Adsense

Ahad, 22 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Fouziah Gous Bertunang - Kekasihnya Datuk Seri

Posted: 22 Apr 2012 03:53 AM PDT

Pelakon kurus lampai yang menjadi kegilaan lelaki masa kini telah mengesahkan mengenai keintimannya dengan seseorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri.

Fouziah Gous berusia 29 tahun membuat pengakuan bahawa dia mula intim beberapa bulan lepas walaupun sebelum ini telah mengenali lelaki tersebut.

Aktres ini mula menceritakan detik detik hati nya bahawa dia mula rapat apabila melihat ketutlusan dan kesungguhan jejaka itu untuk berkawan dengannya.

Walaubagaimanapun aktres ini menegaskan proses ini masih didalam mengenali hati budi dengan lebih mendalam sebelum ke tahap yang lebih jauh. katanya secara ekslusif kepada mStar Online.

Fouziah berkata sejak hubungan ini terjalin sehingga kini baru kami mula keluar dan mengenali antara satu sama lain - katanya.


Fouziah berkata hubungannya dengan lelaki berstatus duda itu adalah berdasarkan keserasian selepas mendapatkan petunjuk daripada Allah.

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," katanya yang menyenangi karakter budiman dan kesederhanaan lelaki itu yang merupakan seorang mesra media.

Nasihat G.A.M sekiranya jodoh telah tiba apa salahnya ke tahap seterusnya. Apapun G.A.M ucapkan semuga kedua-duanya akan terus ke tahap perkahwinan yang dinantikan oleh setiap pasangan hidup.

Pengakuan Fizo Omar dan Diana Nasir bercinta?

Posted: 21 Apr 2012 10:31 PM PDT


Wajah ceria Fizo Omar dan Diana Nasir bersatu


Hari ini Melodi telah membongkarkan rahsia percintaan diantara Fizo Omar dan Diana Nasir. Pada temuramah kali ini Fizo Omar menjelaskan dan menganggap gambar mereka berdua yang tersebar habis di Internet adalah pertalian sebagai hubungan persahabatan sahaja. Menurutnya lagi memang gambar itu diambil sewaktu perlumbaan F1 2012 di Sepang tetapi saya menganggap Diana Nasir iaitu Kakak kepada Anzalna Nasir umpama peminat yang ingin bergambar dengan seorang artis.

Fizo Omar jarang sekali kita mendengar gosip - gosip murahan seperti ini tetapi ini adalah kehendak peminat itu sendiri dimana inginkan kepastian. Jelasnya lagi itu adalah sebuah gambar diantara artis dengan peminatnya. ( bunyi cam cover line jer ahak's)

Gambar tersebut menunjukkan Fizo Omar dan kakak Anzalna, Diana Nasir kelihatan ceria dan selesa bergambar bersama. Fizo Omar pula hanya memakai baju 'Superman', biasalah duta produk Superman.



Nampaknya persoalan yang ingin diketahui oleh peminat peminat Fizo Omar pastinya menarik nafas lega kerana jawapan yang diberikan oleh Fizo Omar pastinya memberi nafas baru kepada awek awek diluar sana :)

Nicki Minaj - Isu Akaun Twitter

Posted: 21 Apr 2012 09:59 PM PDT

Nama yang begitu popular di persada nyanyian lagu rap terkenal, Nicki Minaj telah mengemparkan peminat peminatnya dan mengumumkan kepada peminat peminatnya bahawa akaun Twitter miliknya telahpun ditutup sejak seminggu yang lalu.

Tindakan ini diambil diatas suara peminat peminatnya yang menyuruhnya berbuat demikian dan tidak mengambil kisah dengan 11 juta peminat yang telah mengikuti perkembangannya semenjak ia bergelar seorang artis.

Punca tindakan nya itu apabila Nicki mengetahui ada segelintir peminat yang telah mendedahkan maklumat mengenai lagu terbarunya yang belum dilancarkan.

Nicki mempunyai 30 hari untuk mengaktifkan kembali akaunnya sebelum ia dihapuskan terus oleh pengurusan Twitter.

Adakah Nicki mengambil keputusan ini mengikut emosi?

Ikuti Lirik lagu Nicki Minaj - Starships yang telah tersebar sebelum perlancaran.