Adsense

Sabtu, 31 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Rozita Che Wan Rela Kahwin Lelaki Tidak Berharta

Posted: 30 Mar 2012 08:32 PM PDT

GAMBAR BOGEL ROZITA CHE WAN

Ini mungkin good news kepada semua lelaki di luar sana lebih-lebih lagi yang sudah lama menduda tu kerana Rozita Che Wan sudah membuat kenyataan yang dia rela berkahwin dengan mana-mana lelaki yang tidak berharta asalkan lelaki tersebut menghargai dan menyayangi dirinya serta anak-anak sepenuh hati. Seperti kata Rozita Che Wan:-

"Saya tidak kisah kalau lelaki yang saya temui itu lelaki biasa yang tak ada harta kerana harta kita sama-sama boleh cari. Saya mahu lelaki itu menghargai saya dan boleh bagi sokongan kepada saya. Itu yang penting kalau nak kahwin,"

Kami juga tertarik dengan kata-kata Rozita Che Wan ini:-

"Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,"

Kami sokong 100% dengan apa yang dikatakan oleh Rozita Che Wan tu. Ada harta setinggi gunung Everest sekali pun tapi tiada kasih sayang dalam ikatan suami isteri dan keluarga tak guna juga. Lebih baik cari yang tidak berharta asalkan bahagia selama-lamanya. Tapi jangan dah tak berharta, dok goyang kaki sahaja. Boleh musnah rumahtangga.

Related Posts with Thumbnails

Lagu Bawaku Pergi Diharamkan, Malique Beri Respon

Posted: 30 Mar 2012 07:53 PM PDT

LIRIK LAGU BAWAKU PERGIJika ada yang masih tidak tahu, lagu berjudul Bawaku Pergi yang dinyanyikan oleh Kaka dan Zizan telahpun diharamkan penyiarannya di mana-mana stesen radio sama ada ianya radio mainstream mahupun underground oleh pihak berwajib. Pengharaman tersebut berkuatkuasa serta-merta mulai kelmarin.

Kenapa diharamkan? Tiada jawapan jelas untuk pertanyaan itu. Tapi dari informasi yang kami perolehi, ada pihak yang mengaitkan lagu tersebut dengan unsur-unsur negatif yang boleh mengalakkan kes lari dari rumah dalam kalangan remaja. Sebab itu, lagu Bawaku Pergi diharamkan.

Sebagai penulis lirik lagu Bawaku Pergi itu, Malique tampil memberi respon melalui kenyataan akhbar yang diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. Daripada respon tersebut, nyata Malique terkilan dengan pengaharam lagu yang dihasilkannya itu. Ikuti respon Malique:-

LIRIK LAGU BAWAKU PERGI

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Psstt: Huh! ini barulah kapal~

Related Posts with Thumbnails