Gosip Artis Malaysia |
- Berdiam diri lebih baik - Julia Ziegler
- Jamal Abdillah Kesal Pernah Abaikan Ibu Sendiri
- Wanita Seksi Peluk Ikhwan (Hot FM) Hanya Peminat
- Filem Berani Punya Budak
Berdiam diri lebih baik - Julia Ziegler Posted: 22 Apr 2012 06:51 PM PDT Julia Ziegler MELIHATKAN angin perubahan yang melanda rakan artis seangkatan dengannya, Julia Ziegler, 28, juga sudah bersedia untuk mengikut jejak mereka. Bagaimanapun, bukanlah dalam masa yang terlalu hampir untuknya mengenakan hijab kerana dia perlu membuat persediaan secukupnya sebelum melangkah ke fasa baru dalam hidupnya. Katanya, dia puas menikmati zaman remaja ketika menimba ilmu di Amerika Syarikat dan dia juga sudah mengecapi populariti lalu tiba masanya dia memikirkan kehidupan yang lebih bererti kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. "Saya akan ke Makkah mengerjakan umrah bersama mama (Saminah Subari, 67), pada 16 Jun ini selama 11 hari dan sebelum menjejakkan kaki ke rumah Allah itu, saya membuat persediaan dengan bertanyakan kawan-kawan yang pernah ke sana dan membaca buku agama. Rasa tak sabar nak pergi kerana buan semua orang berpeluang menjadi tetamu-Nya. "Setibanya di sana nanti, saya akan menumpukan seluruh jiwa raga saya dengan beribadah kepada-Nya. Antara doa yang akan saya panjatkan di Jabal Rahmah, semoga Dia mempertemukan saya dengan lelaki yang baik dan beriman agar dapat membimbing saya ke jalan yang diredai. "Hati saya sangat tersentuh dengan kata-kata seorang teman, jika kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia semata-mata tetapi kalau kita mengejar akhirat, kita akan dapat kedua-duanya sekali iaitu dunia dan akhirat. "Saya bersyukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk bermuhasabah diri memikirkan semula perjalanan hidup yang dilalui sepanjang 28 tahun saya menghirup udara di bumi ciptaan-Nya yang indah ini. Asas agama sudah ada, apa yang perlu saya lakukan sekarang mendalami ajaran Islam dan mencari maksud di sebalik agama yang suci ini. "Doakan saya selamat pergi dan sekembalinya saya nanti, apa jua ketentuan-Nya akan saya terima dengan hati terbuka. Apapun perubahan yang berlaku, barangkali itulah yang terbaik buat saya. "Saya suka melihat rakan yang sudah mengenakan hijab. Mereka bukan saja berubah imej dan penampilan, bahkan pertuturan serta tingkah juga berbeza daripada dulu," katanya. Julia yang nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler sudah enam tahun menjadi anak seni dan dalam tempoh itu, pelbagai suka duka dilaluinya. Berbekalkan ketabahan dan kesabarannya serta sokongan keluarga, dia tegar menempuh arus cabaran. "Saya amat memahami rentak dunia seni, oleh itu saya tidak pernah ambil peduli dengan kata-kata orang. Kalau saya tak buat kenapa saya perlu gentar? Bagaimanapun saya akui, tiada lagi privasi kerana apabila sudah menjadi orang terkenal, semua orang mahu tahu mengenai saya. "Tetapi paling banyak yang diperkatakan tentulah perkara buruk dan kawan-kawan lama pun mengata saya. Bagi mencari kekuatan dan ketenangan, saya ikut 'jalan' hidup saya sendiri kerana kalau saya membalas cakap-cakap mereka pun bukannya mereka akan berhenti bercakap pasal saya. Lagi pun kenapa nak 'stress' dengan cerita yang tidak benar sama sekali, kalau betul kita buat lainlah. "Ada kala berdiam diri adalah penyelesai masalah yang terbaik. Ketika saya mula berlakon dulu, saya banyak diberikan watak jahat dan agaknya mereka fikir watak saya dalam drama sama dengan di luar. Sebab itulah saya sering menjadi mangsa fitnah. Saya tak pergi lagi ke pusat hiburan kerana bagi saya masa untuk berseronok sudah berlalu. "Saya perhatikan juga berita rakan artis yang disiarkan dalam media dan saya lihat ini mereka ini gemar sangat membalas balik kenyataan yang akhirnya memakan diri mereka sendiri," katanya. Misalnya jelas Julia, kesnya dengan seorang yang menuduhnya bukan-bukan, dia sedikit pun tak ambil kisah kerana tahu dia tak bersalah tetapi selagi dia tidak minta maaf dengannya, dia tidak akan memaafkan kesilapannya. "Saya tak ada masalah pun dengan dia tetapi dia yang cari pasal dengan saya. Baru-baru ini, ada terserempak dengan dia pada ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011) tetapi saya buat macam tak nampak. "Sepatutnya dia sebagai artis senior menunjukkan teladan yang baik kepada artis baru. Tolong-menolong sesama sendiri, barulah industri boleh maju. Ini dia pula yang melebih-lebih," katanya. Julia baru saja selesai peng�gambaran filem Psiko arahan Namron terbitan Film Macca. Ia berkisar kepada seorang kanak-kanak yang didera ibunya sejak kecil dan apabila besar menjadi pembunuh. Satu lagi filem baru lakonannya yang akan ditayangkan, Man Sewel Datang KL terbitan Work Move Production Sdn Bhd. Filem genre komedi itu karya Rahman Adam dan turut menampilkan Razali Hussein, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim. "Sehingga ke hari ini, saya belum mendapat watak mencabar bermain dengan emosi yang hebat. Misalnya seorang wanita yang luarannya kelihatan tenang, namun dalam jiwanya penuh dengan pergolakan. Setiap ketika dia berada dalam tekanan. Saya sudah biasa sangat diberikan watak ringan, remaja dan gila-gila. "Saya perlu membuktikan kepada penonton yang saya boleh buat lebih daripada itu kerana sebagai pelakon, saya rasa bakat lakonan saya belum benar-benar diuji. Belum ada pengarah yang berani memberikan watak berat kepada saya sedangkan saya sudah bersedia untuk mencuba," katanya. ---- |
Jamal Abdillah Kesal Pernah Abaikan Ibu Sendiri Posted: 22 Apr 2012 06:47 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Jamal Abdillah begitu kesal ketika berada di puncak populariti, beliau pernah mengabaikan ibunya Zainon Hassan. Jamal berkata ia berpunca kerana kesibukannya sebagai artis selain banyak memenuhi undangan pertunjukan pentas. "Arwah ibu meninggal dunia pada 1991 kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi. "Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu, jasa dan pengorbanannya tetap abadi di hati ini. "Saya menyeru mereka yang masih memiliki ibu supaya menghargai setiap detik berharga itu kerana harta dunia tidak mampu menggantikan kesucian kasih seorang bernama ibu," katanya. Tambah Jamal, sebagai anak yang pernah merasai kesedihan akibat kehilangan seorang ibu, apa yang masih berbekas di hatinya itu kini hanya tinggal kenangan. "Saya agak syahdu melihat semula kelalaian saya yang mengabaikan ibu. Bila dia tiada, barulah kekesalan itu hadir," ujarnya. Jamal berkongsi kesedihan itu agar dijadikan pedoman oleh semua pihak sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mei depan. Ia akan bermula pukul 8 malam. Persembahan anjuran MSiS Events & Services turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza selaku artis undangan dan Ifa Raziah sebagai pengacara majlis. Pada persembahan itu nanti, Jamal akan mempersembahkan sebanyak 15 lagu termasuk 'medley' dari album pertamanya hingga terbaru diiringi band di bawah pimpinan Belle Fatah. Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Jamal ialah Cinta Selayang Pandang, Kasihnya Ibu dan Tidurlah Permaisuri. Disamping itu Jamal juga akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama penyanyi undangan, Ibnor Riza. Selain persembahan hiburan, turut diadakan pertunjukan fesyen oleh butik-butik terkenal seperti Butik Cosry, Butik Altelia Amani dan Gedung Kain Terkemuka Jakel. Dalam pada itu, bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan, pihak penganjur akan mendermakan sebahagian daripada hasil kutipan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor. Untuk tempahan tiket yang berharga RM250, RM350 dan RM500, hubungi Suriyani di talian 019-2957063 atau 019-3844300.Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. ---- |
Wanita Seksi Peluk Ikhwan (Hot FM) Hanya Peminat Posted: 22 Apr 2012 06:46 PM PDT PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Ikhwan, menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa atau sebarang kaitan dengan wanita seksi dalam sebuah foto yang disebarkan di internet. Ikhwan berkata, foto yang menunjukkan wanita itu memeluk erat dirinya dirakamkan di sebuah kelab malam di Johor Bahru yang dikunjunginya bersama rakan-rakannya baru-baru ini. "Wanita itu tiada kaitan langsung dengan saya, dia hanya pengunjung biasa yang mahu bergambar dengan saya, mungkin juga dia seorang peminat. "Bagi saya tidak manis jika permintaannya untuk bergambar ditolak. Malah, saya tidak memeluknya, sebaliknya wanita itu yang memeluk saya ketika bergambar," katanya yang dihubungi disini, Ahad. Tambah Ikhwan, hal itu tidak sepatutnya menjadi isu besar kerana ia bukanlah perlakuan tidak senonoh. Pada minggu lalu, sekeping foto yang menunjukkan Ikhwan dipeluk seorang wanita seksi terah tersebar di internet sehinggakan ia memberi pelbagai reaksi negatif di kalangan peminat-peminatnya. Dalam pada itu, Ikhwan turut memberi amaran kepada penyebar foto berkenaan supaya tidak membuat spekulasi tidak benar terhadap foto itu. "Saya terkilan apabila ada beberapa pihak terutamanya golongan penulis blog cuba melebih-lebihkan isu ini kononnya ingin menunjukkan saya seorang yang begitu sosial. "Memang benar saya pergi ke kelab tetapi saya tahu menjaga kelakuan diri," tegasnya. Ikhwan yang juga pengacara rancangan Galaksi di TV9 juga berkata isu tersebut merupakan kontroversi pertama yang pernah berlaku kepadanya sepanjang bergelar selebriti selama enam tahun. "Terkejut saya apabila isu ini timbul. Mujurlah ia tidak menjejaskan sedikit pun kerjaya saya," katanya. Sementara itu, Ikhwan sedang berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan mencul menggunakan nama Nawhkhi. Menurutnya yang menggemari muzik hip hop itu, dia akan muncul dengan sebuah single lagu baru berduet dengan penyanyi berkumpulan Singapura, Dinda menerusi lagu Sudah-Sudah. "Saya merupakan seorang penggemar muzik dan sekarang ini saya akan mula menjinakkan diri dalam penghasilan lagu untuk diri saya dan penyanyi-penyanyi lain yang ingin menggunakan khidmat saya," tuturnya. ---- |
Posted: 21 Apr 2012 11:32 PM PDT FILEM BERANI PUNYA BUDAK Tarikh Tayangan : 26 April 2012 Pengarah : Afdlin Shauki Penulis skrip : Afdlin Shauki & Nat Nualpant Penerbit Eksekutif : Dato' Ismail Abdur Rahman & Afdlin Shauki Penerbit : Noradyman Sulaiman Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings Klasifikasi : 18 Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures Sinopsis BERANI PUNYA BUDAK Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit. Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong. Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.- Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri? Para Pelakon: Tong - Afdlin Shauki B – Mike B. Lita – Supaksorn Chaimongkol Detektif Azman – Adlin Aman Ramlie Detektif Azlan – Johan Raja Lawak John – Awie Adik John – Nabil Ahmad Meaw – Sharifah Sofia Informer – Riezman Khuzaimi ---- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |