dan Isteri pula harus mentaati suami dan menghormati suami.

Mestilah ada sebab tuhan berikan tanggungjawab nie kan..kalau suami dah abaikan tanggungjawab mcm mana nak isteri jadi isteri yang sempurna,solehah semua..huhuhu..Dan Sensasi sokong sangat Rita menuntut wang nafkah tertunggak selama empat tahun .Semoga lelaki dan wanita luar sana tahu hak masing-masing dan jangan lah ambil mudah tanggungjawab kepada isteri dan anak..

Pelakon Rita Rudaini tuntut tunggakan nafkah


Pelakon Rita Rudaini, 36, yang sedang berhadapan dengan tuntutan perceraian oleh suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 25, akan menuntut tunggakan nafkah yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Dalam sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 30 April ini, pelakon itu dikatakan bakal membuat tuntutan balas tersebut terhadap pemain bolasepak kebangsaan itu.
Utusan Malaysia difahamkan, dramatis popular itu akan membuat tuntutan untuk kesemua nafkah tertunggak selama empat tahun yang sebelum ini telah diabaikan oleh Aidil.
Ini termasuklah tuntutan nafkah sara hidup bagi dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Qaqa Arjuna , 1.
"Sepanjang pernikahan, Rita lebih banyak menanggung keluarga, Aidil hanya sekali sekala sahaja mengeluarkan belanja buat anak-anak dan isteri.
"Malah, selama ini, Rita tidak pernah tahu mengenai jumlah pendapatan suaminya walaupun sudah empat tahun mereka bernikah," jelas sumber kepada Utusan Malaysia.
Sementara itu, peguam Rita, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain mengesahkan sebutan kes tuntutan perceraian oleh Aidil itu akan disebut di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada tarikh tersebut.
"Perintah saman terhadap Rita supaya hadir ke mahkamah juga telah dihantar oleh peguam Aidil melalui saya pada Rabu lalu.
"Pihak kami juga telah menerima arahan daripada anak guam (Rita) untuk mengemukakan beberapa cadangan tentang hal-hal yang berkaitan selepas perceraian, bagaimanapun saya tidak boleh mengulas mengenainya kerana ia masih di peringkat draf.
"Tuntutan balas Rita akan dihantar kepada peguam Aidil sebelum tarikh sebutan," katanya.
Rita dan Aidil bernikah di Thailand pada 2008 setelah tidak mendapat persetujuan daripada keluarga pihak lelaki.

Meskipun diawal pernikahan pasangan ini sangat bahagia, bagaimanapun campur tangan pihak ketiga menyebabkan masalah semakin berlarutan sehinggalah Aidil membuat permohonan bagi menceraikan pelakon berkenaan baru-baru ini.

Imej Najwa Latiff dikritik

Posted: 22 Apr 2012 09:00 AM PDT

Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku,Najwa Latiff dikritik kerana imej yang dibawa dikatakan tidak bersesuaian dengan umurnya yang baru menginjak 17 tahun.Najwa bakal menduduki SPM tahun ini.

 Kakak Najwa Shafikah Latiff disalahkan kerana tela memilih fesyen yang salah untuk Najwa.Namun menurut Najwa,kakak nya tak patut dipersalahkan ini semua salah faham dan dia sendiri masih tercari cari imej yang sesuai untuk dirinya.

"Pemilihan imej saya tidak hanya ditentukan oleh kakak, malah ia melibatkan pihak pengurusan dan saya sendiri. Tidak adil menuduh kakak saya menjadi punca kepada masalah imej dan fesyen saya.
"Sebenarnya, kami akan berbincang terlebih dahulu sebelum saya menghadiri apa-apa acara hiburan. Orang ramai sudah salah faham tentang perkara ini," katanya lagi.
 su imej penyanyi lagu Kosong ini semakin menjadi perhatian sejak beliau memperagakan busana rekaan Wan Huzairil di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 (ABPBH2012) pada 8 April lalu, yang dikatakan tidak sepadan dengan usianya.
Kakak Najwa juga telah dipersalahkan sebagai punca fesyen dan penampilnya yang pelik pada malam itu. Tetapi Najwa kemudiannya berkata, "Saya masih baru dan tercari-cari fesyen yang bersesuaian dan sepadan. Namun, saya tidak berkecil hati walaupun segelintir pihak masih mempertikaikan imej saya."


Ning Baizura berusaha dapatkan anak tahun ini

Posted: 22 Apr 2012 09:00 AM PDT

"Sebenarnya kehadiran Chris sebagai pengurus saya sejak April tahun lalu, hanyalah untuk membantu kerjaya seni saya buat seketika dan sekarang saya redha apabila dia mahu kembali ke bidang yang menjadi kepakarannya selama ini.
"Sepanjang tempoh itu, apa yang boleh saya katakan Chris telah banyak mendapatkan perancangan perniagaan dalam kerjaya seni saya dan dia telah melakukan dengan begitu baik sekali.
"Bagus juga dia kembali ke kerja lamanya, jadi kami boleh menumpukan perhatian untuk mendapatkan anak dengan segera dan kami bercadang untuk merealisasikannya pada tahun ini juga. InsyaAllah," katanya.
Jelas Ning Baizura, dia kini sudah pun mendapat pengganti Chris dan bakal menambah dua orang lagi pembantu bagi memudahkan lagi segala urusan nyanyian dan penampilannya di hadapan pihak media tempatan.
Bercakap mengenai hasratnya untuk hamil tahun ini, kata Ning selama dua tahun dia telah dinasihatkan oleh pihak doktor supaya tidak hamil kerana dalam tenpoh itu dia sepatutnya pulih daripada masalajh kesihatan yang dialami.
"Syukur Alhamdulillah, sekarang kesihatan saya telah kembali seperti sedia kala dan doktor telah telah memberi lampu hijau untuk mendapatkan bayi. Beberapa usaha telah kami lakukan untuk menjadikan impian ini realiti.
"Antaranya memperbanyakkan masa bersama dan sebab itulah saya sangat gembira apabila Chris balik dengan perkerjaan lamanya. Jadi kami tidak akan terlalu tetekan dengan kerjaya masing-masing selepas ini.
"Bagi pihak saya pula, saya akan cuba sedaya upaya mengurangkan aktiviti nyanyian tahun ini kerana teringin sangat untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi," jelasnya dengan jujur.
Ning Baizura bakal tampil dengan single terbaru berjudul Sejati ciptaan Winda Benjamin yang akan dijadikan lagu penyeri bagi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan menemui penonton selepas Hari raya Aidilfitri nanti.

Gambar Zizan sambut hari jadi yang ke-28

Posted: 22 Apr 2012 09:01 AM PDT


Baru-baru ini Zizan telah menyambut hari Lahirnya yang ke -28 di Restoran Bora Ombak yang terletak di ampang..

Apa yang menariknya Zizan telah menyambut harijadinya dengan menjemput sekali anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim yifa Gombak.

Alhamdulillah,sambut harilahir dengan bersedekah dan berhibur bersama anak yatim .


Orang Tidak Tahu Sejarah Saya dan Zizan - Aznil Hj. Nawawi

Posted: 22 Apr 2012 09:01 AM PDT

Bagi yang menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada dua minggu lalu, pasti anda agak terkejut dengan tindakan Aznil yang tiba-tiba naik ke pentas untuk menyerahkan trofi Pengacara Lelaki Popular ke tangan pemenangnya, Zizan Razak.  Tindakan spontan Aznil itu selain mendapat reaksi positif, ia juga mengundang kata-kata nakal yang menganggap dia berlagak 'diva' dan tidak menghormati majlis.
Sebelum ini Aznil atau panggilan mesranya Pak Nil telah pun tampil memberi penjelasan berhubung isu ini. Jelas personaliti Astro ini dia bertindak demikian bukan kerana tidak boleh menerima kekalahan atau tidak menghormati majlis. Sebaliknya tindakannya itu dipacu oleh perasaan sangat gembira kerana akhirnya ada pengacara baru yang berjaya merampas trofi daripadanya.
Kelmarin, Pak Nil sekali lagi berkongsi cerita tentang perasaan dan pandangannya terhadap Zizan. Menurut pengacara Macam-Macam Aznil ini, salah faham mungkin timbul kerana ramai yang tidak tahu sejarah atau sejauh mana  hubungannya dengan Zizan.
"Sebenarnya orang tak tahu sejarah saya dengan Zizan. Mungkin sebab itu mereka salah faham. Sebenarnya saya dan Zizan mempunyai hubungan yang sangat baik. Ketika dia ditawarkan menjadi pengacara Melodi, Zizan telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat.
Ketika itu, dia tidak pasti sama ada mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya. Tetapi, saya telah nasihatkan dia supaya rebut peluang yang ada kerana saya yakin dia boleh melakukannya. Selain itu, saya juga yakin pihak produksi percaya dengan bakat dia.
Saya cakap pada Zizan, ini adalah peluang terbaik untuk dia mencapai sesuatu yang besar dalam kariernya. Memang dia adalah seorang pelawak, tetapi dalam masa yang sama, dia juga berpotensi menjadi pengacara yang bagus. Atas nasihat saya itu, Zizan memberanikan diri menerima tawaran itu dan syukur terbukti kini dia menjadi pilihan penonton,"ujar Aznil panjang lebar.
Sementara itu, Aznil juga mendedahkan dia sebenarnya sudah lama ingin menarik diri daripada ABPBH. Ini kerana dia ingin memberi laluan kepada bakat-bakat baru. Namun, hasratnya itu sering kali tertangguh kerana pihak penganjur mahu dia turut memeriahkan acara hiburan itu.
"Sejujurnya, saya sudah beberapa kali menyuarakan hasrat saya untuk menarik diri. Namun, mereka (pengurusan Berita Harian) memujuk saya supaya sama-sama memeriahkan acara. Oleh kerana saya menghormati penganjur dan peminat yang tidak jemu memberikan sokongan, saya terus bersama ABPBH. Kehadiran saya pada setiap tahun bukanlah mengharapkan kemenangan, tapi sekadar memberi sokongan dan ingin melihat ada individu lain yang naik ke pentas," ulas Aznil.