Adsense

Sabtu, 31 Mac 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sebab Mengapa Lagu Bawaku Pergi Diharamkan

Posted: 30 Mar 2012 04:00 AM PDT

Kalau semalam dunia Twitter Malaysia digemparkan dengan berita kebakaran di KLCC, hari ini, dunia twitter hiburan digemparkan dengan pengharaman lagu BAWAKU PERGI nyanyian Kaka dengan penampilan rap oleh Zizan Razak. Antara sebab musababnya ialah kerana lirik lagu ini mendorong remaja untuk lari dari rumah.

Penulis lagu Bawaku Pergi, Malique menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara.

Baca Petikan dari luahan hati Malique di sini:

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keptusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerna itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara. Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique

Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

Web: www.qarmamusiq.com

Zizan Kaka

Malique berkata, lirik lagu itu tiada kena mengena untuk mengajak remaja lari daripada rumah sebaliknya ia mengenai imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia.

"Tanpa ruang untuk saya membela diri, tindakan (mengharamkan lagu) itu adalah tidak adil yang dilakukan oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik," katanya kepada mStar Online dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui Warner Music di sini, petang Jumaat.

Pada Khamis akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah.

Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu.

Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya.

Malique berkata pihak berkenaan gagal mentafsir bait lagu tersebut iaitu menceritakan keinginan penulisnya yang mengidam untuk pergi ke Indo-China melalui jalan darat iaitu "pergi lebih lama, pergi lebih jauh".

"Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika pihak yang kurang matang yang mendengar lagu saya bertindak bodoh, itu bukan hal saya.

"Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam," katanya.

Tambahnya lagu Bawaku Pergi itu adalah lagu nyanyian Ella bersama Malique tetapi telah ditukar kepada Kaka dan Zizan atas permintaan pelawak itu sendiri. Ia tiada niat lain seperti mana yang dibangkitkan.

Katanya lagi, bukan semua perkara dalam dunia ini mempunyai niat yang tidak baik dan tindakan mengharamkan lagu tersebut seumpama bertujuan menutup periuk nasinya.

"Yang patut diharamkan ialah orang yang mengusul perkara ini," katanya. via Mstar Online

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Estet Kisah Kaum India DiHaramkan?
  • Lagu Allah Peduli Agnes Monica Akan Diharamkan di Malaysia
  • Gossip Zizan Bercinta dengan Kaka
  • Amalan Mulia Di Hari Raya Aidilfitri
  • Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB
  • Lirik Lagu Terbaru Kaer Bukan Kasihku
  • Lirik Lagu Jika Engkau Pergi Lagu Tema Drama Yusuff
  • Lirik Lagu Ketentuan – Ramlah Ram
  • Trivia: Siapa Yang Tengah Disolek Ni?
  • Lirik Ada Cinta – Acha Septriasa & Irwansyah